PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 18, 2010

Kontroversi: Anwar Fail Rayuan Di Mahkamah Persekutuan Bagi Mencabar Keputusan Dibuat Mahkamah Rayuan Yang Menolak Rayuannya!

PUTRAJAYA, 18 Feb [6.00 pm] : Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya. Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memfailkan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes, yang sedang berjalan, sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan itu didengar di Mahkamah Persekutuan. Notis rayuan dan notis usul itu difailkan menerusi firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners pagi ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Disertakan bersama notis rayuan adalah afidavit Anwar. Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar@Izhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu. Mereka memutuskan bahawa Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraannya.

[Apalah lagi yang boleh diharapkan Anwar dalam kes ini sebenarnya. Segalanya seakan tampak tidak langsung menjurus ke arah keadilan dan kebenaran. Seakan terdapat usaha drastik oleh pihak berkaitan untuk memastikan Anwar terpenjara lagi dalam kes liwat II kali ini. Mahkamah sudah tidak menjadi harapan lagi buat rakyat untuk menuntut keadilan. Mahkamah terus dijadikan alat untuk memastikan kehancuran mana-mana rakyat Malaysia yang cuba untuk mencabar dan menghilangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan UMNO BN dari terus berkuasa di negara ini].

17 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhan Kami...
Kami Memohon PadaMu Ya Allah...
Hancurkan Musuh-Musuh kamu yang kini bermaharajalela dibumi tercinta ini...

Sesungguhnya kami tidak berdaya selain dengan KUASAMU Ya Allah...
Mereka menjadikan semua talibarut syaitan dan iblis untuk menjayakan skrip paling terhina berlaku atas mukabumi ini...


Hanya PadaMu Ya Allah Kami rakyat yang tidak berdaya memohon pertolongan, tunjukkanlah bajingan2 itu jalan yang benar YA Allah. jalan yang baik dan benar.

Subhanallah

Tg Lumpur said...

Ya Allah jahanamkan orang-orang yang menipu dan sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menjayakan misi peribadi... amin

Anonymous said...

Laknatullahualaikum waljahannam atas semua yg terlibat dlm konpirasi celaka dan skrip terhina ini.
Juga hidup dlm kehinaan atas 7 keturunan talibarut2 terlibat.
Sesungguhnya hanya kau Ya Allah Maha Berkuasa Maha Mendengar rintihan org org yang teraniaya

Ampatuan Jr said...

Tak boleh jadi ni!! mana boleh rayuan ikhlas Anwar asyik kena tolak jer.Kita pun dah berbuih mulut doakan Anwar.Kita kena lakukan sesuatu yg drastik untuk bantu beliau....Apa kata kita mintak tolong Amerika? Kat Amerika ramai yg suka pada brader Anwar,tentu mereka tak keberatan datang bantu kita yg terdesak ni.Lagi pun Amerika ialah sebuah negara yg mengutamakan hak dan kebebasan individu termasuk untuk melakukan apa jua kiranya ada persetujuan sesama mereka.Ini termasuk perkahwinan sejenis yg masih dihalang di M'sia.Amerika adalah pejuang demokrasi tulen dan Amerika memang ikhlas nak tolong kita kerana kita sedang dizalimi oleh UMNO sejak merdeka lagi.Percayalah,kalau Amerika datang kita semua akan hidup aman damai dan sihat sejahtera spr saudara2 kita di Iraq dan Afghanistan sekarang.

Anonymous said...

Ampatuan...sila dtg amik cek RM5K utk kamu secara percuma... semoga allah memberkati dan rahmat atas setiap gerak geri kamu...

Salam rahmat dari aku dan juga tuan besar kamu Najib.

mengkarok said...

hehehe...
koi nok jugek weh, 5k banyok tu!

Anonymous said...

Kita mohon semoga kemenangan dan keadilan akan tertegak jua hendaknya di bumi M'sia ini. Seterusnya kejahatan angkara tangan kotor manusia keji akan terdedah jua. Amin

Anonymous said...

kalau meliwat jangan lah diliwat liwatkan perbicaraan berapa banyak mahkamah mahu merayu dah..allah telah sempitkan perjalanan kamu wahai sang peliwat tegar selagi kamu tidak bertaubat kamu akan susah didunia apa lagi di akhirat sendiri mahu ingat lah.

Anonymous said...

Karpal kata "bertaubatlah", Nik Ajis kata "macam Jakun".

Anonymous said...

Apa yg tinggal hanyalah berdoa....dugaan yg sgt berat utk Anwar....Allahuakbar !!

Anonymous said...

baca yasin untuk kes liwat ,jangan jual ayat ALLAH,kalau di tuduh atas kes agama islam ,bolih lah, ni kes buntut ,taubat bek taubat

Anonymous said...

Tak tau la orang PR ni dah tebiat nak mampos kot...

Anonymous said...

Hoi orang2 Islam Pas dan PKR yang menyokong sangat ahli parlimen Australia tu Michael Danby bapak homo tegar yang sayangkan Anuar Ibrahim. Sah2 dan terang2 gay MP masih lagi nak sokong Anuar Ibrahim kerana takut Pakatan Rakyat hilang kuasa memerintah Malaysia bila Anuar Ibrahim di sumbat ke penjara. Memang puaka lah puak2 Pas dan PKR ni. Bodohlah kalau orang tak nampak politik songsang PR ni.Amerika dan Australia memang lah sayangkan Anuar sebab kebanyakannya MP2 dia orang puak yahudi memang suka tengok negara Islam porak peranda untuk itu tahniah lah pada Anuar Ibrahim dan Lim Kit Siang...pengkianat dan peliwat negara.

Anonymous said...

Hai puak-puak UMNO, yang si Najib ambil APCO sebuah syarikat perunding Yahudi kau tak kata pulak sebagai pengkhianat...Ahli MP Australia dan Amerika hanya menggesa keadilah diberi kpd DSAI bukan beliau minta ihsan mereka.

Anonymous said...

Bersorak rianglah wahai sedara syaitan dan iblis (UMNO&BN)kerana dunia ini tempat kamu berpesta berbuat onar berkuasa konon kuasa tuhan dapat kamu kalahkan.

Bersaksikanlah dgn janji Allah kamu sedara setandaniblis akan mendapat habuan kamu diakhirat kerana umat nabi Muhammad diberi kelebihan hingga nyawa dikandung badan mudahan kamu sempat bertaubat.

Inilah permintaan junjungan besar Nabi kita memberi peluang ummatnya kembali ke jalan yg benar.

Namun harus diingat seperkara jua ada juga balasan segera atas apa yg kaum setan dan iblis kerjakan didunia ini melebihi sifat amali hamba.Pasti akan menerima cash didunia lagi.

Disini kamu mampu bersorak riang mengiya kan segala. kamu mampu guna segala talibarut kamu utk satu tujuan...Menyumbat DSAi ke penjara sg buluh secepat mungkin. tapi kamu lupa satu DSAI kamu berjaya humban tp jutaan lg DSAi PR kamu tidak dapat halang krn suara jutaan ini pasti melenyapkn kedurjanaan kamu jua saat waktu itu akan tiba...

Anonymous said...

Elehhh...macamlah akhirat dah di "franchise" kepada kau orang. Cermin diri sikit, kalau dah giler-giler menyokong perbuatan mungkar, dunia ni pun belum tau ngko bahagia tau tak!

Anonymous said...

Macam ni la puak-puak PR bertahan, sekadar hendak menenteramkan hati mereka yang sentiasa gundah-gulana...kesian nyer, ini semua berkat ajaran Nik Ajis yang menyarankan bersahabat dengan SYAITAN itu baik..malu aku.