PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, March 22, 2010

Edisi Pahang: Senario MP Keluar Parti Dan Fitnah Liwat Anwar Menjadikan PKR Semakin Mendapat Sokongan Padu Daripada Semua Rakyat Malaysia

KUANTAN, 22 Mac [11.02 am] - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (foto) menegaskan bahawa parti itu tidak gusar dengan senario "lompat parti" yang berlaku mutakhir ini. Ia berikutan, semakin ramai pemimpin PKR keluar, maka semakin ramai juga ahli baru yang menyertai parti itu. "Dulu hanya sekitar 10 ribu sahaja ahli baru menyertai PKR, kini angka mencecah 40 hingga 45 ribu orang memohon untuk menyertai parti", katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum PAS dekat Taman Tas, disini malam tadi. Saifuddin turut menegaskan, begitu juga dengan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Semakin pemimpin itu ditekan dengan berbagai-baga dakwaan maka semakin kuat sokongan yang diterima daripada rakyat. Malah, masyarakat antarabangsa turut melihat Anwar bukanlah seperti yang digambarkan oleh Saiful. "Kita juga sedang mengedarkan risalah khas mengenai bukti terbaru tentang laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh tiga orang doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful Bukhari Azlan. Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun kini diedarkan ke seluruh negara", katanya lagi.

Kerajaan Najib Gusar Dengan Sokongan Rakyat

Dalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini semakin gusar melihat gelombang kebangkitan rakyat. Maka, bagi menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi ceramah yang diadakan di seluruh negara maka berbagai sekatan mahu diadakan. "Mereka tidak mahu kita berceramah politik, sebaliknya hanya membicarakan soal kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya. Sedangkan mereka tahu bahawa kita adalah parti berdaftar yang sah menurut perlembagaan dan kita ada hak untuk menarik sokongan rakyat. Mereka melarang kita berbicara soal Altantunya, kapal selam tak boleh menyelam, enjin jet dan termasuk juga kes fitnah liwat. Mereka takut rakyat tahu cerita sebenar. Mereka halang kita menyampai maklumat dalam masa yang sama mereka hentam kita dari pelbagai arah termasuk menggunakan sepenuhnya media arus perdana yang ada", kata Saifuddin. Beliau turut menegaskan, Anwar sendiri dipanggil polis dan disiasat atas ucapan politiknya di Pulau Pinang. Alasan yang diberikan kerana menghasut dan sebagainya. "Sudahlah Anwar disiasat dan dihalang menyatakan pandangan beliau di ceramah-ceramah, kini di parlimen pula mereka mahu mengambil tindakan menggantung Anwar gara-gara mempertikaikan penglibatan syarikat Yahudi dalam hal ehwal negara. Apakah rakyat mahu berdiam diri melihat semua ini?", tambah beliau lagi.

[Turut berceramah dalam malam penutup program "Orang Muda Geng Kita" anjuran PAS itu ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota) dan Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri). Berbagai program telah diadakan sepanjang program itu dan ceramah umum malam tadi adalah aktiviti malam penutupnya. Kenyataan Saifuddin semalam jelas sekali membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN kini semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat yang kian hilang. Mereka melakukan berbagai taktik untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat termasuk membawa pengkhianat rakyat iaitu bekas pemimpin PKR sendiri untuk memburukkan parti itu. Apapun, jelas dapat dilihat sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat semakin meningkat mutakhir ini. BN bakal dibenamkan dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang amat ditakuti dan menjadi igauan buruk buat mereka sekarang ini].

33 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Jangan syok sendiri. Jangan perasan. Saya dari golongan muda yg akan mengundi pada PRU13 nanti berasa amat muak dan meluat dgn PR. Kami dan rakan-rakan lebih dpd 200 orang telah sepakat utk memilih parti yg tidak membawa masaalah kpd negara. Kami ingin membantu utk menjamin agama kami, negara kami , dan bangsa supaya terus kekal terbela tanpa diganggu gugat. Kami telah menubuhkan satu sekretariat utk menambah ahli/klub muda untuk memastikan kerajaan sekarang akan kekal memerintah.
Tuan PDO sila kemukakan bukti tentang penambahan sokongan dan ahli PKR..
PKR jangan perasan..

Anonymous said...

PKR (pakat kacau rakyat) parti orang orang busuk hati,,, saifudin senyum pun boleh baca mengambarkan hati busuk

Anonymous said...

Dia ni saifuddin nasution tak habis habis nak dengki kan orang, dia ni memang jahat suka lagakan orang, penghasut dan mengajak orang rosakkan negara,,,

Geng said...

Masih ada lagi nk pertahankan kerajaan skrg? Mmg la membawa masalah pada korg sbb yg bayar cukai mak bapak korg. Kalo korg yg bayar cukai korg tau la mcmana....

Anonymous said...

Anon 1:56:00.Ini bkn syok sendiri atau prasan....ini btulX nie.Rakyat inginkan institusi kepolisan dan kehakiman yg btulX telus dan adil.Sygnya setiapkali mahkamah bersidang(terutamanya yg melibatkan pembangkang),rakyat lbih dulu dah dpt agak apa keputusannya sblm keputusan sbnr dijatuhkn.Kita mau tgk mahkamah kita mcm zaman PM Tun Hussien Onn dulu.Menteri brsalah, menteri pun boleh msk penjara.Menteri Besar didapati bersalah,Menteri Besarpun pegi penjara.Klu boleh dikembalikan Mhkmah kita mcm zaman Tun Hussien Onn dulu,saya rasa tiada sbb utk rakyat sokong Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

PKR mmg parti syok sendiri, kalau takat sembang 40 -50 ribu org masuk nenek aku pun blh cakap.. bagi buktilah, yg orang tahu PKR ni harap orang DAP dan PAS je masa pilihanraya, nak buat mesyuarat ranting pun tak cukup korum..aku ni pun dulu ahli PKR tp sekarang dah insaf...PKR ni lebih baik bungkus je..baik sokong pas wpun kadang-kadang PAS tu bangang jugak

Anonymous said...

nak tergelak ramai lagi yg makin menyokong pkr.... lawak pdo ini...ada bukti ke? yg makin ramai keluar ada la termasuk la "KARIB" anwar... kalau kawan karib boleh berpaling inikan pula yg tak tau apa2 kat luar tu... tapi sebab tak tau tu la depa dok "perak" sokong juga no...

Anonymous said...

ala, besela org xdpt tender ngan contract mesti merajuk...sampah btol..

Alang said...

A'kum
Apa salahnya kita buka minda sedikit berfikir di luar kotak supaya dapat menghayati apa yang berlaku sekarang. Mereka yang taasub kepada sesuatu kumpulan itu, kita biarkanlah. Yang penting kita tahu apa yang kita hendak dan apa yang sepatutnya kita buat.

Anonymous said...

prepositor in production all to espy this disburden of mandate [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] addition at the aspect [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] criterion with 10's of unworldly [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. tame [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no upon in goof casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] with a spectacle UK, german and all surprising the world. so in behalf of the hellishly [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] obstruct us now.

Anonymous said...

kepada penyokong2 U..O, sedar2lah yang kapal korang dah nk tenggelam. Kalau masih BERAKAL dan belum lagi SEWEL, cepat2lh selamatkan diri kerana hanya penumpang yang GILA sahaja yang boleh tersenyum dan terus ketawa duduk dalam kapal yang dah nak karam, ADA FAHAM????

Anonymous said...

Bahlol-bahlol semua jangan cepat melenting,itu fakta,itu kenyataan memang kauorang suka dengan cerita-cerita,palsu,hantu dan fitnah,itu semua tahyul,kauorang ni,hanya yakin dari sumber orang munafik dan fasik aje ke?,orang beriman semestinya banyak muhasabah diri ,mesti bersedia bertukar ganti,Islam keseluruhannya bukan suku-suku bukan separoh2 hoi !! sedarlah kita semua akan mati,jangan main-main,jangan cipta fitnah!!! ,fitnah adalah kerja orang-munafik,tempat org munafik neraka jahannam

Kassim Selamat said...

Mmg puak2 BN/UMNO nie x blh terima kenyataan..kumpul'n org2 muda UMNO tu nk tgk skit byk mn, jgn lupa bwk IC..kalo setakat nk upah bdk2 sekolah baik x pyh..org UMNO nie stkt blh umpan bdk2 sekolah je..aku pn org muda jgk, member2 aku yg sokong PR x pnh pn duk cite nk lompat nk masuk BN..haha!! Woi! anon2 korang jgn jd bodoh la wei, esok kalo rm50 tu x de nilai bg korang jgn ko nk menyalak plak..Brg naik, minyak naik, PRU13 PR NAIK!!!!...

idris shah pekan.. said...

Yang keluar tu sekor je bro..dia mn ada bawak penyokong2 dia bro..ada berani, tunjuk la kat TV berapa ribu org PR yang dah istihar keluar parti ikut rakan KARIB DSAI tu..hahaha!! korang semua mmg suka diperbodoh kan, yang penting duit masuk, poket penuh..

Alang said...

Kenapa nak hairan dengan statement mereka, orang yang kecewa serta berkepentingan diri. Dia cakap tentang kehebatan DSAI yang sebelum ini kita tak tahu. DSAI boleh mewujudkan satu parti yang disegani, disokong oleh parti-parti yang mempunyai semangat juang yang kental serta MP kerajaan yang inginkan perubahan.

Apa hebatnya dia yang beragama Islam, menghina dan memalukan bekas rakan karib serta rakan seperjuang tanpa rasa malu. Jika kita mengaibkan orang dengan niat yang tidak baik, InsyaAllah perkara tersebut akan berbalik kepada kita semula.

i.. said...

Maruah org UMNO terletak pada wang ringgit je, x de projek dn sumbangan, jgn harap la nk sokong BN..aku asa, ahli2 umno sendiri pn x tau kenapa dia msk UMNO kot..haha!!

Anonymous said...

dia masuk umno sebab pkr bodoh ... dpt pemimpin yg penting diri sendiri... tapi pengikut taksub dia dah tertutup minda depa...kena tembus lubang semua... hehhehe... apa pkr buat selama perintah malaysia ni... yg ada hanya menghuru harakan malaysia saja... tu la keja dia...

idris shah pekan.. said...

sbb ada PKR la korang semua tau yg sbnr'a mesia nie mmg huru hara, kalo nk tgg tv3 suku bg tau mmg x kemana la pengetahuan org mesia nie..org UMNO mmg la kata PKR bodoh, sbb dia org lagi bodoh..haha!! kerajaan bg mkn taik korang duk nganga luas2, pemimpin korang kata taik tu sdp, korang pn angguk je la kn..bodoh sape sokong BN..dh 50 thn perintah, masalah perpaduan pn x settle2 lg, bajet yg dia bg hanya utk jaga perpaduan kroni dn anak bini....

Anonymous said...

penyokong UMNO BN mmg cerdik,sb diaorg suka bayar cukai,diaorg suka kena tipu,diorg suka org berzina,suka minum arak,suka jd bahlol. Bg kain pelikat,duit RM 50 diorg akan sokong sampai mati la... kalau x bg diorg ni smua akn keluar parti...

Anonymous said...

Wpun PKR ni sebuah parti yang baru..sekurang2nya dia dpt menyedarkan rakyat malaysia yg selalunya tidur lena.. terkadang kala terkeluar air basi membasahi bantal...namun setiap pergolakan tentang hal jenayah, ekonomi, mahkamah dsbnya di dalam negara kita semuanya tak tau... pabila ada sebuah parti yg membongkarkan semua perkara... al-makalah semua pemimpin UMNO yg dok hayal dgn berbagai2 hayal akan terejut beruk pabila hal yg berkaitan telah TERBONGKAR...

Ada baik gak..sekurang2nya kita rakyat malaysia boleh menilai sesuatu kajadian yg menimpa dalam hal2 berkaitan di negara kita..

kalau xde pembangkang... maka lebih kuatlahlah pemimpin kita dok hayal dgn dunia masing-masing.

Cuba kita perhatikan...dari segi politik negara luar yg maju2... Pemerintahannya silih berganti.. Ini adalah kerana rakyat diluar sana tu lebih matang dari rakyat kita dalam membuat pilihan... bila keadaan ini berlaku maka pemimpin yg diangkat oleh rakyat xkan berani nak buat sesuka hati dalam berbagai2 hal..baik ekonomi, sosial, pentadbiran dsbnya...

sepatutnya kita yg dinamakan Islam lebih matang dari mereka yg sememnagnya kafir...dalam membuat pemilihan utk melantik seseorang pemimpin yg akan menyelamatkan semua rakyat jelata...

Jgn pandang diluaran sahaja...
Jgn Pandang kereta besar aja
Jgn pandang pengaruh aja...
Jgn pandang belakang... dengan itu..kita Undi PR di PRU ke 13 nnti..

Takbir...Takbir...Takbir...

idris shah pekan.. said...

apa yang Anon 3:12 ckp, mesti org UMNO x blh terima, mereka masih lg seronok di buai mimpi2 indah yang sementara tu..x fikir dgn masalah anak2 dn keluarga mereka masa akan dtg..

Anonymous said...

umno kena ingat
apa masalah mereka
bagaimana nak tarik sokong
org kg sokonglah umno
yg macam kami ni macam mana

Anonymous said...

Cis bedebah sungguh PDO a.k.a Mohd Shukri ni. Komen aku ko tak paparkan. Bacul dan pengecut pencacai PKR yg tak berteloq..,

Anonymous said...

awak nak komen lebihlebih buka laman sendirilah baru puas hati.

nikMat said...

aku nak komen panjang2 pun PDO tak siar punye..

PAS dah 50 tahun wujud, tergila kuasa dgn cina kafir DAP pun sanggup join..PKR ? lepas ni tinggal batu nesan je la.. mcm 46 juga..apa sumbangan PKR? ajar manusia jadi kurang ajar ada ler..apa jasa PAS..didik umat Islam memaki hamun ada ler..

Anonymous said...

nikmat oi....cover sikit mulut tu... PAS berjuang atas tiket KERAJAAN ISLAM berpandukan Al-Quran dan sunnah. Kalau ko rasa ko ni orang islam....apa yang duk takut sangat nak tengok islam tertegak di bumi yang selama lebih 50 tahun ni berteraskan sekulasisme?...ke ko ni nak mampos masuk naraka macam diorang jugak?????....insaf le...

mad said...

aku setuju bertukar-tukar kerajaan adalah formula yg paling baik utk kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat. dah 50 tahun bn memerintah dah muak aku tengok muka2 yg sama saja di ptrajaya. paling tidak pun kita bagi peluang org lain pulak kaya-raya, takkan nak beri org umno/bn jer kaya sampai tujuh keturunan merompak harta negara.

Alang said...

Sukar untuk kita bercakap dengan orang yang taasub macam pengikut Ayah Pin. Tetap setia walaupun Ayah Pin tu menipu hidup-hidup mereka.

Kekayaan negara sepatutnya dirasai oleh semua rakyat jelata melalui infra yang disediakan oleh pihak kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama rakyat tak nak tengok ada perkara yang mungkar berlaku seperti rasuah, projek dan biasiswa untuk kroni, penyelewengan peruntukan, komisen dan salah guna kuasa.

Cukai tetap dikenakan kepada semua rakyat dan bukannya kepada ahli parti tertentu sahaja. Oleh itu keadilan yang saksama sangat-sangat dituntut untuk rakyat merasai tinggal di bumi yang bertuah ini.

Anonymous said...

Oleh tu apa tunggu lagi.SamaXlah kita naikkan PR pada pilihanraya umum akan dtg.

Anonymous said...

molek benar apa yg bro 13:00 katakan... Ayuh semu arakyat Malaysia kita UNDI PR lepas ni...

Bukan apa, sesekali nak rasa masakan lain pulak...takla asyik dok makan ikan singgang je...

Anonymous said...

ala...baru 200 org aku dah kumpul 2000 org nak sokong PKR. kau minta bukti...aku pun nak minta bukti kau dah kumpulkan 200 org...boleh???

Anonymous said...

Anon 22/3 4.06pm...cuma UMNO je yg suka amik puak2 murtad parti ni...calon Isa (N9) yg dah sah2 dikenakan tindakan tatatertib oleh UMNO sendiri..pastu amik Ezam..yg sah2 dulu menghentam UMNO..pastu amik plak ajak fairus yg korup tu masuk UMNO...UMNO ni tempat2 untuk org2 yg bermasalah sbb tu parti pun bermasalah...dah terbukti UMNO parti yg bermasalah sbb diterajui oleh org2 yg bermasalah...Nak ke parti yg bermasalah yg diterajui oleh org2 yg bermasalah ini untuk memerintah malaysia? dah pasti akan bermasalah...

Anonymous said...

Anon 22/3 4.06pm...cuma UMNO je yg suka amik puak2 murtad parti ni...calon Isa (N9) yg dah sah2 dikenakan tindakan tatatertib oleh UMNO sendiri..pastu amik Ezam..yg sah2 dulu menghentam UMNO..pastu amik plak ajak fairus yg korup tu masuk UMNO...UMNO ni tempat2 untuk org2 yg bermasalah sbb tu parti pun bermasalah...dah terbukti UMNO parti yg bermasalah sbb diterajui oleh org2 yg bermasalah...Nak ke parti yg bermasalah yg diterajui oleh org2 yg bermasalah ini untuk memerintah malaysia? dah pasti akan bermasalah...