KUALA LUMPUR 18 Feb [2.40 pm] – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh ke 25 Mac sementara menunggu rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohd Zabidin Mohd. Diah menarik diri dari kes itu.
Tiga Doktor Pakar Hadir Ke Prosiding Liwat
KUALA LUMPUR 18 Feb [10.38 am] - Dua pakar analisis deoksiribonukleik (DNA) dan forensik luar negara yang dikemukakan oleh pihak pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan liwatnya dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira pada pukul 8.45 pagi ini. Dua pakar tersebut yang masing-masing dipercayai dari India dan Australia tiba dengan salah seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair dan disambut oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tiba lebih awal di sana. Dalam satu e-mel kepada pihak media semalam, Sankara memberitahu, tiga pakar itu ialah Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia; Prof. Dr. C. Damodaran dari Chennai, India; dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.
KUALA LUMPUR 18 Feb [10.30 am] – Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat Anwar. Menurut Hakim Mohamad Zabidin, tiada sebab untuknya menarik diri kerana jika beliau berbuat demikian seolah-olah beliau melarikan diri daripada tanggungjawab sebagai seorang hakim. Dengan keputusan itu, prosiding mahkamah ditangguhkan untuk sementara waktu.












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Ya Allah Ya Tuhan Kami...
Kami Memohon PadaMu Ya Allah...
Hancurkan Musuh-Musuh kamu yang kini bermaharajalela dibumi tercinta ini...
Sesungguhnya kami tidak berdaya selain dengan KUASAMU Ya Allah...
Mereka menjadikan semua talibarut syaitan dan iblis untuk menjayakan skrip paling terhina berlaku atas mukabumi ini...
Hanya PadaMu Ya Allah Kami rakyat yang tidak berdaya memohon pertolongan, tunjukkanlah bajingan2 itu jalan yang benar YA Allah. jalan yang baik dan benar.
Subhanallah
Baguih hang ni, berdoa pun berbau Anwar...hang tunggu aja la, tengok dengan mata kepala hang sendiri nanti siapa yang benar siapa yang salah...
Anon kat atas ni cakap suruh tunggu siapa yang benar siapa yang salah,alahai bro..steady la sikit,dalam situasi ini jangan lah cakap siapa benar siapa yang salah,tapi lebih tepat lagi cakap siapa yang menang siapa yang kalah.tengok semula kes liwat satu.walaupun terdapat banyak percanggahan sehingga pertuduhan pun boleh dipinda,maka tidak hairanlah disebut siapa benar dan siapa yang kalah,Dan saudara Anwar pun tetap kalah juga dalam kes itu,sehingga meringkok dalam penjara selama enam tahun,Allah yang maha berkuasa memelihara saudara Anwar selamanya dipenjara sehingga bebas,Setelah beliau bebas,maka digerakkan gerakan rakyat yang sedar segala kepalsuan bn yang selama ini berlindung disebalik spr,sprm,dan macam macam lagi,dengan penoh keinsafan saudara Anwar menggerakkan rakyat disamping menyatukan gerakan pembangkang menentang bn dan rasuah.satu perjuangan yang sangat konsisten.Saudara Anwar sedar terdapat ramai musuh dari dalam,yang belum menampakkan wajah mereka sebenar,sehinggalah mereka ini diuji sikit demi sikit.Tapi syabas saudara Anwar,walau diuji dengan pelbagai cubaan termasuk fitnah yang dasyat,tetapi beliau tetap konsisten dalam perjuangan.Inilah dia pejuang sebenar,yang telah melalui proses matang yang tidak ada pada mana mana pemimpin bn.Jadi tidak hairanlah jika saudara Anwar didapati salah nanti,kerana dalam episod ini kita seolah olah tahu motif kejadian ini semua.
Hanya gay juga yang menyokong gay...
heheheh geng australia tu byk gay..mmg kawan anwar la ... yg dok sokong sakan kat sini pun mgkn gay la...hahahahahah
Post a Comment