PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, March 30, 2010

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Berjalan Lancar Biar Pun Ia Masih Dipenuhi Kontroversi !


IPOH, 30 Mac [2.40 pm] - Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA). Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Speaker Datuk R. Ganesan serta semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional, Bebas dan parti pakatan Rakyat mula tiba pada pukul 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing. Kesemua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan terlebih dahulu, diikuti Ganesan pada pukul 9.15 pagi dan Dr Zambry 10 minit kemudian. Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan. Berbeza dengan persidangan sebelum ini tahun lepas, tiada pihak berkumpul di sekitar kawasan hingga menimbulkan keadaan tegang apabila polis terpaksa mengarahkan mereka bersurai. Istiadat selepas ini diteruskan dengan titah perasmian.

[Biarpun terdapat beberapa keraguan yang masih belum ada keputusannya, seperti siapakah Speaker DUN yang sah namun atas kebijaksanaan dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh ADUN Pakatan Rakyat Perak maka perjalanan sidang lancar. Namun, anehnya ketakutan puak-puak UMNO BN jelas kelihatan apabila mereka masih menggunakan jentera polis untuk mengawal kawasan persekitaran Dewan Undangan Negeri Perak. Senario ini menyebabkan orang ramai melihat seolah-olah akan berlaku lagi kekecohan seperti sebelumnya. Kemelut politik di Perak ini sudah pasti tidak akan ada penghujungnya selagi rampasan kuasa ala Zionis terus diikhtiraf oleh kerajaan pusat pimpinan PM Najib Razak].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

tolong TUKAR nama portal ini Jangan guna nama PAHANG,,,,,Jangan kaitkan nama PAHANG dlm politik korang,,GUNA lah nama ANUAR Ibrahim portal,,,benda ini buat kami org PAHANG marah aje kat PKR,,,cuba LAH paham,,,wahai PKR

mad said...

oii ko ingat ko sorang jer org pahang kat sini. ko pegi la buat website sendiri. ada hati pulak suruh tuan rumah tukar nama website. katun betul lah ko. pegi mampuslah dengan umno ko tu

Anonymous said...

woi pahang ni bukan ko punya dan bukan umno punya .saya org pahang cucu mat kilau.

Anonymous said...

maki maki maki maki,,,carut carut carut sampai datang malaikat maut,,,,,,,,,,

Anonymous said...

aku pun cucu mat kilau,, tapi taklah suka cacimaki mancarut macam kau, bodoh punya PKR , hanya tau mencarut maki hamum,

Anonymous said...

bodoh punya tuan rumah,,buat rumah sampah penuh caci maki, mencarut tak tentu arah,,,,hilang fikiran ke asik maki hamun aje,,kelabu asap punya tuan rumah bu

Anonymous said...

bodoh punya website penuhkan makihamun aje, cacimaki takde keje,,bodoh punya tuan punya,,hari2 maki hamun, carut carut itu aje orang bodoh tau,,,

mad said...

anon diatas ni mengata org dia yg lebih.