PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, March 31, 2010

Sekitar Liputan Dari Sidang DUN Perak 31 Mac !!

Nizar Dedah Punca Sebenar Kekecohan Berlaku

IPOH, 31 Mac [5.00 pm] - Kekecohan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak. Semuanya kerana berpunca dari sikap Speaker DUN, R.Ganesan yang dipercayai bersikap biadap, bodoh sombong dan gagal melaksanakan tugasnya dengan sempurna akibat beliau adalah "Speaker Haram". Menurut MB Perak yang Sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (foto) kejadian berlaku seawal jam 10.00 pagi iaitu ketika beliau membuat usul Perintah Tetap 2,3 dan 4. Namun, speaker haram Ganesan tidak memberi perhatian terhadap usul yang dibawanya. "Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker. akibat tidak menghormati namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga 10.49 habis, ini tidak pernah berlaku. Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah tuanku dan dibantah oleh speaker sivakumar. Saya dengan Dato Ngeh bantah dan tidak ada jawapan", Jelas Datuk Seri Nizar. "Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut "Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. malangnya selepas keluar namun tidak dapat disahkan bahawa zambry ada usulkan ada titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat", katanya.

[Apa yang berlaku di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ini sesungguhnya menampakkan kepada kita betapa kalut dan takutnya BN bila melihat kelibat ADUN Pakatan Rakyat sebenarnya. Tindakan Speaker yang ternyata gagal mengikut ketetapan dewan sememangnya amat memalukan, bahkan ini membuktikan bahawa Ganesan sememangnya tidak layak untuk menjadi Speaker DUN Perak yang sah. Justeru itu, beliau terpaksa melaksanakan tugasan hanya bersandarkan kepada mandat dan kehendak pemimpin UMNO BN tanpa mengetahui bahawa dirinya memang bodoh dalam urusan tersebut. Semoga rakyat Perak menyedari apa yang berlaku ini dan membuat tindakan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti].

Speaker Bodoh Punca ADUN Pakatan Keluar


Speaker haram DUN Perak, R.Ganesan (foto) ternyata tidak memahami Aturan Mesyuarat sidang Dewan Negeri. Selain tidak mengindahkan Peraturan Tetap yang memberi kebenaran 'point of order' oleh YB Pantai Remis, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaca dan dihujjahkan, beliau telah membelakangi aturan biasa mesyuarat. Selepas sesi soaL jawab lisan berakhir, sepatutnya agenda yang diutamakan ialah Perbahasan Ucapan Junjung Kasih Titah Ucapan Tuanku, sebaliknya Ganesan teruskan agenda untuk pembentangan Rang Undang-undang dan Enakmen. Adun-adun PR membantah sekeras-kerasnya kerana ia sama sekali bercanggah dengan aturan mesyuarat sebagaimana yang terkandung dalam Perintah Tetap 13 (1). Ganesan dengan bodoh dan sombong menolak teguran tersebut yang dikemukakan oleh para Adun PR. Ganesan digesa ikut peraturan, kesombongan dan kebodohan mengatasi segala-galanya. Adun PR mengambil tindakan keluar dewan apabila berlaku perlanggaran aturan mesyuarat. Sudahlah pembesar suara dimatikan sewaktu Adun PR berucap, aturan mesyuarat yang begitu asas sekalipun tidak dipatuhi. Apa yang dikesalkan, selepas Adun PR keluar beramai-ramai sebagai bantahan dan protes terhadap pencabulan dan pelanggaran ini, barulah kedengaran suara dari luar dewan yang Menteri Besar membetulkan kesilapan tersebut lalu mengusulkan supaya perbahasan titah ucapan didahulukan sebelum pembentangan Rang-rang undang. Nampaknya sangat puak-puak ADUN BN dan Ganesan sendiri memang jahil tentang sidang DUN

Ganesan, Speaker Haram Yang Bertindak Biadab

Adun PR bertindak jujur membetulkan agenda yang salah dan silap, minta diperbetulkan. Ganesan berlagak lebih tahu dan pandai, akhirnya ternyata beliau melakukan kesilapan besar. Ini adalah satu penghinaan dan biadabnya Ganesan sebagai Speaker haram. Sepatutnya beliau memohon maaf dalam dewan, bukan memohon maaf pada anggota dewan tetapi kepada Tuanku, Perbahasan Ucapan Tuanku tidak diberi keutamaan. Bekas Setiausaha Dewan Negeri sewaktu menghubungi YB Khalil terperanjat dan tidak sepatutnya berlaku. Kalaupun tersilap, Ganesan dan MB Perak sepatutnya menerima teguran adun PR dan membetulkan kesilapan lalu memohon maaf pada dewan dan DYMM Tuanku. Setelah Adun PR keluar dewan kerana bantahan, barulah pembetulan dibuat oleh MB Perak. Tetapi tidak ada artinya pembetulan tersebut. Adun PR yang membantah telahpun berada di luar dewan.

Lucu, Zambry Mengaku Ditawar Jawatan MB

IPOH 31 Mac [3.05 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan DUN Perak hari ini.

Zambry, Kekecohan Di DUN Sengaja Dirancang

IPOH 31 Mac [12.25 pm] -Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan wakil rakyat pembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi tadi seperti sudah dirancang dari awal. Beliau berkata, tindakan mereka seolah-olah sengaja dirancang serta menimbulkan isu persidangan yang kononnya tidak mengikut peraturan dewan. Katanya, ia boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan.


Sidang media para ADUN Pakatan Rakyat di luar DUN Perak
BN Cadang Gelaran Nizar Dan Ngeh Dilucutkan

IPOH 31 Mac [11.22 1m] - Seorang wakil wakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masingadikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak. Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pera. Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Nizar sedang bincang sesuatu dengan ADUN Pakatan Rakyat

Semua ADUN Pakatan Rakyat Keluar Dewan


IPOH 31 Mac [10.45 am] - Semua 28 wakil pembangkang bertindak keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan itu sejak pagi. Sidang yang bermula jam 10 pagi kecoh selepas mereka membuat bising ketika sesi lisan apabila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengemukakan soalan. Bercakap pada sidang akhbar di luar dewan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang daripada PAS, Nizar Jamaluddin berkata wakil rakyat pakatan meninggalkan dewan kerana Ganesan gagal memainkan peranannya sebagai Speaker dan tidak mengikut Perintah Tetap.

[Jika senario ini terus berlarutan, maka kami amat yakin yang kerajaan UMNO BN di Perak tidak akan kekal lama. Tindakan menghalang ADUN Pakatan Rakyat untuk bersuara di dewan yang mulia itu jelas sekali melambangkan ketakutan puak-puak mereka. Inilah akibatnya jika merampas kuasa secara haram demi survival perjuangan. Zambry dan konco-konconya bakal dikapankan dalam pilihanraya umum akan datang. Percayalah, dengan ketakutan yang ada dalam diri mereka sekarang pasti akan membawa kehancuran buat selamanya].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Bermaruahlah kamu wahai YB2 sekelian. Janganlah berperangai seolah-olah kuasa itu segala-galanya.

Anonymous said...

YB2 kena ingat dewan undangan negeri ada lah tempat bersidang mencari jalan untuk memajukan rakyat bukan gelanggang gusti..Yb2 kena ingat rakyat yg ngundi dan mengharapkan yb buat kerja..bukan berbalah hanya disebabakan sedikit kesilapan teknikal.kalau susah sangat bubar dan wakil rakyat baru...

Anonymous said...

APa la mangkuk hayun YB2 ni.. sudah2 la berebut kuasa.. tak kemananya.. sama2 la majukan negeri..

Menyampah tahap GABAN dgn YB2 macam gini..

Anonymous said...

Betul apa yg anon 8:01 dan 9:47 cakap... saya setuju sgt2...

Anonymous said...

Isu DUN Perak adalah isu lapuk dan basi..buang masa melayan kerenah bodoh ADUN dari PR.

Toksah layan mereka yg bodoh ini. Menyusahkan rakyat saja. Kerja tak nak buat tapi tunjuk lagak dan kebodohan sendiri dlm DUN..

Anonymous said...

Memang YB2 ni tak bermaruah...dengan bangganya menunjukkan kebodohan mereka disidang DUN, huru hara macam pasar. Budak tadika pun pening kepala tgk gelagat mrk ni...Pandai2la rakyat menilai.....

Anonymous said...

alah...macamlah kau PDO pandai sangat...ayuh lepas kita benar2 ke gelanggang politik.....bertanding lah kalau anak jantan

Anonymous said...

Hee heeee...
Ikutlah aturan mesyuarat..
Kalau bodoh belajar..
Macam orang mabuk aje
kendalikan mesyuarat..
Tidak bertamadun...
Hendak jadi negara maju mcm mana???
Kalau beginilah mentaliti kita.....
Hendak kemana???
Asal boleh jeeee..
Jaga lembu lagi bagus.Tidak payah adakan mesyurat....
Jangan Jadi orang bodoh sombong...