Calon Parti Keadilan Rakyat di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor iaitu Datuk Zaid Ibrahim (foto) hari ini membuat kenyataan bahawa beliau akan menfailkan petisyen pilihanraya supaya keputusan kerusi parlimen itu diisytiharkan terbatal dan tidak sah. Zaid yang menyatakan demikian dalam satu sidang media dirumahnya pagi tadi. Beliau yang merupakan seorang peguam memberi alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujjah petisyennya itu. “Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” “Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.” katanya. Selain daripada itu Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik UMNO Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol. “Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin UMNO lain. Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu” katanya. [Keputusan Datuk Zaid Ibrahim untuk menfailkan tindakan petisyen itu adalah satu tindakan yang amat tepat dan terbaik bagi mengajar puak-puak UMNO BN cara-cara demokrasi. Tindakan SPR yang jelas membelangkan prinsip keadilan itu amatlah mengecewakan rakyat dan bukan sahaja Zaid. Mereka harus ingat bahawa Zaid mempunyai firma guaman yang terbesar di Malaysia, maka UMNO BN telah tersilap membuat percaturan. Jika ditempat lain mereka boleh bergembira dengan segala tindakan yang akhirnya tidak memenangkan mereka. Namun kini, secara jelas ia telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Sehubungan dengan itu, tindakan Zaid ini adalah jalan terbaik untuk memperbetulkan imej dan integriti SPR yang sudah jauh terpesong].












7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
kalah - pilihanraya tak adil,berat sebelah,beli undi,tipu senarai undi, bla3..........
menang - takde plak nak puji SPR ketika menang byk kerus ketika PRU 2008.kita mmg ramai penyokong.rakyat sokong kita....
pendek kata, semua salah kalo kita kalah.semua betul kalo kita menang.suka hati la kalo nk fail petisyen.semoga Allah tunjukkan kebenaran.insya-Allah ...
Sokong 200% Zaid fail petisyen n saman Utusan Malaysia...
Puak2 ni mmg dah lama jadi pelampau..
mentang2lah semua jentera mereka guna, lps tu sedap mulut je nak sebar kata2 jahat kat semua saluran..
memang jahatla puak UMNO ni, lebih jahat dari syaitan...
Melayu tak sokong melayu.. inilah dia melayu yg semakin layu..
Orang Cina pun tahu membezakan yg mana Intan dan yg mana Kaca...
Orang cina xyah sogokla sbb mereka dah kaya..yg dungunya ialah melayu yg susah memanjang..bila sogok sana, sogok sini mulalah kelabu mata...
PERKASA konon..Porahhhhlaaa..kalau
dok angkat Hindu yg jadi pemimpin dibumi melayu sedangkan terang2 ada org melayu yg bertanding diPRK Ulu selangor...
Sampai bila pun melayu takkan maju...selagi puak2 UMNO 1 Malaysia memerintah Tanah Melayu..
Fikir2kanlah wahai melayu yg bengong2 dan dungu2....
Ehhhh biawak mana pulak yang sibuk buat komen bodoh tu? Negara ini kan kononnya negara demokrasi, rakyat ada hak di sisi undang-undang. Apa SPR tu bersih sangat ke? Guna duit rakyat untuk parti tak rasuah ke? Oiii Kalau dah bodoh tu tak apalah, jangan otak beku macam katak bawah tempurung. Jangan sampai rakyat panggil SPR - Sapu pongkok Rosmah!
puak pembangkang ni mmg semua poyo...tak boleh terima kenyataan kalau tak menyebelahi dia org... gila kuasa tak habis2.. muka tak malu ke dah kalah nak suruh org kata menang juga... isk tak tau la apa ke jadahnya perangai puak2 yg tak sedar diuntung ni... aduhai malangla kalau dpt YB mcm ni... semua nak betul kat dia org aje... isk tak tau nak kata la... biawak jenis apa no seladang!!!!
masih ada lagi saki baki spesis manusia klon monyet yang tak mahu bukak mata. asyik dok sokong membuta tuli perkara2 yang mungkar. besok kalau anak bini dia orang kena tonggeng pun dibiarkan saja dek kerana menyokong membuta tuli. mentang2lah kuasa yang sedikit ini masih ditangan, maka segala undang2 dan perlembagaan yang ada digunakan sepenuhnya secara bodoh, bangang dan tongong. inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara. maka dengan tindakan dato' zaid itu, aku sememangnya menyokong dengan sepenuh sokongan agar kemungkaran dan fahsya' yang memenuhi ruang dada pemimpin2 haprak akhirnya terungkai jugak. syabas dato' zaid.
fuyo.. dahsyat lah korang..
Saya pun ahli UMNO, bukan pembangkang tetapi muak dengan penipuan cawangan-cawangan baru UMNO ni, SPR, PDRM, SPRM dan seumpamanya. Saya ahli UMNMO, pernah terlibat dengan pilihan raya, tahu sangat macam mana kepala pegawai-pegawai SPR yang hipokrit. Nampak sangat SPR tidak telus. Kalau majoriti hingga 7, 8 ribu memang SPR tak boleh buat apa. Tapi kalau setakat 3000 ke bawah tu, senanag sangat SPR tipu. Tukar peti undi, pemimpin UMNO pula beli undi dan sebagainya. Bosanlah. Perbuatan begini tidak amanah. Tidak bermoral. Apa yang kami nak ahli UMNO akar umnbi dan bukan penyokong UMNO membuta tuli ialah beramanah, bertanggungjawab, telus dan jujur. Bukan putar beli dan memanipulasikan undang-undang untuk memenangkan sdatu pihak sahaja.
Post a Comment