Sungguh menakjubkan, berdasarkan terkini akhirnya adik PM, Nazir Razak (foto) dari CIMB Group berada dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia. Nazir masuk semula dalam senarai selepas setahun. Ini bermakna beliau berjaya mencipta kekayaan seiring dengan kekuasaan abangnya Najib Razak memerintah negara ini. Apakah kekayaan Nazir itu ada kaitan dengan Najib agaknya?. Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului senarai. terbaru kali ini. Kekayaan beliau ialah sebanyak RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu . Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion. Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86bilion. Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong. Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh. Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai selepas tiada dalam tempoh setahun.
[Rakyat Malaysia tidak hairan jika orang lain yang berada dalam kelompok 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi mereka agar musykil bagaimana nama Nazir Razak boleh tersenarai semula ke dalam kelompok itu selepas setahun abangnya menjadi Perdana Menteri. Apapun kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Nazir, kerana berjaya membawa CIMB ke mercu kejayaan. Persoalannya jika beliau hanya bekerja dengan CIMB, bagaimanakah dirinya boleh mengumpul kekayaan sebegitu banyak. Kita juga hairan kenapakah nama Mahathir Mohamad, Pak Lah dan Khairy Jamaluddin tidak termasuk dalam senarai?. Walhal, umum pernah didedahkan Pak Lah mempunyai aset berjumlah lebih 200 bilion ringgit seperti yang didedahkan oleh Mahathir baru-baru ini. Ini bermakna mereka berdua sepatutnya masuk dalam senarai. Namun, mungkin ada muslihat disebaliknya maka itulah nama mereka dikeluarkan. Jika tidak sudah pasti rakyat akan terus memberontak kerana terbukti mereka merompak dan menyeleweng wang rakyat itu].












24 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Dulu Bank Bumiputra diujudkan dengan dana rakyat yang terkumpul dari cukai2. Lepas itu ditelan Bank Commerce atas jasa baik dan kebijaksanaan Daim. Sekarang sudah milik adik PM. Wajarlah, kan UMNO mempertahankan ketuanan dan hak orang melayu. Tujuh jong berlabuh orang melayu tetap berkaki ayam. Sebaris kata pepatah, ayam menang, tetapi kampung tergadai.
awat dengki ke.orang bodoh mana bolih jadi kaya,di malaysia tak kira apa bangsa pandai pasti kaya,bukan macam masor junus ,nasib baik tak masor jubur ,hati dengki bodoh pulaK TU,MAna nak jadi kaya
Emmmm best jugak ngata org ni kan..... tapi kita tunggu bila matahari naik di sebelah barat... kalau kaya disebabkan oleh penderitaan orang lain nak buat apa?.. kalu kaya tolong lah orang miskin kat bawah ni ...tapi kaya takde pon nak sedekah... kami rakyat yg sekadar cukup makan tak pernah pon mintak lebih2.. dari org2 kaya...
aku bangga ada org melayu kaya..
untuk dua tiga ekoq tanpa nama yg dok komen tu baca rencana tu elok-elok
mansor junus sebut tu memang betoi apa?
kekayaan adalah suatu ujian sejauh mana harta tu digunakan,disalorkan,dizakatkan dsbnya
harta yg dikumpul akan dipersoalkan di yaumul mahsyar...jadi usah gundah gulana dengan kekayaan sementara ini
kekayaan sebenar adalah kekayaan iman dan amal
Ok la tu. Ada jugak org melayu Kaya.
A ah yela tu ade jugak melayu kaya yek..ape kata kita tukar bin kpd bin tun razak atau bin mahathir,,atau jadi menantu pon ok gak..tengok kaya ke tidak kiterrrr?????
jadi setpol lagi best..juta juta simpan kat umah jew ..puak puak siapa tu weh?
bab duit bab kaya tak yah tanya..komer dah tauu
ade jwtn setiausaha politik kosong..boleh mohon..cepat2 saper nak kaya...
sah dah..UMNO kaki kebas duit!!! setpol mana tu woiiii....spesis nak mampuihhh!!!
Saya sokong Najib. Kalau adik sendiri pun tak bolih tolong jadi kaya, macamana nak tolong orang lain. Jangan jadi tak cerdik macam Hadi Awang, nik Ajis, adik beradik sendiri pun tak leh tolong, tapi cakap banyak kata nak tolong rakyat.
Adik beradik bini mung tak tolong ke. Anak tiri hak big mama halau tu kena lah tolong jugak. Bila dah habis keluarga kaya, bolih lah tolong rakyat pulak,kalau ada baki lagi laaaa.
tahniah kekayaan yg Allah berikan...cuma tak lupa tanggungjawab sebagai Orang ISLAM... kita org islam pula hindarkan la sikap dengki kianat kerana itu dibenci oleh Allah swt
Ada orang tu dah lah banyak duit, pas tu main jubork pulak...hehe.
TAHNIAH KEPADA TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY... CONTOH MELAYU-ISLAM YANG KAYA TETAPI CUKUP MERENDAH DIRI SERTA BANYAK BERSEDEKAH. Kalo org syed mokhtar albukhary ni jadi pimpinan tertinggi UMNO, respek gak aku... :)
Baca posting balas saya di http://braveheart-blogger.blogspot.com/2010/02/pdo-biadap-hentam-umno-umb-pahang-kecut.html
ade enjin, enjin di luar jet,ade kapalselam, kapalselam tak berapa nak boleh menyelam,ade melayu kaya, melayu kaya....sila sambung kengkawan...
ada melayu kaya.... org melayu sendiri yg dengki nak jatuhkan melayu yang kaya hahahahah
kalau 200billion tu tipu sangatlah pdo..buat cerita sembang habis..
MAWI ON SUSAH NAK KAYA SEKARANG SEBAB X DE ORANG NAK SMS LG..HUHU..NAK KENA SAMAN LAGI..ELOK LAH GI JUMPA NAJIB MACAM SEIFUL..NANTI BOLEH BERANAK JUTA JUTA..HEHE
Rakyat malaysia menolong raja gula bertambah kaya..angkara siapa gamaknya?..lu pikir la sendiri
Lu fikir tak termasuk lu sendiri ker? anon 12:19. Tak payah makan gula, pi minum air hujan jer..
Aku tak kisah si Nazir kaya kerana kecerdikan dia..tapi kenapa dia kaya setelah abang dia jadi PM? Kenapa tak dari dulu?? Sudah pastilah kerana kroni dan nepotisme berlaku. Adalah berdosa besar jika menggunakan jawatan untuk mengkayakan kaum keluarga.
Aku rasa kalau abang kau yang jadi PM, kau mesti lebih kaya dari Nazir kot?
Post a Comment