PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, February 20, 2010

Edisi Pahang: Laporan Dari Konvensyen Peneroka Dan Generasi Ke-2 Felda Kebangsaan Di Jerantut

JERANTUT, 20 Feb [11.00 am] - Konvensyen Peneroka Dan Generasi Kedua Felda Kebangsaan 2010 bermula hari ini di Markas PAS Kg.Temin, Jerantut. Lebih 1,000 orang perwakilan dari seluruh negeri Pahang dan negara telah hadir menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan ini. Program ini adalah anjuran Biro Felda Keadilan Pusat yang diketui oleh Tn.Hj Suhaimi Said (foto). Pendaftaran peserta telah bermula pukul 8.00 pagi tadi. Majlis bermula sekitar jam 9.30 dan dipengerusi oleh Razali Alias, Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Pahang. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Konvensyen, Tn.Hj Zahari Mamat dan kemudiannya diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman. Selepas itu ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Senator Dr.Syed Hussin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Mazlan Aliman Dedah Penyelewengan Felda

Pembentang kertas kerja pertama konvensyen telah disampaikan oleh Mazlan Aliman (foto). Beliau membahaskan tajuk "Generasi Baru Felda: Antara Impian Dan Harapan". Antara lain Mazlan telah menyentuh soal Masalah Generasi Felda dari aspek jaminan masa depan, peluang pendidikan, kuota dan anak syarikat, rumah kediaman generasi baru, gejala sosial di Felda dan masalah tidak prihatin soal pengurusan ladang dan persekitaran. "Umum mengetahu isu gejala sosial agak serius di Tanah Rancangan Felda. Penglibatan belia dengan penagihan dadah, arak, judi, rempit dan pergaulan bebas mengundang penyakit sosial yang sukar dibendung. Pendedahan terbaru oleh Tan Sri Lee Lam Thye selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia tentang peningkatan kadar jenayah di Tanah Rancangan Felda tidak boleh dipandang remeh" katanya. Beliau juga turut menyatakan jurang antara peneroka dan pengurusan Felda dengan generasi muda agak ketara, isu-isu berkaitan hak, kepincangan dan penyelewengan jelas sekali tidak menimbulkan muda untuk menyelaminya.

"Sebahagian besar anak muda hanya berlegar dengan dunia mereka dan menyerah bulat-bulat urusan ladang kepada ibubapa mereka atau pengurusan Felda. Tidak kurang juga yan menjadi pak turut dan menyokong membabi buta" tambahnya lagi. Mazlan turut menjelaskan antara tuntutan yang dibuat oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ialah berkaitan lot tanah kosong bagi perumahan generasi baru, kurniakan beberapa bidang tanah untuk generasi baru, batalkan Felda Plantation, naik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik, menangani gejala sosial, perbanyakkan peluang pendidikan dan anjakan pembangunan ekonomi setempat. "Adalah sangat diakui memberi kesedaran kepada masyarakat Felda adalah tanggungjawab yang sukar. Penubuhan ANAK adalah satu strategi jangka panjang membangunkan jiwa anak muda Felda yang hampir mati. Mereka adalah golongan pewaris yang telah dan bakal mengambilalih peranan peneroka asal. Pendedahan menerusi konsep turun padang melalui ceramah, dialog. memorandum, laporan polis dan kenyataan media masih belum cukup untuk menginsafi mereka. Banyak lagi ruang lharus digembeling khususnya melalui konsep beragama dan politik" tambahnya.

[Konvensyen yang diadakan buat pertama kalinya ini dianggap sungguh berjaya dengan kehadiran ramai perwakilan dari seluruh negeri dan negara. Ternyata para peneroka mahukan perubahan besar dalam pengurusan Felda itu sendiri. Ramai yang dilihat sukar untuk melakukan sebarang tindakan gara-gara sikap pentadbiran Felda yang senantiasa menekan mereka kiranya mengadu nasib kepada mana-mana pihak. Namun, peneroka dan generasi kedua kini nampaknya semakin berani untuk mempertahankan hak mereka. Oleh itu, diharapkan program penyerahan memorandum kepada Suhakam yang dijadualkan pada hari Rabu ini akan membuahkan hasil dan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan para peneroka di seluruh negara. Syabas juga diucapkan kepada Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) yang telah banyak berkorban untuk mengembalikan semula martabat dan maruah peneroka yang tercalar selama ini. Lakukan perubahan demi masa depan !!].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

salam.sampai generasi berapa agak nya kita nak kena selesaikan masaalah peneroka felda ni? skg ni generasi kedua,esok generasi ketiga.. bila nak sudah.keluar lah dari kepompong itu. masa berdua boleh lah tanak nasi beras segenggam. sekarang dah ramai, jengok jengok lah dunia luar. orang dah berkira bersaing berasaskan merit, kita masih ditakuk lama..mengeluh, menunggu dan menadah. Pulak tu melayu semua tu.

mentol said...

wassalam, orang felda ni kenapalah dimanjakan sangat, berapa luas tanah negeri pahang dah dimiliki oleh rakyat negeri lain melalui felda tapi rakyat asal pahang takada diberi keistimewaan pun.apa tanah pahang yang 'hilang' ke rakyat negeri lain tu berganti ke. kerana felda nilah rakyat pahang asal susah nak dapat tanah tapi kami tak bising pun.

オテモヤン said...

オナニー
逆援助
SEX
フェラチオ
ソープ
逆援助
出張ホスト
手コキ
おっぱい
フェラチオ
中出し
セックス
デリヘル
包茎
逆援
性欲

Anonymous said...

Generasi baru anak Felda yang tak bersyukur! Mereka dipilih kerajaan dari masyarakat yang tidak mempunyai tanah sekangkang kera pun. Dapat tanah ladang 10 ekar, tapak rumah 1 ekar,malah ada yang telah jadi jutawan. Usah nak bersyukur melawan pulak kepada orang yang telah menaikkan taraf mereka dari kedaifan...betoi macam siot jer..pii lah!

mentol said...

Tuan Anon 12:58 yang berhati berani.
Bukan masaalah gen. baru Felda tak bersyukur kerana tak sokong Umno tapi kerajaan kena berlaku adil jangan anaktirikan orang kampung.Kita lihat banyak bantuan diberi kpd orang Felda tapi orang Felda masih tak puas hati. Mungkin bantuan hanya jatuh kpd segelintir saja agaknya.

Anonymous said...

Sebenarnya bantuan diberi kepada peneroka felda itu untuk menambat hati peneroka kerana menteri yang bertanggungjawab takut kalah pilihanraya.Bantuan diberi membazir saja mereka tetap menyokong pembangkang tak macam orang kampong berterima kasih bila mendapat bantuan.Kalau kita dengar banyak bantuan di beri untuk generasi kedua dengan harapan generasi ini akan maju tapi sebenarnya felda parah dek generasi kedua yang hancur dengan masaalah dadah,jenayah dan so sial.

Anonymous said...

anon 21.2.10 12:58
memang betul cakap sdr juga disokong jika dasar felda zaman tun razak masih digunapakai tetapi skrg felda telah kahwin lain menjadi felda holding pada thn 1995telah diswastakan mempunyai dasar baru juga telah beranak pinak jadilah felda plantation,techno plan dll.dirikan 70 kilang isiromm diseluruh negara yang seorang peneroka pun tak dapat bayaran dari keluaran minyak isiromm tersebut harus juga tidak tahu gunaapa atau produk apa yang diujudkan.hutang peneroka makin bertambah tak habis2 buat potongan.penipuan buah muda atau kurang ranum ditolak tidak dipulangkan,harga sawit akan tinggi apabila dekat hariraya atau dekat pilihanraya, contoh pru 12 sehingga mencecah +rm800 setan +rm6,000 seorang.
menipulasi ini berlaku difelda kemahang 3 kelantan dan akan diselidiki disemua felda jika ada lapuran dibuat.sdr sepatutnya hadir ke"konvensyen kebangsaan peneroka & generasi kedua felda"dijerantut pada 20hb feb 10 barubaru ini tanpa mengira partiyg sdr anuti sepatutnya, terbuka kepada semua peneroka & generasi kedua felda,bolih dengar sdr mazlan aliman yaitu peguam yg memenangkan kes felda kemahang 3 yang akan dapat ganti +rm8 juta.
sdr fikir fikirkanlah perkara ini bersama kawan kawan yang lain,jika sdr peneroka atau generasi kedua rujuklah kepeneroka felda kemahang 3 apa yang telah mereka tuntut dimahkamah bersama sdr mazlan aliman (ANAK)serta masaalah lain yang telah dilakukan olih felda holding atau "felda baru" itu.