Sungguh mengecewakan dan amat memalukan apabila tidak ada seorang pun pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan yang hadir dalam majlis dialog antara penduduk dengan agensi terbabit dalam isu "pencerobohan tanah rizab surau" di Taman Atabara Perdana, Bandar Indera Mahkota baru-baru ini (17 Feb). Majlis dailog yang diadakan bagi tujuan mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan dilihat hambar apabila jabatan terbabit tidak menghantar wakilnya. Soalnya sekarang, kenapa mereka takut untuk berhadapan dengan kenyataan?. Sedangkan jabatan lain seperti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah hadir bersama untuk berhadapan dengan rakyat. Malah pihak JAIP sendiri telah diwakili oleh Pengarahnya iaitu Dato' Haji Abd Manan Abd Rahman. Apa yang amat membanggakan ialah kesudiaan Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Dato' Pang Tsu Ming yang bukan beragama Islam, turut hadir bagi mendengar rintihan dan mencari jalan penyelesaian masalah rakyat itu. Ke mana pergi wakil dari Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan (PTD) sebenarnya?. Walhal mereka sudah pun dimaklumkan oleh pihak KRT (Kawasan Rukun Tetangga) sehari sebelum itu. Sikap yang ditunjukkan oleh pihak PTD Kuantan ini amatlah mengecewakan rakyat sebenarnya. Malah, kami juga hairan ke mana perginya Dato' Hajjah Mariam Ismail (foto), Pegawai Daerah Kuantan?. Khabarnya, selepas isu ini dipaparkan di media beliau telah dimasukkan ke hospital. Malah, kami difahamkan media sehingga ke hari ini masih gagal untuk mendapatkan pandangan beliau tentang isu hangat ini. Tambah menyedihkan ada yang melaporkan bahawa beliau tidak mahu melayan langsung pertanyaan daripada pihak media tentang isu ini. Paling mengejutkan beliau memberikan telefon bimbit kepada suaminya kerana tidak mahu melayan persoalan yang diajukan. Apakah tindakan ini wajar bagi seorang pegawai kerajaan seperti beliau itu?. Kenapa takut untuk menghadapi kenyataan?
Bukti, YH, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merasmikan Majlis
Pelancaran MS ISO 9001:2000 pada 20 Ogos 2009
Kami juga hairan dengan objektif PTD Kuantan yang kononnya mahu menjadi fungsi mewujudkan satu sistem pentadbiran dan pengurusan tanah yang cekap, berkesan dan adil. Malahan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah berjaya memperolehi SIJIL MS ISO 9001:2008 pada 20 Ogos 2009. Persoalannya, apakah begini prestasi kerja pegawai kerajaan itu sebenarnya. Bagaimanakah dasar kerajaan mahu diterjemahkan jika inilah yang disajikan kepada rakyat selama ini.
Pencerobohan Telah Dilakukan Secara Terancang
Kami difahamkan kes penipuan tanah ini berlaku ketika zaman Pengawai Daerah, Dato' Muhammad Ubaidullah (foto) dulu. Beliau dipercayai merupakan proksi kepada individu terbabit (Dato' Mad Omar) yang dipercayai merupakan bekas Eksekutif Bahagian Perniagaan (Bussiness) di TM (Telekom Malaysia), memandangkan beliau langsung tidak mahu mempertahankan hak rakyat dalam hal ini. Malah difahamkan, pemilik premis itu sering turun naik dan makan bersama dengan Pegawai DO itu ketika beliau memohon tanah terbabit. Hubungan yang erat inilah menyebabkan tanah rizab surau yang sepatutnya menjadi hak rakyat untuk kegunaan umum telah diceroboh oleh individu yang membina sebuah restoran atas tanah terbabit. Dato' Muhammad Ubai dipercayai telah ditukarkan ke Pejabat Kewangan Negeri Pahang sekarang ini, selepas diturunkan pangkat sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri M54. Malah, beliau berkemungkinan besar akan naik sehingga bergelar Pegawai Kewangan Negeri dan seterusnya bakal menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang jika usianya panjang. Apakah orang sebegini yang jelas mengelirukan rakyat mahu diangkat sebagai pemegang amanah kewangan negeri Pahang?. Jika inilah senarionya, maka kami amat yakin ekonomi negeri Pahang yang sudah merudum ini pasti akan mengalami masalah lebih kritikal jika individu ini diberi amanah. Kelicikan dua pegawai yang bergelar Dato' ini, dibantu pula oleh seorang lagi pegawai kanan kerajaan di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan yang berpangkat Settlement Officer (SO) ketika itu. Difahamkan pegawai terbabit iaitu Ghazali Abu Bakar yang kini telah ditukarkan ke Pejabat Pengarah Daerah Dan Tanah Pahang (PTG Pahang) dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pegawai Tanah (Kanan) di situ. Semua pihak ini dipercayai terlibat untuk merancang siri pencerobohan tanah rizab surau ini sebenarnya. Difahamkan, ketiga-tiga pihak terbabit juga mempunyai banyak tanah lagi yang diperolehi secara tidak berhemah dan penuh unsur penyalahgunaan kuasa di kawasan Kuantan dan sekitarnya. Oleh itu pembongkaran akan terus dilakukan !![Pembongkaran seterusnya akan dilakukan selepas pihak kami mendapat fail-fail sulit berkenaan daripada pejabat berkaitan. Sebelum ini pihak kami tidak mendedahkan nama-nama mereka yang terlibat demi menjaga maruah dan kreadibiliti mereka. Namun, selepas melihat terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang nyata dalam kes ini maka adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendedahkan pihak-pihak yang berkenaan. Kami juga akan mendedahkan foto pemilik premis haram dan pegawai SO yang berkenaan untuk disaksikan sendiri oleh seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di dunia ini bahawa ada manusia yang beragama Islam tergamak menceroboh tanah rizab surau untuk kepentingan peribadi mereka. Adalah diharapkan pendedahan ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pegawai kerajaan yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka selepas ini. Banyak lagi fail dan pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat. Mereka jelas menggagalkan hasrat murni Perdana Menteri bahawa "rakyat didahulukan" dalam kes ini sebenarnya. Lantaran itu kami amatlah berharap agar pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk diberi hukuman yang setimpal selepas ini. Hidup Rakyat !!].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
terima kasih PDO..terus kan usaha murni anda..kami menyokong 200% dlm pemperjuangkan nasib rakyat.
Mereka sanggup melakukan penyelewengan demi kepentingan al-peruti. Segala halal dan haram pakai langgar je...asalkan masyuk...
kesiang puak puak ni...nok bahang belaka. Tanah kat depang stesen minyak Shell Jalan Bukit Ubi takboh ke?
sabarlah wahai penduduk dan sabarlah wahai pengusaha restoran tersebut..
siapa yang salah tetap akan salah ..tunggu sahaja di mahkamah nanti..tak payah nak jadi tin kosong..bunyi bising..habuk tarak..
secara logiknya..ini semua politik..
terimakasih..
Ini semua politik, kah..kah..kah..
kawan nak tengok kalau tanah anon 20 feb 2010 8:42am kena amik, baru tau politik atau bukan politik. kah..kah..kah...
dah terang lagi bersuluh, kalau penyamun tu, penyamun jugaklah. semua harta benda orang dia kate hok dia.
ape ke jenis anon 8:42, terang2 salah masih nmpak nak menyokong penyamun tu..mungkin sedara penyamun tu kut..kahkahkah
dato hjh mariam - do ktn... kerja pro, stick to the proc but lack of pr (nak kena gi pr course)
dato muhd ubai - xdo ktn, u've said it! sume org kuantan tau...
Lebih baik jadi tin kosong ada harga jual besi buruk. jgn jd mcm anon bodo kat atas tu. hidup utk makan berak tido tk tahu hak dan tugas hidup utk apa.
woi bodo.... gi berak jauh dari sini busuk supo bangkai taik mu nih.
Tahniah PDO haram jadahkn segala setan setan dlm negeri pahang ini yg bermaharaja lela dlm negeri.
Aku sokong 1000% malah sanggup hapuskan riwayat setan setan tk berguna ini dari membuat sampah dlm negeri. Pesan Dato hang jebat. Petualang negara akan di amok dgn darah. jgn ingat kamu blh apa sesuka hati krn aku amat dahagakn darah penyangak pembelit negara.termasuk pembunuh tantuya dan.... tunggu kamu
Anon 8:42 merangkap tin kosong tk berguna. Anak zina. mak dia pelacur bapok dia bapak ayam patut anak sial mcm najis.
Kecik kecik tk mampus besar jd sampah negara. Mu dok mana anon taik aku nk bui anugerah anak istimewa sampah masyarakat penjilat pemimpin2 taik negara
Anon 8:42 species ape ek?species avatar pandai nak pertahankan hak diaorang..aku syak dia nie species lanun..pirate of the caribean
kawan pon geram betoi dengan anon 8:42 ni,puak2 pencacai umngok pon x berani komen(sebab isu ni dah keluar dalam tv tigasuku)tiba tiba dia ni komen yg menyakitkan hati kawan...porah!!!awok orang mana hah???
Post a Comment