Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


April 2, 2010

Edisi Pahang: Minum Arak, Kartika Sari Dewi Tak Menyangka Perubahan Hukuman Yang Di Terima

KUANTAN, 2 April [12.12 pm] - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor (foto), yang digantikan hukuman rotan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat kerana kesalahan meminum arak hari ini tidak menyangka perubahan hukuman yang diterimanya. Sambil menyatakan rasa hormatnya dengan titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diterimannya melalui surat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) semalam, dia mengakui terkejut dengan keputusan itu. "Perasaan saya bercampur-campur. Saya terkejut kerana keputusan ini amat tidak disangka-sangka," katanya. Kartika menerima surat daripada MAIP memaklumkan bahawa Sultan Pahang menitahkan supaya ibu kepada dua anak itu tidak dirotan sebaliknya diarahkan membuat kerja-kerja khidmat komuniti selama tiga minggu. Dia memberitahu akan memulakan khidmat berkenaan di rumah amal kanak-kanak mulai esok.

[Ramai yang terkejut dengan hukuman Kartika yang diubah itu. Malah ada juga yang amat khuatir dengan keputusan tersebut, tambahan pula hukuman yang telah disabitkan terhadap Kartika adalah terkanun dan undang-undang jenayah syariah negeri Pahang itu sendiri. Meminda hukuman terhadap Kartika bakal menyebabkan umat Islam yang lain tidak akan segan silu dan takut lagi untuk meminum arak dikhalayak ramai dalam negeri ini sebenarnya. Selepas Kartika dikenakan hukuman, kita juga ada mendengar beberapa orang wanita Islam lagi yang ditangkap atas kesalahan yang sama untuk menantikan hukuman. Ini bermakna, mereka juga ada hak untuk dilepaskan dengan cara yang sama. Keputusan ini memang sedikit menimbulkan kontroversi terutamanya dikalangan NGO Islam Pahang yang pernah mempertikaikan kenyataan (JAG) dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan JantinaSisters In Islam (SIS) yang mengatakan hukuman sebat terhadap Kartika itu kejam sebelum ini. Maka itu, kita menantikan komen daripada NGO-NGO terbabit seperti Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (Abim), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Persatuan Cina Muslim Malaysia Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah Pahang. Apapun, keputusan telah dibuat oleh Tuanku Sultan Pahang, makanya ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh pihak-pihak yang berkenaan kerana baginda Sultan mungkin sudah memikirkan baik buruk akibat daripada pindaan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukarno itu ].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Sultan tu pun 2x5= kuat berjudi dan minum arak amalan harian...jadi kalau hukum sebat ...dia takut kena sebat sama. Yang bahayanya hukuman dah terang dalam Quraan untuk peminum khamar...alih..alih penaung ugama pula pandai-pandai ubah hukum.Tebiat nak mampus ke!!

Anonymous said...

Kan dunia dah nak kiamat....macam macam manusia akan buat....kuasa didunia dia punya ( ikut suka kawanlah )

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter