PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, February 17, 2010

Mahkamah: Anwar Melantik Pakar Forensik Serta DNA Dari Luar Negara Untuk Pasukan Pembelaan Menolak Dakwaan Kes Fitnah Liwat Ke Atasnya !!

KUALA LUMPUR 17 Feb [7.42 pm] - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya. Peguambela Anwar, Sankara Nair berkata, mantan Timbalan Perdana Menteri itu telah mendapatkan perkhidmatan pakar DNA Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia; dan dua pakar forensik, Prof. Dr. C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia. Dalam satu kenyataan hari ini, Nair berkata, beliau akan membawa pakar berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9 pagi, esok. Esok, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijadual menyampaikan keputusannya berhubung permohonan Anwar supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar kes itu. Minggu lepas, Anwar memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri atas alasan bahawa dua keputusannya berhubung laporan media mengenai kes itu telah menimbulkan elemen berat sebelah terhadap kes yang dihadapinya.

[Keputusan Anwar adalah amat bertepatan sekali dalam menghalang niat jahat pihak tertentu untuk melakukan kezaliman terhadap beliau dalam kes ini. Sampel DNA juga tidak diberikan untuk tujuan penilaian, atas alasan akan diubah dan sebagainya. Walhal itu adalah satu keperluan dan sebagai tertuduh beliau berhak memperolehi segala dokumen dan sampel berkaitan. Jika tidak, sudah pasti berbagai cara telah dilakukan untuk memanipulasikan DNA Anwar bagi mengaitkan tuduhan liwat terhadap beliau itu. Oleh itu langkah terbaik ialah menggunakan pakar forensik dan DNA dari luar negara yang dilihat lebih telus dan adil dalam membuat sesuatu keputusan. Tiada lagi keadilan yang diharapkan sebenarnya!].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Ampatuan Jr said...

Aku amat terpesona dgn keupayaan DSAI memanggil pakar2 yg handal2 dari seluruh dunia untuk datang mempertahankan kes liwatnya.Ternyata Anwar memang mempunyai rangkain global yg sungguh hebat.Tapi aku percaya bukan mudah nak minta depa tu datang ke sini-kos yg kena bayar mestilah sangat tinggi.Bab ni pun aku amat terpesona cam mana Anwar boleh berbelanja tanpa batas untuk bayar pakar2 tu di samping kehidupan mewahnya.Mesti Anwar ada duit banyakkan? Tapi cam mana dia ada duit banyak sedangkan dia takda pekerjaan tetap? Gaji aku yg ciput ni pun jenuh aku kena adjust tiap bulan nak bayar itu ini,asyik tak cukop jer...Ada ke saper2 kenal rapat dgn Anwar katakan kat dia aku nak pinjam dalam 5K sebab aku nak bayar hutang2 aku tu.... ahh, satu lagi aku baca dlm blog Rocky Bru dlm 2,3 hari lepas ada kata yg Anwar ada US$8Bilion yg diuruskan oleh Rahim Ghouse di Australia.Tak tau la betui ke tak, tapi US$8 Billion tu dlm duit kita berapa aa??

Anonymous said...

Incik pakar pakar kat malaysia ni dah habis di beli..xtau ker?puiii

bRAVEhEART said...

kemahiran berpolitik kebinatangan anu-ar ni pun mesti dihormati dan dikagumi. dia mampu lakukan apa saja untuk capai cita2nya. membolos lubang bontot tu hanya perkara kecik je, kak jijah lebih tau ttg itu, hik hik.beruntungnya kak jijah kerana ruangan kosong akan dapat dipenuhi, kahkahkah

Anonymous said...

Satu saja yang Anuwar tak boleh beli...iaitu Tuhan. Hukum Tuhan tetap teserlah kepada sesiapa yang menzalimi...

Anonymous said...

kaya rupanya anwar ni ya... fuhhh sorang pakar tu nak kena bayar manyak mana erk... alamak... tabikkkkk

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami...
Kami Memohon PadaMu Ya Allah...
Hancurkan Musuh-Musuh kamu yang kini bermaharajalela dibumi tercinta ini...

Sesungguhnya kami tidak berdaya selain dengan KUASAMU Ya Allah...
Mereka menjadikan semua talibarut syaitan dan iblis untuk menjayakan skrip paling terhina berlaku atas mukabumi ini...


Hanya PadaMu Ya Allah Kami rakyat yang tidak berdaya memohon pertolongan, tunjukkanlah bajingan2 itu jalan yang benar YA Allah. jalan yang baik dan benar.

Subhanallah. marilah sama-sama kita rakyat malaysia muslim sejati menadah tangan memohon pertolongan Ilahi kerana tiada lagi mahkamah dan polis paling adil dlm bumi malaysia ini selain Allah yang Maha Mengetahui Dan Berkuasa dari kuasa sebuah Kerajaan Berpaksikan hati Iblis

Anonymous said...

Ampatuan SHIT kalu nk 5K dtg jumpa aku tk payah mintak DSAI. Sokong UMNO BN jadah apa mung hidup merempat mcm kucing kurap.Jadah spisis apa mu dok undi umno bn miskin papa kedana. blm pernah ku lihat org jd hamba BN papa kedana...

hahahahaha kesian mu bahlol..woi bahlol kau tk amik peluang ke duit negara tiris dan bocor rm28billion ceduk la sikit masuk poket... yg mu dok bg kat bos mu jer hentam berbillion mu dapat taik jer ke... hahahahah..paria barua punya org

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami...
Kami Memohon PadaMu Ya Allah...
Hancurkan Musuh-Musuh kamu yang kini bermaharajalela dibumi tercinta ini...

Sesungguhnya kami tidak berdaya selain dengan KUASAMU Ya Allah...
Mereka menjadikan semua talibarut syaitan dan iblis untuk menjayakan skrip paling terhina berlaku atas mukabumi ini...


Hanya PadaMu Ya Allah Kami rakyat yang tidak berdaya memohon pertolongan, tunjukkanlah bajingan2 itu jalan yang benar YA Allah. jalan yang baik dan benar.

Subhanallah. marilah sama-sama kita rakyat malaysia muslim sejati menadah tangan memohon pertolongan Ilahi kerana tiada lagi mahkamah dan polis paling adil dlm bumi malaysia ini selain Allah yang Maha Mengetahui Dan Berkuasa dari kuasa sebuah Kerajaan Berpaksikan hati Iblis

Anonymous said...

Jangan lah terbawak-bawak sangat emosi tu bro...takut yang mengata tu yang hatinya berpaksikan Iblis.

castello said...

saudara brave hart,bila melihat saudara memberi komen penoh dengan prasangka,saya terpanggil nak beri sikit komen,saudara nyatakan yang politik kebinatangan itu cara anwar,saudara.,mari kita tengok pada situasi yang ada sebelom membuat andaian yang melulu,kes ini sedang berjalan dan melalui proses undang undang yang diadili oleh hakim,ini bukan soal politik binatang,tetapi ini soal maruah,masa depan individu,dan so0al yang paling besar adalah intigriti sistem kehakiman itu sendiri,sebagai rakyat biasa kita ingin melihat ruang keadilan masih ada dalam sistem kita,bukan lah bermakna kita tidak berkemampuan dalam menganalisa dna ini,tetapi kita melihat skop yang lebih luas,iaitu kepakaran tertentu dalam dna ini,ini bidang khusus dalam kemajuan sains dan teknologi,selagi kita berprasangka terhadap apa yang dari luar itu tak betul,maka jadilah kita macam sekarang ni,konsep law of the jungle,dan mengenepikan prinsip paling asas manusia iaitu kemerdekaan berfikir dan bebas untuk mempertahankan diri,Saya suka saudara bravehart memberi komen,sebab itu adalah hak saudara,tapi apa yang jelas disini,sebenarnya kita telah memperkenalkan diri kita kepada umum dari bahasa kita,akhir sekali beri ruang untuk saudara anwar untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya,jangan mentang mentang kita ada kuasa,kita hanya ada pandangan satu hala saje,tidak ada konsep check and balance,