PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, March 29, 2010

Majlis Syura Kekalkan Nik Aziz Mursyidul Am PAS

KUALA LUMPUR 29 Mac [12.32 pm] - Majlis Syura Ulama PAS hari ini mengekalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) sebagai Mursyidul Am parti untuk tempoh lima tahun lagi. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura juga bersetuju mengekalkan pelantikan Datuk Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am. "Kami telah mengambil keputusan penting iaitu melantik Datuk Nik Aziz untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am dan menyambung jawatan Datuk Haron Din sebagai timbalan," katanya. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata tempoh perkhidmatan bagi kedua-dua jawatan itu adalah selama lima tahun. Mengulas mengenai hasrat Nik Abdul Aziz yang membayangkan agar tidak dilantik semula ke jawatan Mursyidul Am PAS, Abdul Hadi berkata, perlantikan tersebut bersesuaian kerana menurut beliau hanya Menteri Besar Kelantan itu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan. "Itu satu moral yang tinggi dan amat kami hargai, memang dalam Islam kita diajar supaya tidak meminta-meminta jawatan dan kita tak berebut jawatan. "Islam juga mengajar agar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak dilantik," katanya.

Ditanya sama ada PAS tidak tidak mempunyai calon yang layak untuk menggantikan kedudukan berkenaan, Abdul Hadi berkata: "Ramai yang layak dan kita anggap beliau yang lebih layak daripada orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tak ada persaraan dalam hidup." Nik Abdul Aziz bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama hari ini. "Tuan guru Nik Aziz tak hadir, tapi kita akan menghantar surat kepadanya dan kita harap beliau akan terima," katanya. Abdul Hadi juga berkata parti itu masih memerlukan Nik Abdul Aziz untuk meneruskan perjuangan dalam PAS. "Kita mahu beliau meneruskan perjuangan, yang penting ialah keilmuan dan dan penghormatan daripada ahli PAS," katanya. Mengenai tahap kesihatan yang kurang memuaskan seperti yang dibangkitkan sendiri Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata beliau masih yakin pemimpin veteran itu berupaya menjalankan tugas dengan dibantu oleh ahli jawatankuasanya. "Tanggungjawab ini dipikul bersama secara kolektif dan bukan individu, sehingga hari ini beliau masih boleh jalankan tugas Menteri Besar, maka tugas Mursyidul Am juga boleh dilaksanakan," katanya.

[Satu keputusan yang cukup mengecewakan puak-puak UMNO terutamanya di negeri Kelantan itu sendiri. Ini kerana mereka tahu, selagi Tok Guru Nik Aziz masih disanjung dan dihormati oleh orang-orang PAS maka selagi itulah kesukaran untuk mereka merampas semula Kelantan daripada pimpinan ulamak. Justeru itulah, kita tidak hairan mereka seboleh-bolehnya mahu mencari jalan untuk melaga-lagakan kepimpinan tertinggi PAS demi survival politik itu. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Majlis Syura kerana masih melihat kepimpinan Nik Aziz amat penting bagi umat Islam seluruhnya di Malaysia. Diharapkan dengan senario ini bakal menutup mulut puak-puak UMNO BN yang mahu cuba menjatuhkannya].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

trompah said...

tahniah le..moga dberi petunjuk dan hidayah ..moga ada kesedaran baru..ulamak sejati tak suka maki memaki..

Anonymous said...

alahai trompah....ko punya ulasan sesuai buat "alas kaki" ke jamban jerk. otak ko penuh dengan taik yang busuk lagi menjijikkan.

Anonymous said...

salam trompah,
mlm ni buatlah sunat istikharah parti mana yg patut ko sokong..
aminnnnnnnnn..

trompah said...

dah berpuluh kali ana buat..tapi yang jelas UMNO jua yang datang dalam hidup ana..mungkin kerana ana benci pd org yg suka mencaci