KUALA LUMPUR 19 Feb [7.00 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya. Notis rayuan itu difailkan menerusi firma peguam Tetuan S.N. Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Salinan notis itu turut dihantar ke Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, kata peguam Sankara Nair kepada pemberita. Semalam, ketika menolak permohonan Ketua Pembangkang itu, Hakim Zabidin memutuskan tidak ada sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu dan jika beliau berbuat demikian, bermakna beliau lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang hakim. Katanya, seseorang hakim yang telah mengangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Hakim Zabidin menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Pada 8 Februari, Anwar memfailkan permohonan supaya hakim menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan keputusan hakim berat sebelah kerana tidak merujuk akhbar Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah.
[Kes fitnah liwat Anwar ini nampak semakin bercelaru sekarang. Tindakan hakim Zabidin yang kononnya mengatakan dia tidak profesional dan bertanggungjawab bila menarik diri dari kes tersebut jelas sekali mengelirukan rakyat dan mahu menutup agenda sebenarnya. Jika begitu kenyataannya, maka kenapa Hakim SM Koomathy di Mahkamah Seksyen dinafikan hak sebelum ini untuk membicarakan kes Anwar sehingga tamat?. Kenapa tiba-tiba beliau direhatkan ketika keputusan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi secara terancang mahu dilakukan. Kenapa tidak mahu menunggu beliau ada di mahkamah, kerana beliau pun sebelum ini mengatakan ingin bertanggungjawab atas kes tersebut. Ini jelas menunjukkan yang jiwa-jiwa hakim ini pun semakin porak peranda bila ada tangan-tangan lain yang mempengaruhi mereka. Soalnya sekarang, wajarkan Zabidin yang berat sebelah itu terus mengadili kes ini. Jika dibiarkan, sudah pastilah agenda tersembunyi itu akan diteruskan!].












1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Karpal Singh la patutnya undur diri..dah tahu AnuWAR salah dan suruh dia bertaubat, masih nak mewakili dia lagi, buat apa...Lari lah, nanti itu Karpal tenggelam tau!
Post a Comment