Mana laungan keramat "Rakyat Didahulukan" seperti yang diwar-warkan selama ini?. Sungguh mengecewakan dan amat mengejutkan bilamana Najib lebih mengutamakan golongan tertentu dalam membentangkan sesuatu yang penting untuk rakyat Malaysia. Langkah Perdana Menteri, Najib Razak yang mengumumkan kandungan kerangka Model Ekonomi Baru (MEB) di Persidangan Invest Malaysia 2010 amatlah menducitakan rakyat terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Apa tidaknya, Najib lebih mengutamakan pelabur, golongan korporat dan orang luar bila menggunakan Bahasa Inggeris ketika membentangkan MEB. Apa salahnya ia dilakukan dalam satu program khas buat semua rakyat. Apalah gunanya menyuruh rakyat menanti ucapannya semata-mata untuk melihat beliau berkata-kata, sedangkan mereka tidak memahaminya. Siarang langsung ucapan beliau yang disiarkan oleh TV3 pagi tadi sesungguhnya menyebabkan ramai rakyat yang mengeluh. Bukan kerana memikirkan apa yang ditawarkan oleh kerajaan Najib, tetapi mereka keliru tentang apa yang disampaikan oleh PM itu. Adalah lebih elok, pihak TV3 menyediakan sarikata di dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan semua rakyat memahaminya. Ternyata, pemimpin seperti Najib gagal mendahulukan rakyat dalam hal ekonomi seperti ini. Ia jelas menunjukkan bahawa memang Najib mengagung-agungkan Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda tercinta. Maka itu kita tidak hairan UMNO amat menyanjung tinggi Bahasa Inggeris dalam pendidikan daripada memartabatkan Bahasa Melayu itu sebenarnya.[Jika seorang Perdana Menteri pun boleh menghina Bahasa Melayu ketika membuat ucapan sepenting itu, apatah lagi anak-anak buahnya. Senario yang berlaku ini menunjukkan bahawa kerajaan memang tidak mahu memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri sebenarnya. Bagaimana mereka mahu mendaulatkan Bahasa Melayu, sedangkan nama UMNO itu sendiri diambil dari perkataan Bahasa Inggeris Makanya, selagi parti terbesar orang Melayu itu masih mengagung-agungkan Bahasa Inggeris usahlah kita terlampau berharap mereka akan memartabatkan semula Bahasa Melayu. Tindakan Najib bercakap "United Malays National Organisation"."orang putih" pagi tadi jelas sekali mengecewakan mak cik, mak cik, pak cik pak cik serta orang-orang kampung yang amat berminat mengetahui Model Ekonomi Baru yang diperkatakan itu. Apakah ini Rakyat Didahulukan, sedangkan mereka tidak memahaminya !].












12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
http://usa.mediamonitors.net/Headlines/Malaysia-s-PAS-facing-pressure-to-change-tack-because-of-association-with-Anwar-Ibrahim
Plan rangka MEB ni harus APCO yang siapkan...
kalau orang kita siapkan mesti dalam bahasa malaysia...
apa punya PM, tak ada wawasan langsung...
PM syok sendiri.
hahaha pembangkang yg bengkeng.....
pembangkang yg gila kuasa dan bengkeng.. pdo yg perak
mmg dia x nk bg rakyat phm..nanti sng la dia nk tipu rakyat, mmg selama nie dia nk bg kaum kerabat dia kaya raya..org UMNO/BN x pe, sbb dia biasa dh kn tipu..
APCO mana tau tulis bahasa Melayu! Itulah MEB dalam bahasa orang APCO he...he...he....
Mana sesuai MEB disediakan dalam bahasa Melayu. Kan bahasa Melayu tu dah ketinggalan zaman. APCo barulah No.1. Rupa-rupanya APCO tu modeerennn ye...? Rupa-rupanya APCO tu pejuang tulin Melayuuu ye...he....he....he....
sila tukar nama portal ni Jangan Guma nama PAHANG DAILY,,buat marah org pahang aje,,gunale nama ANUAR Ibrahim Daily,,,,,tak malu ke kait nama PAHANG
koi risau juga kat pemimpin melayu ni bercakap di negara sendiri cakap org putih...pernah koi pegi seminar yg hadir tu semua org melayu tapi duk gila juga cakap org putih...koi tengok org turki org iran org arab org perncis mereka guna bahasa ibunda masing...negara depa tu maju juga..negara kita maju juga sehinggakan ramai yg buang anak.SALAH SIAPA?
anuar ibrahim cakap orang putih,,,,,,
UMNO/APCO... lama2 semua duit depa skor masuk kocek..hehehe
Post a Comment