Konvensyen UMNO Pahang yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Jengka, Pahang mulai 19 hingga 21 Februari ini, dijangka akan dimeriahkan dengan kehadiran Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak. Menurut sumber, Najib akan menutup konvensyen tersebut pada 19 Feb (Jumaat) selepas bersama rakyat di Felda Jengka 7 dan Jengka 3 dalam program yang berasingan. Ini bermakna, warga Jengka bakal menjadi tumpuan dalam dua tiga hari ini. Malah, kami difahamkan, lokasi persinggahan Najib di Jengka 7 juga kini meriah dengan berbagai persiapan bagi menyambut pemimpin nombor satu negara itu. Najib khabarnya pernah datang ke situ pada tahun 1983 iaitu ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Ini bermakna selepas lebih 27 tahun, Najib bakal kembali untuk bersama rakyat di sana. Banyak limpahan kemewahan kini dicurahkan kepada para peneroka di Felda terbabit. Semua ini bagi membolehkan mereka menyediakan kelengkapan yang secukupnya bagi menceriakan kawasan rumah masing-masing bagi menarik perhatian ramai pemimpin UMNO yang akan berkunjung ke situ nanti. Konvensyen UMNO yang bakal diadakan di UiTM Jengka khabarnya akan dihadiri oleh lebih 2,000 perwakilan dari seluruh negeri Pahang. Namun, ada sesuatu yang tidak enak didengar oleh kita semua. Terdapat maklumat bahawa Pengurusan Kolej Islam Pahang, Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yang memaksa para pensyarahnya untuk hadir dalam konvensyen itu nanti. Jika benar maklumat ini, maka nampaknya ini satu lagi pencabulan hak rakyat sebenarnya. UMNO mahu mengadakan program, namun mereka tidak boleh memaksa golongan seperti pensyarah dan kakitangan kerajaan untuk hadir sebenarnya. Konvensyen tersebut adalah untuk parti dan bukan kerajaan. Begitu juga tentang penggunaan kampus UiTM sebagai lokasi konvensyen adalah tidak wajar. Ia jelas mencabuli undang-undang dan peraturan mereka selama ini.
[Maklumat yang diperolehi ini adalah sumber dalaman kolej terbabit. Pihak kami amat terkejut dan kecewa dengan perkara ini. Kami pasti akan ada pihak yang akan menafikan perkara ini berlaku selepas ia dihebahkan. Namun begitu kami tidak hairan dengan perkembangan ini dan ternyata UMNO akan memaksa sesiapa sahaja untuk hadir bagi meramaikan setiap program yang dianjurkan mereka. Malahan, ada juga pihak yang dibayar supaya hadir. Jika tidak ada duit yang ditaburkan kepada rakyat, maka sudah pasti mana-mana program anjuran UMNO hanya tinggal kerusi dan meja sahaja yang akan mendengar ucapan pemimpin mereka. Ini membuktikan UMNO BN hidup dan berakar undi hanya dengan duit, tanpa duit rasuah seperti itu mereka tidak akan mampu untuk membeli suara rakyat. Tapi, harus diingat bahawarakyat bukan selamanya bangang dan dungu seperti mereka. Suatu hari nanti rakyat akan pastikan riwayat UMNO terkubur bersama dengan wang ringgit yang ditaburkan itu].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Bukan KIPSAS saja, khabarnya Kolej IKIP dan PSDC juga.
Hei..ngko tak nampak ker penulis blog pun kata "kalau benar maklumat ini", bermakna berita belum sahih, itu pun kau dah nak meracau. Aku dengar lagi hebat; habis sami kuil Hindu dan Cina pun dipaksa pergi.
Ya Allah Ya Tuhan Kami...
Kami Memohon PadaMu Ya Allah...
Hancurkan Musuh-Musuh kamu yang kini bermaharajalela dibumi tercinta ini...
Sesungguhnya kami tidak berdaya selain dengan KUASAMU Ya Allah...
Mereka menjadikan semua talibarut syaitan dan iblis untuk menjayakan skrip paling terhina berlaku atas mukabumi ini...
Hanya PadaMu Ya Allah Kami rakyat yang tidak berdaya memohon pertolongan, tunjukkanlah bajingan2 itu jalan yang benar YA Allah. jalan yang baik dan benar.
Subhanallah. marilah sama-sama kita rakyat malaysia muslim sejati menadah tangan memohon pertolongan Ilahi kerana tiada lagi mahkamah dan polis paling adil dlm bumi malaysia ini selain Allah yang Maha Mengetahui Dan Berkuasa dari kuasa sebuah Kerajaan Berpaksikan hati Iblis
Berok kalu tkde belacan mana blh hidup. So letak belacan tengah2 baru sensasi berok datang
Eleh berdoa konon!!! Ujub bin Takbur..
ala kalau kt sekolah dah lama diorang paksa pegi program JASA..Jabatan Angkut Semua kaki Ampu.
Post a Comment