PETALING JAYA, 26 Mac [4.50 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang mereka menangi pada pilihan raya umum 2008 lalu. Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh (foto) berkata, parti itu akan tetap mempertahankan penguasaan mereka di kawasan berkenaan pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi. "Kekosongan ini berlaku dalam negeri Selangor yang sememangnya dikuasai oleh Pakatan Rakyat... insyaAllah kita tak ada masalah untuk pertahankan kerusi berkenaan," katanya. Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras semalam. Adik Allahyarham, Md. Hambali mengesahkan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.27 malam. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd. Zin dan empat orang anak. Selain itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PKR masih belum menetapkan tarikh khas untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan. "Kita belum tentukan apa-apa lagi, Allahyarham baru sahaja meninggal dunia semalam, insyaAllah kita akan mengadakan perbincangan bila tiba masa yang sesuai nanti. "Tambahan pula bagi PKR dan Pakatan Rakyat, perkara berkaitan pilihan raya adalah isu berterusan dan bukannya mengikut musim, jadi perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian kita setiap masa," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi. Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, 22,979 undi.
[Dengan menangan majoriti tipis hanya 198 undi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka Pakatan Rakyat terutamanya PKR harus bekerja lebih keras lagi untuk kekal berkuasa di parlimen Hulu Selangor. Jika tidak sudah pasti BN bakal menggugat dengan apa jua cara sekali pun. Kemenangan mereka di Bagan Pinang dulu dengan penuh tipu helah undi tentera akan mereka buktikan di Hulu Selangor. Namun, harus diingat MIC yang beriya-iya mahu Palanivel dicalonkan semula mungkin akan berputih mata sekiranya UMNO merampas kerusi itu dari mereka. Memang ada ura-ura UMNO mahu kerusi itu bagi membuktikan kekuatan mereka di saat berbagai masalah yang dikatakan melanda PKR mutakhir ini. Apapun, harapan besar untuk kita melihat Pakatan Rakyat terus menang dengan majoriti yang lebih besar disitu, biarpun terpaksa berhadapan dengan bala tentera jentera dan wang ringgit puak-puak BN itu nanti].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
suara yakin pun macam tak yakin..arwah menang dulu pun sebab org UMNO terasa budi bekas Tim.MB....inilah bezanya hati budi org UMNO..tetap kenang budi wlau dicaci..berbeza sungguh dgn ahli PAS atau PKR yang akan caci dan caci kalau si anu lompat parti
Insaallah PR akan berjaya dan akan tambah mejoriti,rakyat dah tahu siapa UBN dan siapa PR-contoh 4 negeri telah menunjukkan prestasi yang cukup baik sekali- isu semasa mendorong PR menambah mejoritinya
anon 10.21 syok sendiri.... siapa yg kenal siapa????
anon 12.01 masih nak menegakkan benang basah,biarkan lah saja dia ...buang mas saja menyokong calun pkr nih...kerja tak buat..asik nak menyalahkan org je...
Kemenangan B.Pinang bukan pasal tentera. Kami mengundi kepada wakil yang buat kerja, bukan hanya tahu bercerita. Sikap ini yang patut ditunjukkan oleh semua Wakil Rakyat (tak kira dari mana) kalau mereka mahu terus kekal. Selepas tengok kekecohan yang berlaku dalam politik tanahair sekarang ini... semua pun tak boleh dipercayai. Letaklah calon yang boleh berkhidmat.
setiap kali ada PRK org2 BN sgt berkeyakinan blh mng..tp! dlm 9 kerusi, BN baru mng 2 je..hehe!! baik korang pikir cm mn nk meyakin kan rakyat yg UMNO/BN tu bkn parti yg korup dn bersih dr segala penyelewengan..kali nie entah berapa juta duit akan dilaburkan utk org2 UMNO..hutang bendera PRU12 pn x hbs byr lagi..haha!! ketua cawangan dn bahagian mesti tgh sibuk buat calculation duit peruntukan skrg nie..haha!! mampusla UMNO & BN..
Rakyat tak pernah di tipu oleh pembangkang. Pembangkang hanya mempertikai apa yang tidak betul dan tidak baik yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat. Kerana pemimpin UBN yang lain tidak berani untuk berbuat begitu demi survival politik mereka.
Relakah kita tengok negara kita semakin terhakis dan akhirnya tergadai oleh pemimpin kerajaan yang ada sekarang. Bukalah mata dan minda anda semua demi masa depan warisan anak cucu kita kemudian hari.
Jangan takut kepada pemimpin pembangkang tapi takutlah kepada Allah kerana ini amanah kita kepada rakyat, negara dan agaman.
Assalamualaikum..
Kepada semua penyokong2 PR, moh kita turun beramai2 semasa penamaan calon dan hari pengundian nanti. Pastikan satu kereta ada satu bendera PKR, PAS atau DAP, kita hidupkan semangat perjuangan seperti pada PRK Parlimen Kuala Terengganu 2008. Hidup PR..
Jom..kita pakat2 sokong PR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor...
Undilah PR..untuk kesejahteraan Ummat....
Puak2 Umno jangan jelous k..huhuhu
utk kesejahteraan umat konon... utk jahanamkan umat ada la
Belum cuba belum tau... jgn dok merepekla...UMNO karat...
Post a Comment