PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, February 17, 2010

Eksklusif: Hinanya Si Jamil Khir Baharom Sebagai Menteri Agama, Bila Tergamak Mohon Batalkan Undang-Undang Qazaf Terhadap Individu Islam !!

KUALA LUMPUR 17 Feb [2.10 pm] - Bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom (foto), terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini pada 10 Mac ini. Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan terikh tersebut bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit. Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada 9 Februari lalu memfailkan bantahan awal untuk membatalkan permohonan qazaf Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf. Menurut seksyen tersebut, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Mohd. Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa Anwar telah meliwatnya dan kes itu kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

[Dulu beliau amat dikagumi dan ilmunya amat dihormati. Kini setelah bergelar menteri, Jamil Khir Baharom seolah-olah terperangkap dalam lembah kehinaan. Bayangkan, beliau dan dua yang lainnya tergamak memohon dan membuat bantahan agar tuduhan qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful Bukhari dibatalkan. Inikah dia pemimpin Melayu yang diharapkan untuk menjaga agama Islam itu sendiri?. Siapa yang dijaga sekarang ini? Agama atau kepentingan individu tertentu. Anwar sebagai orang Melayu yang beragama Islam, ada hak untuk diadili berlandaskan undang-undang syariah. Maka, kenapa Jamil Khir menghalang?. Apakah beliau didesak oleh pihak atasan?. Jika inilah senarionya, maka apa akan terjadi kiranya yang mahukan keadilan itu bukannya Anwar tetapi umat Islam yang lain. Apakah Jamil Khir juga akan membantah agar ia dibatalkan?. Kenapa takut dengan Qazaf jika benar Saiful berada dipihak yang betul. Mahkamah di negara kita sudah jadi bercelaru apabila kes yang merapu cuba untuk dipertahankan oleh individu yang jelas menghina agama Islam itu sendiri sebenarnya !].

20 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

dulu aku puji dia ni..tapi sekarang dia terikut parti bangsat menjadi salah sorg kaum bangsat

Anonymous said...

Ohhhh...jamil khir baharom!!! Engkau pun dah jadi pencacai parti HINA itu!!!

Anonymous said...

kalaula jamil ni dok dalam pkr or pakatan ni...bila dia buat keputusan mcm ni pasti melambung pujian diberi... inila pangai org pakatan ni... entahlaaaaa

Anonymous said...

salam, kami anggota kagat kenal siapa lu jamil khir!!!

Anonymous said...

maseh ada penjilat amnobn dalam blog ni...cth anon 3.50. Kalu la hang depa tuduh liwat pak hang...apa hang nak buat? Misti p mahkamah syariah punya...

Jamel khir dah macam jamel khinzir pulak bagi aku...

Anonymous said...

dah memang penjilat,jangan le nak heran,memang itupun tugas penjilat.apa nak heran,bagi aku,jamil ni jadi bahan ketawa je,yang senang dicucuk hidung,lantakler,orang nak cakap apa,yang penting perut dan perut anak bini kenyang,sian jamil,sian jamil,mari kita kesian dengan jamil,

Anonymous said...

saya ni bukanlah lebai sangat. Cuma hairan sikit..bila alim ulama join UMNO muka dah tak bercahaya lagi.. kenapa ye??

Anonymous said...

ko tu bigai sangat..kalu alim ulama bagi pendapat mcm kita yang kurang agama saper yang nak bagi pertunjuk...2X5...bangsatlah tu..sanggup kerna beri pendapat yang memang songsang dari pendapat ulamak muktabar...paham tak bigai di atas....hehhe

Anonymous said...

biasalah bila dah banyak duit...ustaz pun bole berubah.bila duit menguasai iman..inilah jadinya..tgk aje rumahnya di kg batu kl yg di hias cantik apa bila sdh bergelar menteri..sdgkan masih rmi lagi rakyat yg susah hdp di kl..

Anonymous said...

kalau rajin2 datanglah ke kg batu muda kl, kita tgk mcm mn kehidupan mewah ustaz nie...dr rumah banglo, kereta mewah yg pelbagai jenis.. bukan jeles..tp jamil khir tak tunjuk contoh yg baik atas nama ustaz dahulunya..takde sikap zuhud dlm diri seorang ustaz..itulah klu iman mudah di beli dgn wang ringgit..nauzubillah!!

zakwan said...

UMNO bastardizing the Islamic law
That's nothin new

mad said...

tengok misai tebal dia pun dah tahu 100% umno

Anonymous said...

PKR dan Pss main jubork kongkang la...

Anonymous said...

nik ajis mcm mana ya??? ustaz or tok guru yg bagus... smpai kan nak sambut maulidurrasul pun dah tak berapa mau dah...sebab ikut pungkok dap...koi engg tu... isk...bagus sungguh ....

Anonymous said...

Ni lah manusia yang terlalu taksub membuta tuli pada UMNO. Tidak sedarkah saudara kes yang ditanggung DSAI kali 2 hanyalah FITNAH rekaan sahaja untuk memalu dan mengaibkan DSAI serta memastikan beliau masuk ke penjara semula. Pengaruh besar DSAI dan semangat perjuangan yang tinggi telah menyebabkan 5 negeri tumbang dalam PRU12. Kalau DSAI dibiarkan dijangka dalam PRU13 mungkin UMNO dan BN terus bungkus.

Anonymous said...

Si Jamil Khir ni macam-macam aku dengar masa dia dalam KAGAT dari adik aku. Tak heran kalau dia sanggup jual agama untuk dapatkan pangkat dan habuan dunia...

Anonymous said...

Aku pun macam2 dengar cerita adik hang masa dalam kagat dulu Anon 3:41..hang nak dengar tak?

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami...
Kami Memohon PadaMu Ya Allah...
Hancurkan Musuh-Musuh kamu yang kini bermaharajalela dibumi tercinta ini...

Sesungguhnya kami tidak berdaya selain dengan KUASAMU Ya Allah...
Mereka menjadikan semua talibarut syaitan dan iblis untuk menjayakan skrip paling terhina berlaku atas mukabumi ini...


Hanya PadaMu Ya Allah Kami rakyat yang tidak berdaya memohon pertolongan, tunjukkanlah bajingan2 itu jalan yang benar YA Allah. jalan yang baik dan benar.

Subhanallah. marilah sama-sama kita rakyat malaysia muslim sejati menadah tangan memohon pertolongan Ilahi kerana tiada lagi mahkamah dan polis paling adil dlm bumi malaysia ini selain Allah yang Maha Mengetahui Dan Berkuasa dari kuasa sebuah Kerajaan Berpaksikan hati Iblis

Anonymous said...

Doa Ujub bin Takbur...

Anonymous said...

seorang yang mengaku dirinya islam tidak akan mengaibkan seorang islam lain jika dia melakukan nya dan menjadi juara mengaibkan seorang islam sedangkan dia sendiri tidak ada bukti maka dia sudah tiada islam dulu harus sani kata ramai orang islam murtad kini tak sebut dah sebab hari2 dia lihat kawannya dari umno yang suka menentang islam