PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, February 15, 2010

Kontroversi: Kenyatan Ketua Wanita UMNO Johor Mahu Menyelamatkan Gadis Terlanjur Dikhuatiri Menggalakkan Lagi Perlakuan Maksiat Itu Sendiri

Sungguh mengejutkan mendengar kenyataan Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain (foto) yang berkata bahawa mereka bersedia menghulurkan bantuan untuk mana-mana wanita yang terlanjur dan berhasrat untuk membuang bayi mereka. Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi sebaliknya menghubungi Wanita UMNO Johor bagi mendapatkan bantuan. "Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita UMNO Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi,” katanya. Katanya lagi, Wanita UMNO Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak dalam kegiatan pembuangan bayi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar dalam sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan, dua hari lepas. Biar apa pun kenyataan Syarifah ini, sebenarnya ia jelas mengundang masalah sebenarnya. Niat yang baik jika tidak kena pada tempatnya akan menjadi buruk akhirnya. Cadangan yang dibuat ini memanglah baik kerana prihatin dengan masalah pembuangan bayi. Namun harus diingat, sepatutnya beliau mencari jalan untuk menghindari gejala maksiat itu dari terus berlaku. Bukannya memberi harapan baru kepada pelaku maksiat itu sendiri. Ini akan menggalakkan lebih ramai lagi remaja melakukan perbuatan maksiat di negeri itu sendiri sebenarnya.

[Terkadang, memang banyak berlaku niat yang baik mengundang padah. Misalnya dalam kes penagih dadah. Kerajaan sepatutnya menghapuskan saki baki penagih tegar dengan menghantar dan kuarantin mereka di mana-mana pulau supaya mereka terhapus satu persatu. Namun, apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah membina pusat-pusat untuk penagih itu diselematkan. Kononnya mahu mereka kembali ke pangkal jalan. Namun hakikatnya, kes dadah terus meningkat dari sehari ke sehari dan gagal dibendung hingga ke hari ini. Akhirnya anak-anak remaja Melayu yang menjadi mangsa dan terus menderita dengan gejala itu. Inilah akibatnya bila niat yang baik akhirnya mengundang padah yang kian berpanjangan].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Ampatuan Jr said...

Hairan sangat! Camna negeri yg katanya bak 'Serambi Mekah' dan ketuanya seorang ahli politik veteran yg lebih suka di panggil 'Tok Guru'dlm parti yg berteraskan Islam ada jugak kes buang dan bakar anak dlm tong sampah?? Apa yg tak kena tu? Ceramah pagi petang siang malam pun ada rakyatnya buat kerja2 terkutok gitu ke? Kalau kes ni berlaku di negeri2 yg ditadbir oleh UMNO tu paham lah sebab UMNO menolak Islam kan? Tapi Kelantan??

ustazrock said...

biaserlah tuu...yg buang anak kat kelantan tuu puak-puak Tok Pa, Awang Adek, Anuar Musaa...hok jenis tok reti nok di ajarr...org buat ceramoh, tazkiroh mano puok2 ni mari weyy..mu tu pung bukan mari surau masjid dgr ... bilor tok guru bg ceramoh lari... mu tgok AF jer lar ...puok2 mu tu larr

Anonymous said...

Bangang orang hamPAS rakyat sendiri tak tarbiah, asyik sibuk dengan politik giler...betoi2 hamPAS berkawan dengan penjubork.

Anonymous said...

Yor la wat ceramoh kutuk, maki hamun orghe, sapo dio orghe siuman nok gi kalu lagu tu...demo hok puok2 terpesong ja yang gi.