pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gempar: Satu Penghinaan Terhadap Umat Islam, Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong Di Kesan !!
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala...
Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala babi yang diletakkan dalam kawasan masjid. Semua ini kononnya bakal mengundang kemarahan dan perbalahan kaum di negara kita. Bermulalah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ada pihak yang mengatakan perbuatan itu sengaja dilakukan dengan terancang oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Malah ada juga mengatakan, kerja itu memang dilakukan oleh "budak nakal" yang sengaja ingin menimbulkan kontorversi dan publisiti. Seolah-olah wujudnya perbalahan kaum di negara kita. Namun, hakikatnya rakyat Malaysia terus hidup utuh aman dapat tanpa sebarang kekacauan. Isu khalimah Allah dan kepala babi telah berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap isu-isu utama di negara kita. Kini selepas kes liwat dijalankan, semua isu tersebut seakan hilang begitu sahaja. Biarpun ada tangkapan dan perbicaraan yang bakal diadakan, namun ternyata ia nampak semakin dingin. Malah "kes liwat" yang dikatakan membabitkan mantan TPM, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan dikatakan berjaya mengatasi banyak isu-isu panas di negara kita mutakhir ini, termasuk kes Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Namun begitu, apa yang ingin kami dedahkan kali ini ialah satu isu yang harus dianggap sensitif terhadap seluruh umat Islam di negara kita. Rupanya, ada isu penghinaan terhadap agama Islam yang lebih berat dan perlu diberi perhatian telah berlaku penghujung tahun 2009 yang lalu. Namun, dek kerana ia agak terpencil maka isu tersebut tidak diberi perhatian secara meluas oleh pihak media arus perdana. Kami bukanlah mahu mencari jalan untuk mewujudkan perbalahan atau kekacauan sebenarnya. Namun, sebagai orang Melayu yang beragama Islam maka kami juga terpanggil untuk memaparkan adengan ini agar ia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa terutamanya yang menjaga kepentingan agama di negara kita. Isunya berkaitan sebilangan pelajar dari Sek.Men St.Augustine, Betong Sarawak didapati telah secara jelas menghina dan menjatuhkan maruah agama Islam di negara kita. Bukti jelas dengan paparan video di bawah, mereka menghina laungan "azan dan solat" orang Islam. Malah, kejadian yang cukup menggemparkan ini berlaku dalam sebuah gereja di sana. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, sama-samalah kita mengambil perhatian dan iktibar atas perkara ini. Natijahnya, rakyat Malaysia perlu diajar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika inilah keadaannya, maka pihak berkuasa haruslah menjalankan siasatan yang rapi untuk menahan dan mendakwa pihak terbabit. Penghinaan itu amatlah memalukan dan menjatuhkan maruah Islam. Jika kerajaan boleh menagkap dan mendakwa Blogger Aduka Taruna kerana menghina Almarhum Sultan Johor, maka mengapa tidak kepada mereka yang terlibat dengan jelas adengan ini?.


[Kami amat terkejut dengan adengan yang dilakukan ini. Mereka begitu gembira melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube. Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya. !!].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 2:57:00 PM

Apa nak hairan orang ugama lain hina Islam, sekarang ini orang Islam hina orang Islam lain pun berapa ramai termasuklah Parti hamPAS dan Al-Juburi dan penjilatnya.

kerol.. said... Thursday, February 11, 2010 3:17:00 PM

anon? kenapa org umno menolak hukum hudud?..sedangkan hukum itu hanya utk org islam dn hukum itu yg Allah suruh hambaNYAn laksanakan...kemana perginya kes sebat yg dikenakan kpd kartika?..kenapa org2 diam je?..org yg hati nyer jauh dgn islam, mmg x kn nmpk kebenaran..

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 3:20:00 PM

org yg hina islam krn terdapat kaum yg pentingkan fahaman politik perkauman berserta kepentingan peribadi maka krn itulah mereka yg masih tidak faham apa itu islam ..yg mereka faham percaya pd tuhan tapi tidak perlu amalkan ajaran tuhan krn kerajaan tak "wartakan kewajipan amalan hukum islam"...

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 3:28:00 PM

Apasal begitu gempar mengenai perbuatan mereka itu? Mereka pun punyai hak kesamarataan utk menggunaka kalimah Allah sekali gus "bersembahyang" dlm. gereja. Bukankah ia telah dibenarkan oleh Mahkamah (walaupun kebenaran itu hanya utk digunakan di majalah saja. Tapi persepsi umum terutama dari puak kafir harbi mengatakan mereka juga boleh menggunakan kalimah Allah dimana-mana dan pada bila-bila masa saja). Harbi Khalid Samad dari PASlah yg lantang memperjuangkan tentang perkongsian penggunaan kalimah Allah. Al-Juburi PKR pun menyokong dan mendokong serta membenarkannya dgan mencanangkannya diseluruh dunia..mengapa terasa terhina? terima sajalah padahnya..dan mereka yg berkenaan tanggung sajalah dosa-dosa besar yg telah dilakukan!

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 3:36:00 PM

memang itu kerja mereka UMno BN tidak berani mengambil tindakan takut hilang sokongan terhadap pengarauh di Sarawak,. Kalau orang Islam khususnya pembangkat cepat macam kilat ambil tindakan.

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 5:08:00 PM

Orang beragama sepatutnya berakhlak. Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakhlak. Bagaimana orang-orang yang tidak berakhlak hendak menegakkan hukum Allah? Sekarang ini orang-orang yang kononnya kuat agama sekadar memegang gelaran saja sebagai tok guru dan al-ustaz tetapi tahap ahklaknya masih rendah. Lebih rosak lagi bila orang agama main politik kononnya dapat negara baru nak tegakkan hukum Allah. Kenapa tidak bentuk saja masyarakat supaya berakhlak agar generasi akan datang membuat pilihan pemimpin dari kalangan orang berakhlak. Logiklah bila masyarakat berakhlak mesti akan memilih orang yang berakhlak tinggi untuk memimpin mereka. Sebaliknya sekarang kita kononnya hendak memilih pemimpin yang berakhlak dari kalangan masyarakat yang tiada akhlak, bukankah ini sesuatu yang mustahil? Wahai orang-orang beragama marilah sama-sama membentuk masyarakat supaya berakhlak dari akar umbi lagi. Lupakan politik, insyallah Tuhan akan meletakkan pemimpin yang baik dari kalangan kamu yang berakhlak.

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 5:14:00 PM

Dapat negara baru nak tegakkan hukum Allah...kah..kah...kahh.

abd samad majid said... Thursday, February 11, 2010 5:28:00 PM

di malaysia ni syiar islam terlalu banyak, tetapi syariat islam je yg x dibuat...kalo org islam sendiri tolak hukum dn tdk berminat utk laksanakan pemerintahan secara islam, mmg x kemana'a islam yg di laung-laungkan tu..pemimpin sekarang byk berminat nk cerita psl bangsa dn kaum je..

kerol said... Thursday, February 11, 2010 5:30:00 PM

Btl tu en.samad..UMNO hanya utk melayu tp bkn utk org islam..Takbir!!

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 6:08:00 PM

Memang bebal pengikut2 PAS nih. Disebabkan kebodohan dan kerakusan mereka utk meraih sokongan dan undi dari kaum kafir agama sendiri yg diperjuangkan dijadikan barang dan alat sbg pertukaran untuk sokongan dan undi..
Memang bahlol puak-puak PR nih. Disebabkan merekalah terutamanya Nik Aziz sesat, islam telah dihina dan dipersendakan. Puak PASlah punca segala masaalah aqidah yg berlaku sekarang. PASlah penyebab utama islam dinegara ini diperlekehkan. Oleh kerana PASlah islam dipandang serong dan berimej mundur, kotor dan dianggap pelampau kalau tidak dianggap sbg pengganas. PAS telah merosakkan islam. Dan PAS juga telah memecah belahkan umat islam dinegara ini. PAS memang pengkhianat dan pemusnah islam dinegara ini. Ini adalah kenyataan. Bertaubatlah wahai pengikut PAS. Bertaubatlah wahai Nik Aziz..

Budak_Perak said... Thursday, February 11, 2010 6:47:00 PM

Ini bukan masaalah politik,tetapi kebanyakan politiklah yang membawa masaalah.. tak boleh ke kita selesaikan masaalah agama dengan bersama , kalau isu agama di selesaikan oleh semua lapisan masyarakat tak kira apa fahamam politik mereka .. kalau sesuatu penghinaan itu berlaku kepada agama .. maka bukan satu parti sahaja yang terkena aibnya malah kesemua umat itu...
cuba kau tanya pemimpin kamu adakah mereka se'fanatik kamu dalam parti .. Mereka pun boleh lompat mana-mana parti kalau mereka mahu .. tetapi kita lebih fanatik dari ahli politik itu , ibarat lebih sudu dari kuah.. biar bodoh sesaat jangan bodoh selamanya...

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 6:49:00 PM

salam..
Makin hebat komen2 ustaz UMNO, tinggi betul ilmu anda semua. Semakin anda berkata2, semakin terserlah kejahilan anda semua. Hati anda semua terlalu hitam untuk menerima kebenaran. Anda semua hanyalah islam pada keturunan, akidah anda semua telah rosak. Ingatlah, masuk syurga seseorang itu kerana akidah yang betul dan bukan kerana amalan..

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 6:58:00 PM

Apa komen yang saya baca di atas pun menyakitkan hati. Islam benar dan telah dipolitikkan oleh orang yang nak kuasa aje. x kira UMNO mahupun Parti pakatan. Jiwa saya meronta untuk melihat hukum islam dilaksanakan tapi kenapalah pemimpin islam dok nampak nak laksanakan.Kalau blh kerajaan yang ada jgn lengahkan perlaksanaannya jangan sampai bala Allah turun.Orang islam jangan memperlekehkan agama bangsa lain nanti mereka perlekehkan agama kita ,sakit hati,geram dan macam2 yg kita rasa x dpt disampaikan mula kita bertindak mengikut emosi.

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 11:00:00 PM

tak payah dok gaduh la... kalau kita Islam sejati tak kira la umno ke pas ke pakataan apa pun... sama2lah pertahankan hak org ISLAM... jgn sama sendiri yg menjatuhkan ISLAM..jgn nama saja Islam tapi hati entah ke mana... yg tau cari gaduh..inikah yg diperjuangkan oleh saudara2 ISLAM MALAYSIA???

Anonymous said... Thursday, February 11, 2010 11:31:00 PM

Assalam, kepada saudaraku seISLAM, awasilah akhlak dan perilaku kita dimana sahaja. Walaupun kita dipihak yang benar, tidak bermakna kita boleh menghina, mencaci dan melaknat pihak yang dianggap bersalah. ISLAM ada cara yang berhikmah. Sedangkan dengan firaun pun, Nabi Musa berlemah lembut. Jangan biarkan diri kita dikawal HAWA NAFSU. Berakhlaklah dengan akhlak ISLAM.WSLM.

SHAMSUDIN SAMSI
MAHASISWA UNIVERSITI AL-AZHAR,
CAIRO, EGYPT.

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 7:39:00 AM

video tu keje budak-budak nakal je tu. budak bawah umur. rotankan aje, lepas tu insaflah diorang tu..

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 9:01:00 AM

hmmmm kali ini nampak ada komen-komen yg mengunakan bahasa yg elok2 je. sejuuuk membaca. saya suka baca komen saudara Shamsudin Shamsi. Biar kita dibelah mana pun, gunalah bahasa yg baik yg melambangkan akhlak Islam sejati. Org bukan Islam tengok, mungkin akan menarik dia mengenal Islam.

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 11:15:00 AM

Kan Nik Aziz kata mencarut tu bagus...Tuhan pun mencarut kata nya.

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 11:49:00 AM

Anonymous said...
Apa nak hairan orang ugama lain hina Islam, sekarang ini orang Islam hina orang Islam lain pun berapa ramai termasuklah Parti hamPAS dan Al-Juburi dan penjilatnya.

Thursday, February 11, 2010 2:57:00 PM

Hai lah anonymous, kau pun sama jugak. Kau tulis atas ni bukan menghina ke atau terlalu taksub dengan UMNGOK sehingga kau menjadi buta dan tuli mata hati. Kesiannnnnnnnnnnnn...

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 11:52:00 AM

Anonymous said...
Kan Nik Aziz kata mencarut tu bagus...Tuhan pun mencarut kata nya.

Friday, February 12, 2010 11:15:00 AM

kalau kita mengaku yang ALLAH SWT itu maha agung, maha mengasihani, dll, TUHAN SEMESTA ALAM, maknanya kita mengaku ALLAH SWT itu mampu dan berhak untuk apa saja... mengapa pertikai apa yang ALLAH SWT boleh buat????

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 3:55:00 PM

Allah itu yang Maha Mulia; Mulia pada ZatNya, pada sifatNya, pada asma'Nya dan pada afaalNya; begitu juga melalui Al-Quran yang disampaikan dengan gaya bahasa yang begitu indah sekali dan di tuntut membacanya dengan adab kesopanan serta kelunakkan suara. "Mencarut" adalah bahasa yang tiada kesopanan dan rendah nilainya;ianya hanya pertuturan yang hanya diungkap oleh golongan yang rendah akhlaknya. Jika kita kaitkan Allah dengan sifat kekurangan manusia maka kita telah meletakkanNya setaraf manusia. Ingat Allah telah berpesan kepada mereka yang mempersendakan KemuliaanNya melalui ayat Al-Quran ini, "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan" :Al-A'Raaf 180.

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 5:04:00 PM

Menghina, mencaci, melaknat, mencarut, mengkaffir orang Islam lainnya semuanya dimulakan oleh Parti hamPAS (masa itu PKR belum wujud). Tokoh Cacian/Hinaan seperti Mat Saboo menjadi pioneer gerakan "Sabuism" dalam permainan gila ini. Orang UMNO sekarang cuma mempertahankan diri. Tapi demonstrasi jalanan memang Al-Juburi lah "kepala bapak"nya. Nah tak cukup lagi bukti-bukti perlakuan kesetanan Puak PR ni? UMNO cuma mempertahankan diri pun salah? PANTAT MU LAH..

Anonymous said... Friday, February 12, 2010 11:46:00 PM

buntut mulah,kah kah kah

Anonymous said... Saturday, February 13, 2010 12:49:00 AM

penyokong umno semua merasakan mereka baik tapi............

 
Top