PETALING JAYA, 23 Feb [8.00 am] - Selepas mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat berhubung tindakan 50 ahli Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) semalam mempersoalkan integriti badan kehakiman negara. Beliau menyalahkan kelemahan badan kehakiman negara ini yang menjadi punca kepada cubaan campur tangan pihak luar. "Saya berasa malu sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya kita kena tanya kenapa adanya campur tangan. "Kita patut persoalkan sama ada sistem kehakiman kita sudah bermaruah ataupun tidak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini semalam. Jumaat lalu, Abdul Hadi menyelar serta menentang campur tangan asing termasuk dalam perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Abdul Hadi menegaskan, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan itu Pas akan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara. Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia. Selain itu, pada sidang media yang turut dihadiri Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Abdul Hadi menggesa supaya institusi kehakiman negara dipulihkan segera bagi terus mengelakkan pihak asing mengganngu. "Kita kena baiki diri kita sendiri kalau tak nak orang luar campur tangan," katanya.
[Integriti Mahkamah dipertikakan oleh 50 ahli parlimen Australia kerana mereka pelik, Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam tetapi mengamalkan satu sistem undang-undang "Rimba" yang jelas bertentangan dengan prinsip dan amalan mana-mana negara Islam lain di dunia ini. Malah, sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang tidak Islamik sepatutnya kes ini ditangani dengan lebih profesional. Mereka melihat dari seluruh dunia dan terkejut dengan apa yang berlaku. Bayangkan, kes liwat yang dibicarakan tanpa mengikut kebiasaan kes itu dibawah seksyen 377B yang memerlukan "ada kemasukan" sebagai asasnya. Malah, laporan perubatan yang dinafikan tanpa merujuk kepada kes terdahulu juga amat bercanggah. Undang-undang terhadap Anwar dibuat sesuka hati demi memastikan masa depan pemimpin pembangkang itu tercalar dan hancur. Inilah yang dipersoalkan, mereka bukan campurtangan atas urusan kewangan atau pentadbiran kerajaan].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Betul tu tok guru.
nampak sgt puak parti pembangkang ni tak ada pendirian... bila dah kena hentam ngan geng sendiri terus tukar pendirian... tak kira la pandai agama ke idak sama aje puak ni... hipokrit
Hipokrasi perkataan paling sesuai dan intim dgn UMNO juga juak juaknya. Jika dilihat sinonimnya juak umno ini dari perwatakan dan akhlak puak umno boleh dikatakan agak sama dgn kaum quraish zaman jahiliah kerana apa dikatakan sedemikian kerana mereka menggunakan akal budi bicara mereka tanpa hukum hakam yg telah dibentang Allah dlm quran mentafsir undang-undang acuan sendiri meliwat seluruh sistem perundangan termasuk undang-undang kafir juga undang-undang islam.
Inilah UMNO pendokong HIPOKrasi negara mendahului Allah dalam segenap tindak tanduk.Menghukum sesama manusia dgn undang-undang rimba ciptaan tgn UMNO terkecuali MCA MIC. Hanya UMNO yg mahukn DSAI terkubur bersama semangat Perjuangan Keadilan Sejagat penuh makna
malu malu..dah lah PM pun ada koleksi cerite pembunuhan..ni pulak cerite pasal sodom..
Pi blah je..cari negara baru kalau dah kecewa sangat...ramai lagi orang asing yang sanggup bergadai bergolok nak jadi rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia berhak mengecapi kehidupan mewah makmur dan senang lenang tanpa Lanun Negara UMNO.
Selamat tinggal UMNO. Cukup doh UMNO demo menghisap darah rakyat menyedut saki baki sisa khazanah negara.
Kami ucapkan selamat berambus. Muka kalian tiada yang jernih selain muka penyangak penindas pembelit dan pengebom terhormat.
JANGAN SALAHKAN UMNO YG BERJASA PD ORG MELAYU.KLU TAK SALAH APA SEBAB DITANGGUH2KAN KES.ANWAR ADA 9 LOYER YG TERA2 BLEH TOLNG LEPASKAN DIA KLU BETUL DIA TAK SALAH. ADA BOMOH PLAK IKUT KEMAKAMAH. BERANI KERANA BENAR HADAPI KENYATAAN. JNGN PERBODOHKAN KITA YG MELIHAT SEPERTI BINI DIA YG DIPERBODOH2KAN
Habis kalau x salahkan umno nak salahkan parti kat monggolia ker?anon 10:42 ni lah jenis x sedo sedo lg..nak dihalalkan saja ke lanun lanun yang terang2 merompak duit rakyat sekian lama..puiiii
Anon 10:42 dapat gula2 bang dari umngok..rm300..hehe
Pi duduk Pakistan laa..sama2 ganas dan bercelaru...Malaysia ni selamat lagi bg kamu orang2 PR.
Satu kumpulan perompak sedang merompak, tiba tiba salah seorang melarang mereka dan berkata merompak itu haram, kamu bakal masuk neraka kerana merompak. Kata ketua perompak, beliau akan biarkan ahli ahli perompak memutuskan tindakan terhadap YBM Tengku Razaleigh,
Post a Comment