Seperti yang kita jangka, Mahkamah Rayuan sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk memberi keadilan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak sehaluan dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional. Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan. Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan tuduhan tersebut berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998. Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
[Nampaknya Mahkamah Rayuan sekali lagi menjadi penghalang tertegaknya keadilan di negara kita. Hanya rakyat yang dibutakan mata dan hati sahaja akan seronok melihat keputusan yang dibuat ini. Namun bagi rakyat yang cintakan keadilan dan demokrasi, maka mereka tetap menganggap apa yang berlaku ini adalah satu pencabulan terhadap hak-hak asasi individu dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Mahkamah Rayuan telah digunakan sebagai platform terakhir untuk memastikan rakyat dikecewakan sebenarnya. Apapun kita tetap mengharapkan agar keadilan agak tertegak jua akhirnya di bumi kita ini].












6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Kalau sudah kena tolak redho sajalah. Jika Anwar dipihak yang benar apa yang hendak ditakuti. Biarkan proses undang-undang negara berjalan. Yang jadi masalah apabila ramai sangat hakim-hakim yang tiada tauliah mendahului mahkamah membuat keputusan...ramai sangat juga pakar-pakar forensik kampung yang telah berjaya membawa bukti-bukti terbaru untuk disampaikan kepada umum. Ini termasuklah penulis blog ini sendiri yang berlagak dialah hakim, polis dan pakar forensik.
heran no...bkn dia nak tumpu kat kes yg tgh dibaca la ni...yg dia tau nak gugur aje... takot bebenor org tua ni no.... sampai snggup panggil org asing jadi penyokong dia... alahai sinuar....
Adalah menjadi hak orang yang dituduh mempertahankan diri dengan sebaik-baiknya.. yang kau sibuk DSAI panggil orang yang pakar dan berintegriti pasal apa.. Takut ke kezaliman dan konspirasi nak jatuhkan DSAI terbongkar.. Di Malaysia macam-macam boleh buat untuk menipu, mengubah DNA atau mengungut pakar ikut kehendak mereka. Jadi biarkan DSAI mendapatkan haknya. Semoga kebatilan terdedah jua..
KONTROVERSI HARAM JADAH APA PULAK??? ANuwar and the geng telah gagal menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes ini bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah, itu saja.
Hei bro di atas, Anuwar telah diberi kebebasan sebaiknya untuk mempertahankan dirinya, sebab itu sampai kes tertangguh beberapa kali. Kau ingat Mahkamah Kangaroo Australia ke ini?
ptutnya kes ni didengar dlm mahkamah SYARIAH tau dak..bkn mhkamah tinggi dh tu yg PELIKnya keputusan DOKTOR2 PAKAR tak mau pakai,percaya ckp budak JAMBU tu gak
ptutnya kes ni didengar dlm mahkamah SYARIAH tau dak..bkn mhkamah tinggi dh tu yg PELIKnya keputusan DOKTOR2 PAKAR tak mau pakai,percaya ckp budak JAMBU tu gak
Post a Comment