PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, April 23, 2010

Kes Liwat: Anwar Failkan Notis Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Menolak Permohonan Dakwa Saiful Atas Kesalahan Qazaf

KUALA LUMPUR 23 April [12.32 pm] - Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang menolak permohonannya untuk dapatkan perintah bagi mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawah kesalahan qazaf. Notis rayuan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

[Terkadang kita merasa malu dan hairan dengan undang-undang Islam di negara kita. Namanya undang-undang syariah yang bertujuan membicarakan kes jenayah syariah Islam. Bahkan undang-undang juga telah termaktub untuk dilaksanakan termasuk "Qazaf" itu sendiri. Namun, anehnya ada pula Menteri Agama, Pegarah Jabatan Agama dan Pendakwa Syarie yang kesemua merupakan orang Islam tiba-tiba cuba menghalang perlaksanaannya. Bukankah ini satu penghinaan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Sudahlah undang-undang sedia ada dipinda dan tidak diikut apa yang terkandung dalam "Hudud Islam" itu sendiri. Kini mereka pula mempersendakannya atas pengaruh politik yang cukup keterlaluan. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti bala Allah akhirnya akan diturunkan di bumi ini akibat sikap umat Islam itu sendiri sebenarnya. Justeru itu, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada penguasa agama yang kini sanggup diperalatkan serta rela menjadi "Syaitan Bisu" dan takut untuk melaksanakan apa yang telah ditetapkan di dalam kita Al-Quran itu]

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

anwar ni takut sungguh.. pulun tak mo dibicarakan... heret habis og... isk... takut kerana salah..berani kerana benar... adakah itu ada pada dia...mana satu entahlah....

Anonymous said...

ALLAH SWT maha mengetahui...

Anonymous said...

BN - Barisan Neraka

Anonymous said...

aku rasa kes anuar ni org akan tahu kebenarannya setelah anuar ni dikebumikan... waktu tu lantak la sapa nak tau pun...aku dah mati hahahahah itu la kata nuarrrrrr