KUANTAN, 18 Feb [10.10 am] - Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang sedang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah lubang sedalam satu meter di Jalan Sultan Abdullah, Indera Mahkota di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an sedang memandu seorang diri. Seorang saksi, Mohd. Amin Mat Razali, 29, berkata, kereta mangsa dipercayai dipandu laju dan melanggar limpahan air di atas jalan akibat paip bawah tanah yang bocor sebelum terbabas ke dalam sebuah lubang di kiri jalan. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas ke bahu jalan sebelum terjunam ke dalam lubang yang terjadi akibat paip air bawah tanah yang bocor. “Akibat kejadian itu, kereta Kia Picanto yang dipandu mangsa kemudiannya terjunam ke dalam lubang berkenaan dengan sebahagian bahagian depan kenderaan tenggelam,” katanya di sini. Katanya, wanita berkenaan kemudian diselamatkan orang ramai yang berada disitu. Difahamkan mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof ketika menghubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
[Mujurlah ada orang awam yang melalui jalan tersebut ketika itu. Bayangkan jika tidak ada orang lalu lalang di kawasan terbabit, bukankah ia akan mengundang bahaya yang lebih besar. Agak menghairankan pihak yang menjalankan kerja dan tidak menjaga keselamatan di tapak itu. Walhal di kaawasan terbabit terdapat ramai pelajar sekolah yang lalu lalang sebenarnya. Kita mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab dapat lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku lagi pada masa hadapan. Tindakan tegas perlu diambil!!].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment