KUANTAN, 17 Feb [1.10 pm] - Susulan daripada pendedahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk
"Selamatkan Tanah Rakyat" terhadap isu pencerobohan tanah rizab surau di
Taman Atabara Perdana, maka kami difahamkan satu majlis dailog antara penduduk dengan pihak
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK),
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan (PTD),
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP),
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan pihak yang berkenaan akan diadakan hari ini. Menurut sumber
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Atabara Perdana,
program akan diadakan di tapak rizab surau berkenaan kira-kira jam 5.00 petang ini. Isu yang panas itu menjadi kecoh apabila hampir kesemua media melaporkannya pada minggu lalu. Tinjauan kami ke lokasi tapak, sungguh mengejutkan apabila pemilik premis haram itu masih terus menjalankan perniagaannya tanpa rasa bersalah kepada penduduk. Biarpun laporan polis sudah dibuat dan perkara ini sudah sampai ke pihak atasan, namun ternyata pemilik premis itu amat
"kebal disisi undang-undang". Inilah yang memusykilkan penduduk. Mereka hairan kenapa tiada tindakan undang-undang yang tegas dilaksanakan terhadap pemilik premis terbabit.
Sedangkan sudah terbukti beliau menjalankan operasi perniagaan secara haram. Soalnya, kenapa pihak berkenaan takut untuk mengambil tindakan. Sedangkan
jika ia melibatkan rakyat biasa, sudah pastilah tindakan tegas diambil termasuk perobohan.
[Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk, Mohd Shukri Mohd Ramli pagi tadi. "Apapun yang terjadi, kami akan pastikan tanah rizab surau itu dikosongkan. Tiada kompromi dalam hal ini kerana kami melihat terdapat usaha pihak tertentu yang ingin membantu pemilik premis itu mempertahankan tanah tersebut. Biarpun surau pasang siap telah dihadiahkan kepada penduduk bagi mengaburi mata mereka, namun tapak itu tetap diperlukan untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA). Kami tidak akan mengalah dalam mempertahankan hak rakyat. Rakyat perlu didahulukan, bukannya kepentingan individu yang ingin menjalankan aktiviti perniagaan di situ" katanya.
Orang ramai dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada rakyat dalam isu ini. Mari kita pertahankan tanah rizab surau untuk rakyat !!].
3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Dari dulu kami selaku penduduk tak setuju..
tapi apakan daya..
petisyen untuk bantahan pun sudah kami usahakan..
Kami difahamkan tanah tersebut telah ditukar milik pula..
Lantas apa lagi yang mampu kami perjuangkan?
sabarlah wahai penduduk dan sabarlah wahai pengusaha restoran tersebut..
siapa yang salah tetap akan salah ..tunggu sahaja di mahkamah nanti..tak payah nak jadi tin kosong..bunyi bising..habuk tarak..
secara logiknya..ini semua politik..
terimakasih..
Aku sokong anon 4:33.
Post a Comment