Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


April 30, 2010

Gempar: Kemenangan "Penuh Misteri" Calon BN, Kamalanathan Di Hulu Selangor Dengan Majoriti 1,725 Undi Diilhamkan Oleh Pihak SPR Sendiri !!

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, nampaknya semakin panas dan menimbulkan kontroversi. Terkini, beratus orang pengundi berdaftar di Hulu Selangor dijangka akan membuat laporan polis di IPD Kuala Kubu Bharu esok (1 Mei). berikutan kekecewaan mereka dengan perjalanan pilihanraya kecil itu baru-baru ini. Antara perkara utama yang akan didedahkan ialah perihal sogokan wang supaya mengundi calon BN, nama dikeluarkan dan dipindahkan dari senarai undi, ada pihak lain yang telah mengundi untuk mereka dan banyak lagi. Belum cukup dengan itu, calon PKR yang tewas iaitu Datuk Zaid Ibrahim juga telah mengeluarkan kenyataan akan memfailkan petisyen agar keputusan pilihanraya kecil itu dibatalkan dan diistisytiharkan tidak sah. Anehnya, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff (foto) dengan selamba mengherdik tindakan tersebut dengan mengatakan jika SPR tidak telus kenapa Pakatan Rakyat menang dalam tujuh pilihanraya kecil yang terdahulu, sedangkan BN hanya menang tiga kerusi sahaja setakat ini. Kenyataan Aziz SPR ini agak mengelirukan dan seolah-olah mengiyakan lagi yang beliau telah mencaturkan kemenangan BN di Hulu Selangor baru-baru ini. Tindakan beliau jelas melambangkan betapa dangkalnya mentaliti pengerusi SPR yang sepatutnya berkecuali dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. Aziz seolah-olah menjadi jurucakap UMNO BN dalam usaha untuk mengesahkan sesuatu yang telah diketahui penuh dengan penyelewengan itu. Baginya SPR bersikap telus dan adil kerana Pakatan Rakyat menang tujuh pilihanraya kecil. Sedangkan, dalam kemenangan itu juga ia dipenuhi dengan berbagai tipu helah dan penipuan yang sudah diatur oleh SPR, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan UMNO BN itu sendiri. Sungguh malang kita mempunyai seorang pemimpin seperti ini yang ditugaskan mengendalikan pilihanaraya di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sejak sekian lamanya.

SPR Ilhamkan Kemenangan Majoriti 1,725 BN


Percaya atau tidak itulah hakikatnya, mungkin ia hanya satu mistik dan telahan semata-mata. Namun, terbukti kemenangan majoriti 1,725 calon BN itu kemungkinan besar diilhamkan oleh puak-pauk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Buktinya, cuba lihat pada tarikh "Hari Pencalonan" pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. SPR menetapkan hari Sabtu (17 April 2010). Manakala tarikh "Hari Pembuangan Undi" pula ditetapkan pada hari Ahad (25 April 2010).

Jika dilihat sekali lalu mungkin ramai yang tidak perasan akan perkara ini. Mungkin inilah dia bukti jelas bahawa kemenangan BN dengan majoriti 1,725 itu diambil daripada tarikh "17 April" dan "25 April" maknanya nombor yang terjadi ialah 1+7+2+5 = 1,725. Sama ada ia secara kebetulan atau pun kenyataan, segalanya telah terjawab kini. Malah, kemenangan calon BN itu sah sebanyak 1,725. Apakah ini semua satu petanda yang SPR telah memainkan peranan untuk mengilhamkan kemenangan BN itu.

[Segala teori ini hanyalah "mistik" semata-mata. Namun, ia mungkin juga ada kebenarannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Samalah seperti "Teori RAHMAN" yang seringkali diwar-warkan suatu ketika dulu. Teori yang menyatakan nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dan R=Tunku Abd Rahman, A=Abdul Razak, H= Hussein Onn, M=Mahathir, A= Abdullah Badawi dan N=Najib menjadi RAHMAN. Namun ada juga yang terlupa bahawa nama Tunku Abd Rahman itu hujungnya ialah AL-HAJ, maknanya "A" yang berikutnya ialah Anwar Ibrahim. Nantikan semua ini berlaku biarpun ia sekadar teori semata-mata. Inilah yang amat ditakuti oleh puak-puak UMNO].

25 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

bodo ke apa artikel ni...ingat org spr makan gaji buta ke hapa.. x yah kira2 undi.terus je bg figure 1725 majoriti...
spr la suruhanjaya paling telus..klo x MP BN dah penuh 1 parlimen..

spy3suku said...

Telus kepala hotak hang weyyy...13,000 pengundi di Hulu Selangor dipindah2kan ..telus ker tu...bodo punya mangkuk UMNO.... tak sekolah ke apa nihh

Anonymous said...

telus jubur..nmpak sangat SPR memihak..pencacai UMnok mmg buta mata hati..

Anonymous said...

UMCO dan Parti SPR memang muka pun nampak sial

Anonymous said...

Semoga diturunkan bala kepada spr jika benar mereka khianat.

tok malim said...

tok dir gaduh lagi dengan tok lah.kali ni tok dir tuduh tok lah rugikan negara pasal hilang 2 blok kawasan minyak.kos bukan kecik anak.320 bilion.tok lah serah pada negara jiran sebagai ganti tanah seciput yang kaya dengan emas hitam.macam sistem barter pulak.
tok lah kata bukan dia sorang buat keputusan ni....bapak-bapak menteripun bagi lampu hijau.
rakyat keliru dan semakin blur....dulu omputeh ada tulis buku cakap tok dir songlap 1 bilion.tok dir cakap tok lah songlap lagi....banyak
spearem tak siasatpun tok-tok kanan ni...apa citer ni.dah jadi macam citer star wars.darth vader lawan sifunya yang boleh keluar laser kat tangan.
buku omputeh tu pulak pernah tersadai kat port dan orangpun taklah ambik pot.legalah tok-tok kanan ni
sekarang buku omputeh ni boleh jual kat airport negara jiran
ada cakap pasal berebut nak penaik anak dan menantu....iye ke...ish..ish..ish
dulu tok dir penah jadi penasihat agensi minyak gamat..bukan minyak gamat dah...minyak mentah
pasai apa baru la ni citer ni dok timbul....
rakyat ternganga...pintu gua dah terbuka...niat enson mata kaji semar ngiseng
hahahahahaha
apa nak jadi dengan dunia hari ini

Anonymous said...

bangsat punya penjilat umno...

PRU 2008 nama aku ada, aku gi mengundi.

Tapi kali ni nama aku dah hilang...

geramnya.... ini ke yg dikatakan telus!

tok malim said...

Ke Pi En cakap kat repoter arwah pandu laju dan polis keja makan 6km.jauh tu.sempat pulak terlanggar mat motor.
rakyat pelik kalau kejar sampai 6km pasai apa tak tepon member buat roadblock.korang ikut je keta tu.boleh ambik nombor plat keta tu..tak ke gitu.lagi satu yang pelik keta arwah accident kat taman perumahan.kat sini mana boleh bawak laju.keta tu taklah remuk sangat.kalau laju...kondisi keta tu tak dapat nak dibayangkan.

rakyat sekarang dah cerdik...kalau tak macamana soalan csi boleh keluar.eloklah ke pi en letak jawatan seperti disarankan ramai pihak.jawapan yang diberikan menurut seorang rakan macam budak tak sekolah.kadar jenayahpun dah makin meningkat.kalau dah pencen boleh jadi ahli politik.untung sabut timbul untung batu benjol kepala kalau kena.
Agie pun serah semula laporan pasal tak lengkap.rakyat mula sangsi cara korang buat keja.negeri merah kuning perlu ketua polis baru.yang tu dah lama dah.......kasi canlah sama muka baru.setuju x semua.
lagi lama lagi muak rakyat dan tak mustahil akan ada yang buat demo mintak korang letak jawatan

tok malim said...

mistik ke....spastik ke...rakyat dah getik.spr kena berubah drastik.
persepsi rakyat spr memihak BN perlu ditepis di mahkamah.kata satu sumber dalaman PKR,zaid nak saman SPR.
Pindah senarai pemilih satu hal.bukan sorang dua tapi ribu-ribu lemon da.....
apa yang perlu diperjuangkan rakyat
ialah penggunaan dakwat ketika mengundi.hapuskan undi pos pasal dah tak relevan.pendaftaran secara otomatik kepada semua pengundi sebaik sahaja berusia 18 tahun dengan kerjasama JPN dan SPR.
Tugas SPR menjalankan piihanraya setelah diputuskan oleh speaker bukannya memutuskan perlu diadakan piihanraya atau tidak.itulah persepsi ramai orang.kes melibatkan 3 adun PR akan menjadi lipatan sejarah kepada generasi akan datang dan bahan rujukan kepada pencinta demokrasi.
spr perlu jelaskan kepada rakyat yang tak jelas fungsi sebenar spr.
gamaknya bersih nak kena turun padang lagi.geng baju kuning ni sekali turun makan puluh ribu dan banyak jalan yang jem

tok malim said...

kelakar betul bila baca berita kaki berita stesen tv berbayar yang kata imej pulau pinang terjejas pasai blackout.sejak bila lim guan eng ambik alih tugas tnb.
macam pernah ku dengar cerita ini tapi di mana ya....
dulu time prk hulu selangor,peneroka ingat air percuma BN yang kasi bukan kerajaan negeri selangor.kesian khalid pasai mesejnya x sampai ke kawasan felda.......

tok malim said...

gerombolan menyalak dekat segenting kra....wargh..wargh
kata soalan dalam dewan hina raja.
kalau nak cakap pasal hina raja gerombolan mudah lupa.dah boleh buat novel kata-kata dan tindakan gerombolan yang hina raja.antaranya lantik raja ganti raja yang masih hidup.maki raja natang dalam sepanduknya pasal calon mbnya kena tolak,time isu kekebalan raja melayu,paper keluau citer hina raja.banyaklah lagi
rakyat tak lupa tapi gerombolan lupa
dulu jaguh lompat katak gah nak pertahan ketuanan bangsanya tapi siapa sangka dia kempen untuk bangsa lain time prk.PR bagus untuk semua.tak macam pekasam yg semua sudah sedia maklum dinaungi tok dir dan operasinya di jalankan oleh jaguh lompat katak yang cuba membangkitkan semangat bangsanya.
tak salah perjuang nasib bangsa tapi tak perlulah kutuk bangsa lain.kita nak suasana aman tidak dicemari oleh unsur keganasan.

Anonymous said...

celaka lah humno apco buat selama2nya

azman kamarul said...

Hanya si bangan yang rela ditipu dan diperbodhkan. Kalau masih ada akal sorry semua yang berlaku dalam HS adalah penipuan dan pembohongan umno dan spr.

Anonymous said...

Let me make u all clear " Tan Sri Aziz ingat dia blh tongkat langit ke... Tan sri mu ingat mu tk mapuh ke satu hari nanti. dan juga berok berok umno ni semua ingat kemenangan dgn kuasa Tan Sri ni blh kekal sampai kiamat.

UMNO2 sekalian masa ni kamu blh melompat riang merai kan kejayaan besar. lompat lah tinggi2.

Tan Sri sebelum kamu mati rancanglah seberapa kemenangan besar lagi buat BN semoga kamu akan berehat aman didalam kuburan kamu kelak. insyallah. org org BN terutama UMNO akan baca yasin utk kamu tiap tiap mlm kerana jasa jasa kamu yg maha suci buat BN/UMNO

Seladang said...

Pencacai Umno memang bodoh dan dibodohkan oleh pemimpin dan isteri pemimpin mereka. SPR (Sapu Pongkok Rosmah) tu telah dijadikan secara tidak langsung kompenan Bn ke 15 selain dari PRDM (Polis Raja Di malaysia ?)dan SPRM (Sapu Pongkok Rosmah Mansor.)

Umno dah nak mampus hanya mampu membeli wakil rakyat sahaja lagi sebagai ubat penenang sakit jiwa politik!!

Anak-anak muda dah menjauhkan diri dari parti perkauman Melayu kuno itu.

Anonymous said...

Tan Sri SPR kamu dah siap ke plan utk kemenangan besar PU 2012. siap lah jika kamu tk berjaya bg kemenangan buat BN nahas kamu tan sri. Tok Jib dah warning tau baik kamu mula kerja keras mulai skrg.

kalu tidak kapla potong... hahaha

penat la kamu tan sri kami Pakatan Rakyat tkkan pernah sesaat berundur berjuang utk merampas pentadbiran negara dari BN. bersiap sedia tan sri dgn seluruh jentera yg kamu ada dan gunakn sepenuhnya...

Kami akan tetap buang pemimpin penuh karat dosa

Anonymous said...

bodoh si pdo pecacai ni..
kalau nak bagi bn menang , baik bagi bn menang besar2...10ribu majaroti..'

dah kalah dah la bangsat..

tok malim said...

kalau menang besar,orang x percaya.kalau nak menipu biarlah logik,kata seorang teman
ezam dilantik jadi senator lambat laun akan menimbulkan rasa tak puas hati orang umno sendiri.mamat tu keluar umno,masuk pkr..2 tahun lepas tu mintak masuk umno balik dapat jadi senator...mana ada jalan.aku dok puluh tahun dalam umno usahkan x dapat jadi senator,nak dapat upah gantung poster pun payah,kata seorang totok umno di kampung tok.
lain kali kalau nak jadi senator,keluar umno masuk pkr 2 tahun.lepas tu lompat masuk umno balik dapat jadi senator,katanya geram.punyalah senang macam tu.
kemasukan geng pkr yang belot ke dalam umno menimbulkan rasa tak puas hati kepada pemimpin umno sendiri kerana mereka sendiri banyak berkorban kepada parti tapi tak dihargai.apa lagi..elok korang keluar parti je.cakap hari tu anwar pentingkan diri sendiri.sekarang korang tengok sendiri sapa yang hipokrit dan pentingkan diri sendiri

tok malim said...

sumber dalam kem umno sendiri memberitahu orang-orang umno mula menyuarakan rasa tak puas hati terhadap layanan najib kepada bekas penyokong PKR.Ada yang dilantik jadi senator.ada yang jadi exco pemuda pusat dan bahagian.ada juga pegang peranan penting untuk bantu mb perak.rasa jeles satu hal.nampak sangat dalam umno x ada bakat yang boleh diketengahkan.
paling merisaukan mereka,macaman jika mereka ni semua berlakon dan sebenarnya masih setia kepada anwar.kira jadi spy je.macamana jika ezam jadi ketua pemuda umno dan kemudian dia bawak geng di keluar umno lak masuk pkr semula.nampaknya kemasukan bekas geng pkr telah mengegarkan umno.kalau rasa tak dihargai eloklah korang keluar umno join je pakatan rakyat

Anonymous said...

Woi....kau orang semua babi la..bodoh...bengap...puki mak kau orang la...

Anonymous said...

ape ke hey anon 11:56 nih..titiba naek angin..jgn emosional tau..kehkehkeh

Anonymous said...

tak sangka pulok ezam kekotak dapat jadi senator yek?..itu belum buka kotak kalau buka kotak dpt jd jadi menteri..Menteri Panggil Hujan..ape jwpn nye murid murid?

Anonymous said...

Kepada semua yang membuat perkara yang tak betui tu kena ingat...kita ni kat dunia ni sementara je..aku ni pun takut gak...amalan tak seberapa nak bawak ke akhirat nanti...tapi aku heran la dengan semua orang yang gila...ya macam lagu hukum karma...tengok betol2..kita semua akan dipersoalkan apa yang kita buat...tak sedarke?

Anonymous said...

Bila dah byk yg tak betul maka pemimpin2 tu semua terpaksa lah rakyat turunkan dari tahta pemerintahan nya..rakyat tak pilihan..hanya itu jela pilihan rakyat..PRU13 nanti

Anonymous said...

betul tu..pengkhianatan kerajaan terutama membedal duit rakyat(bukan nye sikit) tak dapat di maafkan..siapa nak hukum mereka?..rakyat sahaja boleh menghukum mereka..nak harap SPRM?..tak payah lah..buang masa jer

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]