TAMPARULI 18 Feb [3.00 pm] - Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol (foto) hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN). Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di sini. Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) negeri selama 12 tahun sejak 1985. Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
[Nampaknya, inilah tamparan paling besar dan hebat buat puak-puak UMNO BN sebenarnya. Dalam mereka sibuk membicarakan soal Zahrain Hashim serta beberapa lagi pemimpin PKR yang melompat parti, tiba-tiba pula pemimpin popular BN di Sabah ini menyertai Pakatan Rakyat. Inilah dunia namanya, dan mereka harus ingat bahawa Sabah dan Sarawak adalah talian hayat terakhir untuk Barisan Nasional bernafas dalam pilihanraya umum akan datang. Dengan kemasukan pemimpin terbabit, maka sudah pasti harapan besar untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara pasti akan lebih mudah lagi. Nampaknya, sudah pasti pemimpinUMNO BN bagai cacing kepanasan dengan perkembangan terbaru ini. Barulah mereka sedar bahawa mendung tidak bererti hujan dan jangan terlalu mendabik dada dalam politik.












10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
tak menjadi masalah besar langsung kepada BN Sabah....
Nik Ajis kata macam Jakun...kesian Jakun-Jakun kat M'sia nih, satu penghinaan kepada bangsa mereka.
orang yang dah takda jawatan ,pi mampuslah ,tamparang hebat bila yb zahrin keluar pkr ,lagi lingkup bila yb zul pula keluar ,bodohg lah pdo ni ,tak reti nak nilai
alhamdulillah...
Nampaknya pemimpin2 dari sabah dah mula sedar akan kepentingan rakyat....pas ni lingkup lah Bee End kat sabah....Syabas Kalakau..Pakatan Rakyat Makin kuat sabah
Kalau kuat meliwat tu saya percaya...
Hei orang UMNO, kau sokonglah sampai mati...majoriti rakyat bersama PR. kau bila lg?? YB Zahrin dan YB Zul eloklah mereka keluar...adanya mrk hanya merosakkan PR je..
BetoiX aku sokong.Buat apa simpan org-org mcm tu.Sokong bawak rebah kata org.Dulu org kata izam kuar abislah PR.Tak jejaspun,lagi kuat ada. Tgklah bnyk pilihanraya kecil yg PR mng lps izam kuar parti.Ini kalau kuar yg dua ekor di atas tu,PR lagi kuek.Tak caya tunggu lah....
Orang yg cintakan keadilan pasti akan memilih PR. Sudah terbukti negeri yg ditadbir PR berjaya menegakkan keadilan,ketelusan dan kecekapan. Transparent Internasional pun dah mengakuinya.
Keadilan, ketelusan dan kecekapan PUNDEK lu...PR tu maknanya Puak Rakus, tau tak..
nak tergelak aku pilih pr sebab cintakan keadilan... cekap haprak... diri sendiri tak terurus cekap nak tadbir malaysia konon sampaikan kena minta tlg kafir2 luar tu...isk2 nak tergelak hahahahaha
Post a Comment