PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, February 15, 2010

Edisi Pahang: Pelajar Hilang Ketika Mandi Manda Di Pantai Balok Semalam Dijumpai Tengahari Tadi

KUANTAN 15 Feb [6.01] - Mayat pelajar yang hilang ketika mandi bersama 11 rakannya di Pantai Balok di sini, semalam ditemui tersangkut di celahan batu, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof (foto) berkata, mayat Mohd. Azhar Fhaiz Mohd. Azlan, 17, dari Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur ditemui pada pukul 12.45 tengah hari oleh sekumpulan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira 100 meter dari tempat dia dilapor hilang. Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Cheras itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Mohd. Azhar Fhaiz bersama rakan-rakannya mandi di pantai itu ketika bercuti sempena Tahun Baru Cina. Lima daripada mereka dihanyutkan ombak dan empat daripadanya diselamatkan oleh orang ramai.

[Tahniah kita ucapakan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia yang akhirnya berjaya menemui pelajar terbabit. Semoga apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati, bukan sahaja di jalanraya pada musim cuti perayaan begini. Malah juga perlu berhati-hati ketika berada di tempat-tempat pelancongan terutamannya pantai. Ini kerana ketika ramai orang sedang berpusu-pusu di lokasi terbabitlah, terkadang kita tidak menyedari ahli keluar atau rakan-rakan kita alami musibah].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: