Ramai yang terkejut dengan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. Ia berikutan laporan awal yang mengatakan PKR akan menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi terhadap Barisan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang dikatakan takdir, kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Tiada siapa yang harus dipersalahkan, kerana segala usaha dan gerak kerja yang dijalankan sepanjang kempen jelas sekali menjurus ke arah kemenangan sebenarnya. Kekalahan yang berlaku sememangnya sudah dirancang sejak dari awal lagi. Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dilihat begitu "double standard" telah mencemarkan pilihanraya kecil kali ini. Rakyat boleh menerima kekalahan sekiranya ia berlaku dengan adil dan telus. Namun rakyat tidak boleh menerima kekelahan sekirannya "Pengadil Wrestling" digunakan untuk memastikan pengkhianatan berlaku. Tindakan SPR sejak dari awal lagi dilihat lebih cenderung menyalahkan PKR dalam apa jua keadaan sekali pun termasuklah tindakan provokasi dan kekecohan yang berlaku sepanjang tempoh hari mengundi pada 25 April lalu. Pengerusi SPR, Aziz Yusof dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang "berat sebelah" dan seolah-olah beliau bercakap bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional pula. Dalam beberapa kes seperti barung panas, baling objek dan sebagainya begitu jelas Aziz Yusof menyalahkan pembangkang. Sedangkan beliau sendiri tahu yang BN terlebih dahulu mendapat restu melakukan perbuatan tersebut. Malah tindakan Aziz mengeluarkan perkataan bahawa semua kesalahan pilihanraya kecil Hulu Selangor terletak kepada penyokong pembangkang menampakkan betapa teruknya tahap pemikiran Pengerusi SPR itu, malah lebih teruk daripada Tan Sri Rashit Rahman yang telah lama merosakkan SPR dulu.Tindakan Pihak SPR Yang Cukup Meragukan
Saat kemuncak pengkhianatan SPR ini bermula apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh (foto) mendedahkan ada 13,488 nama pengundi berdaftar telah dipindahkan. Malah lebih teruk dari tu, ada juga pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain. Alasan yang diberikan pengundi terbabit memohon untuk bertukar tempat mengundi. Masalahnya, jika 13,000 pengundi dipindahkan sesuka hati bukankah ia akan menyusahkan mereka terutamanya pada hari mengundi. Bayangkan pengundi di peti undi Sek Ren JK (C) Khing Ming di Kuala Kubu Bharu tiba-tiba dipindahkan ke Peti Undi Sek Keb Felda Sg.Buaya. Bukankah ini menyusahkan mereka dan melambatkan pergerakan pengundi terbabit. Ini menyebabkan ada sesetengah mereka yang dilihat gagal menunaikan tanggungjawab dan ada pula yang tidak dapat berbuat demikian apabila nama mereka dikatakan sudah mengundi oleh pegawai SPR yang bertugas di pintu masuk pusat pengundian terbabit. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang amat munasabah dan kenapakah SPR sanggup berbuat demikian sedangkan mereka sepatutnya mengadili pilihanraya ini dengan telus dan adil tanpa ada unsur lain. Tindakan inilah yang menyebabkan sejak awal-awal lagi, penyokong Pakatan Rakyat melihat satu keputusan yang tidak wajar akan berlaku. Maka akhirnya terbukti jua, apabila sekitar jam 5.30 petang selepas semua pusat pengundian ditutup nampak petanda awal bahawa PKR akan menang. Tetapi setelah keputusan tidak rasmi diterima sekitar jam 7.30 malam, terbukti tiba-tiba BN pula menang. Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ada teori konspirasi yang menyebabkan senario ini terjadi. Nampak benar seolah-olah ada arahan pihak atasan, agar dalam apa jua keadaan sekalipun demi menjaga nama baik dan imej Perdana Menteri Najib Razak maka SPR perlu memastikan BN menang dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor itu. Lantaran itulah mereka sanggup lakukan apa saja!SPR Sekali Lagi Menjadi Penghalang Demokrasi
Rakyat Perlu Bersabar Dan Teruskan Perjuangan
Segalanya sudah berakhir, Hulu Selangor ditinggal bersama
[Kepada semua penyokong dan petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, teruskan perjuangan dan yakinlah kemenangan besar akan dikecapi oleh kita dalam pilihanraya umum akan datang. Buktinya, biarpun BN menang di Parlimen tetapi mereka telah kehilangan dua kerusi DUN iaitu Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu. Hanya pengundi Melayu di kawasan Tanah Rancangan Felda sahaja yang masih terlena dibuai mimpi serta janji-janji manis pemimpin UMNO BN. Bagi mereka ditempat lain sebenarnya sudah secara total menolak BN!!. Malah, beza undi yang diperolehi oleh Zaid Ibrahim yang terkurang 95 sahaja daripada pilihanraya umum lalu. Maknanya PKR bukannya kalah sebenarnya, tetapi dikalahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini menjadi "orang suruhan" UMNO Barisan Nasional. Teruskan perjuangan di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu nanti. Takbirr...Hidup Rakyat.. Salam Reformasi !!]












12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Kalau beginilah senarionya, sampai bila pun pakatan takkan menang.. kecewanya.. jawablah korang di sana nanti..
dah kalau mcm2 la alasan...cuba menang..spr jalankan keja ngan bagus.. itu la ini la..ni la modal pembangkang..tak mau langsung terima kenyataan yg korang tak penah tunaikan janji masa pru12 aritu... ni la balasanya... pikiaqqqqqqqq la
SPR - Sapu Pongkok Rosmah!
kalu menang puji spr telus la.. bagusla.. demokrasila.. mcm pmatang pauh ngn manek urai.. tp bile kalah ckp spr brat sbelah la.. pngundi hantula.. lame2 org pun tahu..
tok sah layanlah si PDO a.k.a shukri nih....dah kalah tu dok diam2lah woi!!
anon 4:37 xyah nyebok kat sini..gi mengampu kat blog pencacai Umngok nu.. nak mujur diaorg bg duit..sini xdok duit..puiii
Dia budak budak mana ada pikiran. Dari kecik smpai skrg pemikiran x nak berubah. Maafkan aje dia.
kwn memang panas nih... xtau la rasa geram semacam jer dgn puak2 Umgok nie..contoh Apco,, sesuatu yg memang berlaku dia ckp fitnah..padahal menteri dia sendiri dah ngaku berurusan dgn israel.. dia kata PR yg fitnah..puak2 dia nie kayu mati ke??..mufti Perak lnsung x bebunyi ape ke hey???..pui pui puiii
loh bkn ka pemimpin besar hampa yg dok kawan ngan israel... dah tu kawan pula ngan ketua geng gay...tu pun hampa tak paham2 lagi mainan bagusssssssssnya ketua hampa... isk mmg buta hati, buta mata, buta perut dan buta kepala otak hampa ni
Banyaknya anonymous!
Sama je ngan Waris Pahang..tak de bezanyaa..
Aku masih penasaran. Kenapa tak guna dakwat ketika membuang undi ? Negara lain dan yang penuh rasuah mcm Indonesia pun dah mempraktikannya. Susah sangat ke nk wat perubahan atau puak UMNO dan Sekutunya SPR lom dapat cara2 penipuan terancang ?
Post a Comment