KUANTAN, 24 Mac [11.20 am] - Laman portal Pahangkini.net yang merupakan laman rasmi PAS Negeri Pahang kelolaan Jabatan Penerangan PAS Negeri (JAPEN) dipercayai telah diceroboh oleh anasir subversif semalam. Setiausaha JAPEN, Hashim Abdullah (foto) berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai mungkin berpunca daripada rasa tidak senang pihak tertentu terhadap kesungguhan portal itu membongkar dan mendedah berita-berita yang berani, telus, bebas dan berintegriti termasuk mengkritik dasar kerajaan UMNO BN. "Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk tersebut supaya bertaubat dan tidak mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang.Mari kita berpolitik secara matang dan professional. Hujah dan fakta yang dikemukakan oleh di dalam mana-mana media hendaklah ditangkis secara fakta dan hujah juga bukannya bertindak seperti penyangak merompak membunuh laman web orang lain yang tidak sehaluan dengan kita" katanya. Laman web Pahangkini.net adalah media maya rasmi PAS Pahang yang dikelolakan Japen telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Februari 2010 yang lalu. “Kejadian semalam merupakan pencerobohan kali kedua terhadap laman Pahangkini.net yang memfokuskan isu-isu negeri Pahang yang semakin popular walau pun belum sebulan beroperasi. Pada dua minggu lepas laman ini cuba diceroboh menyebabkan operasinya terganggu selama dua hari, penceroboh gagal menghilangkan datanya tetapi kejadian malam tadi memusnahkan segala-galanya. Kami percaya laman ini diganggu kerana persembahannya telah berjaya menarik pengunjung yang ramai dalam masa yang singkat. Kami juga percaya pihak tertentu tidak senang dengan paparan-paparan altenatif yang berani, telus, bebas dan berintergriti”, katanya. Beliau juga tidak menola kemungkinan perbuatan itu didalangi parti politik Umno yang merupakan musuh politik PAS, Hashim tidak menolak kemungkinan kejadian itu angkara sabotaj dilakukan tentera upahan Umno. ”Kita tidak menolak kemungkinan ia dilakukan parti lawan atau orang yang di upah Umno,” katanya. Sila layari portal Pahangkini di www.pahangkini.net
[Kami amat terkejut dengan apa yang menimpa portal rasmi PAS Pahang itu. Namun, kami juga musykil siapakah yang punya angkara kerana kami yakin UMNO Pahang memang tidak mempunyai kekuatan dan kepakaran sebenar dalam bidang ICT ini. Apakah mereka menggunakan tentera upahan untuk melumpuhkan "perang siber PAS" sekarang ini. Apa yang jelas, kejadian ini membuktikan kepada kita bahawa pihak kerajaan semakin tertekan dengan berbagai asakan yang dibuat oleh media alternatif. Tapi anehnya mereka masih memandang sepi gelombang kebangkitan media alternatif terutamanya laman-laman blog di negeri Pahang ini sendiri. Mereka alpa atas kekuatan yang ada, maka itu harapan besar untuk Pakatan Rakyat menakluki Pahang semakin hampir dalam pilihanraya umum akan datang jika senario ini terus berlarutan].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Permulaan memang banyak dugaannya. Semoga apa yang berlaku mengajar kita menjadi lebih pandai dan baik mengendalikan pada masa depan. Jika berpolitik sememangnyalah mesti ada musuh yang hendakkan kita jatuh dan kalah. Sebab dia nak menang. Jangan ada musuh dalam selimut dah la...
Itu pun salah UMNO juga????
Post a Comment