PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, March 29, 2010

Edisi Pahang: Seorang Remaja Maut, Dalam Nahas Melibatkan Enam Kenderaan Dekat KM38, Jalan Kuantan-Kemaman Sekitar Jam 11.30 Malam Tadi

KUANTAN, 29 Mac [1.30 pm] - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas jalan raya membabitkan enam kenderaan di Km38 Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini, malam tadi. Mohd Ariff Rosli, 17, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Pegawai Penguatkuasa/Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku ketika lelaki itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kemaman. Beliau berkata Mohd Ariff dipercayai mengekori rapat sebuah kereta jenis Toyota Camry sebelum melanggar kenderaan itu menyebabkan dia terjatuh ke atas jalan. "Dua motosikal rakannya jenis Yamaha dan Honda yang berada di belakang Mohd Ariff turut terjatuh akibat mengelak daripada melanggarnya. "Sebuah kereta jenis Toyota pula terbabas ke bahu jalan ketika cuba mengelak dari melanggar mereka. "Sebuah bas ekspres yang datang dari arah belakang juga tidak sempat mengawal kenderaaan dan dipercayai telah melanggar mangsa," katanyahari ini. Mayat Mohd Ariff dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

[Orang ramai yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui tol Karak ke Kuala Lumpur juga diseru berhati-hati setiap kali musim hujan. Ini kerena difahamkan, ada workshop di sekitar Gombak yang mengambil kesempatan menggunakan strategi jahat untuk mencipta skrip kemalangan. Mereka meletakkan kereta tarik "On Tow" di sepanjang LPT terutamanya di selekoh-selekoh tajam. Modus Operandi mereka ialah dengan membuat lubang pada tempat letak kaki dalam beberapa buahh kereta "buruk" yang masih boleh bergerak, kemudian menggunakan krew mereka untuk menuang minyak hitam ketika hujan. Ini menyebabkan banyak kereta terbabas secara tiba-tiba akibat minyak hitam terbabit. Peristiwa ini berlaku di beberapa kawasan terutamanya dari Tol Karak ke Tol Gombak. Oleh itu, pengguna jalanraya dinasihatkan berhati-hati dengan kemalangan ciptaan workshop yang cukup licik dan jahat ini. Ramai pengguna jalanraya yang telah menjadi mangsa kejadian ini].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: