PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, February 17, 2010

Sensasi: Kebajikan Tidak Di Jaga, Blogger Pembela Negara Di Pelawa Sertai Team Blogger Rakyat Bagi Meneruskan Perjuangan Mereka Di Alam Siber Ini

Sungguh malang bagi puak-puak Blogger Pembela Negara (BPN). Biarpun mereka mempertahankan pemimpin UMNO bermati-matian, namun ternyata kelibat mereka langsung tidak diberi perhatian oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Akhirnya terpaksalah mereka berkokok dalam keadaan merintih mengharap simpati. Ini berlaku di seluruh negara bahkan ia pernah diluahkan oleh orang kuat BPN iaitu Pangliman Perang Cyber satu ketika dulu. Mereka membela, mempertahankan malah melakukan segalanya untuk UMNO. Namun, nasib mereka terus dipinggirkan tanpa pembelaan. Malah ada dikalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, sanggup berjuang bermati-matian bagi menangkis asakan blogger rakyat. Hakikatnya, mereka wajar "demand" dan memohon peruntukkan khas bagi menampung kewangan puak-puak mereka yang sudah semakin kempis. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Apa yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Janji tinggal janji, segala yang diharapkan tidak kunjung tiba. Komputer, laptop, talian internet dan sebagainya tidak diendahkan. Malah, sumber kewangan mereka juga dinafikan. Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Ramai juga dikalangan ahli BPN yang menghubungi PDO, memohon untuk masuk team Blogger Rakyat. Kami sedang pertimbangkan perkara ini. Apalah guna mengampu pemimpin UMNO, seandainya mereka langsung tidak mahu menjaga kebajikan para blogger budiman semua. Atas nama perjuangan, mereka harus berpijak dibumi yang nyata. Usahlah berada dalam alam fantasi sekiranya nasib tidak menyebelahi anda. Ayuh, bersama kami untuk meneruskan perjuangan bagi membela rakyat yang sudah lama tertindas dan dinafikan hak di bumi sendiri sejak dulu, kini dan selamanya. Ramai juga dikalangan ahli BPN kini yang terpaksa merayu kepada pemimpin UMNO agar memberi ruang dan perhatian kepada mereka. Namun, apakan daya mereka terus tidak dibela. Nasib mereka umpama telur dihujung tanduk, hidup segan mati tak mahu.

[Para ahli Blogger Pembela Negara harus sedar akan sikap sebenar pemimpin UMNO itu. Maka, apalah guna mereka cuba untuk mengampu dan mempertahankan pemimpin yang langsung tidak mahu memberi perhatian kewujudan mereka di alam siber. Di Pahang misalnya, ada blogger seperti BraveHeart yang dilihat begitu komitmen untuk membantu perjuangan UMNO. Namun, sudah beberapa kali beliau menyatakan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap pemimpin UMNO yang bukan sahaja tidak menjaga kebajikan mereka. Malahan juga langsung tidak memberi ruang serta peka dengan kewujudan mereka di alam siber. Media alternatif dianggap tidak penting dalam arus perjuangan. Walhal mereka sendiri tahu bahawa pengaruh media alternatif terutamanya blog telah menyebabkan UMNO BN kalah dibeberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu. Apakah Pahang akan menjadi negeri seterusnya. Oleh itu, marilah kita bersatu atas nama Perjuangan Rakyat demi keadilan sejagat. Apalah guna perjuangan jika keringat yang dicurah tidak langsung diberi perhatian oleh pemimpin atasan. Kami hulur tangan untuk bersatu di alam siber demi perjuangan].

18 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

PDO...hati-hati. Puak-puak penjilat AmnoBN ni kna beware sebab diorang pandai blakon n menyamar utk hancorkan musoh diorang...mcm kesah trojan horse tu.

Anonymous said...

PDO...hati-hati. Puak-puak penjilat AmnoBN ni kna beware sebab diorang pandai blakon n menyamar utk hancorkan musoh diorang...mcm kesah trojan horse tu.

Anonymous said...

saya dah baca blog tu..hampas jek..jaga2 boleh rosak aqidah kalu baca mcm kepala org dlam dubur binatang...berkaitan saksi qazaf..main2 jek hukum ALLAh...bebal blogger ni boleh murtad ni...

Anonymous said...

Setahu saya, BPN tidak sebangsat itu dalam perjuangan mereka, mungkin ada segelintir penulis-penulis blog yang mengharapkan perhatian dan habuan dengan tulisan mereka, tetapi itu bukan dari kalangan pejuang tulen...

Kalau ikhlas nak menegak kebenaran perlu apa untuk meluahkan rasa tidak puas hati sedemikian rupa.... kalau rasa tidak diperhatikan atau tidak disanjung atau tidak mendapat keuntungan, hentikan sahaja menulis blog, jalankan kerja-kerja lain yang boleh menampung hidup daripada bekorban untuk orang lain........

Kalau selama ini mendakwa kita ikhlas berjuang untuk menegak kebenaran, mengapa perlu merintih untuk mendapat perhatian orang lain.... itu penulis blog hipokrit namanya....

zakwan said...

BPN
Who r they?
What r they?
Don't bother talking about them,PDO
They're not human
They're UMNO's whores

mad said...

kalau ikhlas berjuang tak perlu peruntukan dan imbuhan. blogger rakyat melakukan dengan ikhlas atas dasar perjuangan mengakkan keadilan dan membela rakyat tertindas. blogger pro umno semuanya nakkan duit jer.

YB Raz said...

selama aku bersama BPN, tak pernahpun aku dibayar oleh umno. malah aku tak pernah minta langsung.

semuanya kerana ikhlas sayangkan parti, agama, bangsa dan negara ini.

tak tahulah kalau blogger pembangkang ada menerima tajaan mana mana pihak tertentu. mana tahu dapat tajaan pergi buat haji ke...atau kek hari raya...

TAMING SARI said...

Ada ke? aku antara ganerasi pertama penubuhan BPN....

Haha... aku duk tengok bnyk minta derma adalah blog pembangkang... Blog YB diorang sendiri pun minta derma...

Baca le blog aku nie... sape yg sengkek?

http://empayar-malaya.blogspot.com/

BPN tetap teguh kerana isu yg kita bw sentiasa menang dihati rakyat...

Anonymous said...

UMNO whores??? How about PKR's Sodomers or Pas'Butt Lickers.

Anonymous said...

Yeah!! I'm with you, only manimals sodomize and butt-lick.

Anonymous said...

koi pun nok buat blog nih..tapi tak tau nok dudok platform maner...buat mase skrg koi dok atas platform buoh dlm ladang koi...

Anonymous said...

Bagus tu bro, daripada sibuk ke jubor orang lebih kita berkebun..datanglah kebun koi, kat kerdau.

AbgTuah said...

SALAM SAUDARA..

SUKACITA DINYATAKAN..SELAIN DARI WANG..ADA SATU LAGI PERKARA YANG PALING BERHARGA.

ITULAH DIA YANG DIPANGGIL KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN.

KEPUASAN BESAR YANG DIPEROLEHI APABILA KITA DAPAT MENYUMBANG SEDIKIT SEBANYAK JASA UNTUK AGAMA..BANGSA DAN NEGARA DENGAN IKHLAS.

KEPUASAN YANG AMAT MELAPANGKAN HATI DAN JIWA TERSEBUT AKAN LENYAP APABILA APABILA KEUTAMAAN DIBERIKAN HANYA KAPADA UPAH ...DAN IMBUHAN.

BLOGGER BPN..KAWAN KENAL HATI BUDI MEREKA.

BPN TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA IMBUHAN KERANA KAMI FAHAM BAHAWA KEUJUDAN BPN ADALAH DENGAN SUKARELA TANPA DITAJA ATAU DI SARANKAN OLEH MANA-MANA PIHAK. AKAN TETAPI SEKIRANYA ADA PIHAK YANG IKHLAS MEMBANTU DAN MENYUMBANG ..KAMI TERIMA DENGAN IKHLAS DAN SHUKOR. DENGAN SUMBANGAN TERSEBUT MAKA TENTUNYA KAMI DAPAT BERGERAK DENGAN LEBIH BEBAS DAN SETERUSNYA DAPAT MELEBARKAN SAYAP PERJUANGAN KAMI.

MAJORITI AHLI BPN ADALAH BERPENDAPATAN TETAP..JADI TAK UJUD MASALAH UNTUK MEMBIAYAI AKTIBITI BERBLOGGING KAMI. KESERONOKAN YANG KAMI PEROLEHI APABILA BERBLOGGING IALAH PELUANG UNTUK SAMA-SAMA BERJUANG DIBARISAN HADAPAN. ITULAH KEPUASAN, PENGALAMAN DAN PERKARA YANG PALING UTAMA, PALING BERHARGA DAN PALING KAMI BANGGAKAN YANG TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT..

KEUJUDAN BPN ADALAH SAMA JUGA SEPERTI KUUJUDAN KUMPULAN-KUMPULAN NGO YANG BERKHIDMAT DAN BERJUANG DIATAS DASAR SUKARELA.

TIDAK DINAFIKAN MUNGKIN ADA SEGELINTIR KECIL AHLI BPN YANG TERLALU MENGHARAPKAN PERHATIAN ATAU IMBUHAN. BAGI MEREKA YANG SEPERTI ITU ..MEREKA MASIH TIDAK FAHAM APA ITU BPN DAN ERTI PERJUANGANNYA.

PERJUANGAN KAMI AKAN KAMI TERUSKAN SEBAIK BN MEMENANGI SEMULA 5 NEGERI DIBAWAH KEKUASAAN PEMBANGKANG.

HIDUP BPN...TERUSKAN PERJUANGAN.

TERIMA KASIH JUA DIATAS TAWARAN PDO..WALAUBAGAIMANA PUN MAAFKAN KAMI KERANA KAMI TAK BERMINAT.

My Longest Yard said...

aku pun tak berminat nak join Blogger Rakyat...

Pejuang Bangsa said...

terima kasih saja PDO ..

Memang hakikat bro , blogger BPN dan PB sendiri dipinggirkan oleh pemimpin UMNO malah pernah juga kami dikencingkan oleh pegawai kpd pemimpin besar UMNO yg menjanjikan P1 Wimax selama setahun .akhirnya habuk pun tarak ..

tetapi spt kata Abg Tuah , kami berjuang secara sukarela dan bil internet ini semua sendiri bayar .

salam perjuangan PDO

Anonymous said...

PDO berjuang menyebelahi mungkar...

Ahmad Putra said...

Salam

Memang le UMNO taknak bayar, UMNO sekarang dalam proses nak menampakkan diri mereka lebih Islamik. Bagus la pada pendapat saya.

Tapi blogger BPN ni seperti Gomo, Parpu, Yanggambi, GAP dan sebagainya semuanya HAMPAS!! Siar dalam blog gambar2 yang mengaibkan, gambar fitnah, gambar superimpose yang terlampau2. Artikel pun semua hampas, penuh maki carut, tak beilmiah. Rakyat yang baca pun naik meluat. Yang marah ke PR pun sudahnya jadi kesian.. Saya lepas waktu kerja hari2 masuk blog-blog ni, bukan nak baca sangat, saja nak tengok hari ni dosa apa pulak yang dema buat.

Kemudian blog BPN ni nampak macam ramai pengikut..HAMPAS! Semua orang yang sama je dok pusing2.

So, UMNO harap korang boleh bantu, korang bagi pelingkup lagi ada.

Wassalam

Anonymous said...

Pasal video2 lucah yang hang habaq tu semua dimulakan puak PR...pi tengok sendirilah video depa lagi hamPAS. Yang hang dok kalut BPN ni pasai apa? Hang pi la jilat pungkork AnuWAR nanti dia LIWAT hang balik...Baru hang tau.