PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, April 23, 2010

Hulu Selangor: Label Datuk Zaid Ibrahim Katak, Terbukti Mahathir Kini Si Munafik Nyanyuk Yang Semakin Lupa Diri Serta Tersesat Jalan Pulang !!

Sungguh malang nasib mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad (foto), setelah sekian lama dihina oleh rakyat tiba-tiba kini beliau sengaja mahu menghina dirinya sendiri pula. Kelibat Mahathir yang dilihat mula menyelinap masuk ke Hulu Selangor, jelas sekali bakal menambahkan derita penyokong BN dan melengkapkan lagi tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat sebenarnya. Beliau yang telah menghancurkan masa depan rakyat dengan dasar penswastaan negara serta bangga dengan projek-projek mega yang menelan berbilion-bilion ringgit duit rakyat itu dilihat akan menjadi liabiliti baru kepada UMNO BN sebenarnya. Apa rasionalnya untuk orang tua "nyanyuk" seperti Mahathir ini turun berkempen?. Masihkan kita ingat tatkala beliau sebagai PM menghina janggut Nabi Muhammad SAW bahkan menolak cadangan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukuk Allah iaitu Hudud tertegak dimuka bumi ini?. Bukankah nyata dan jelas Mahathir sebenarnya orang munafik yang perlu diperangi akibat keegoaan dan keangkuhannya sejak sekian lama. Kita sangkan, di akhir hayatnya Mahathir akan insaf dan kembali ke pangkal jalan. Tambahan pula selepas dirinya mendapat kehinaan tatkala Pak Lah memegang tampuk kuasa dulu. Beliau juga sesekali berceramah di pentas pembangkang selepas dilarang oleh kerajaan UMNO BN pimpinannya dulu. Pernah disembur dan diperlakukan seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin pembangkang sebelum ini. Sangkaan kita Mahathir ini akan mati dengan keinsafan dalam usia senja "rumah kata pergi, kubur kata mari".

Sekurang-kurangnya beliau bertaubat kepada Allah atas segala ketelanjuran, kezaliman dan penindasan yang dilakukan kepada rakyat selema 22 tahun berkuasa dalam negara ini. Beliaulah sebenarnya "bapa sekular Malaysia" sama seperti Kamal Altartuk di Turki dulu. Kini, Mahathir menjual kembali maruahnya dengan berceramah di pentas BN di Hulu Selangor. Malah kenyataan beliau bahawa hanya BN sahaja yang boleh melakukan proses kemajuan terhadap negara ini, jelas sekali menunjukkan dia sudah tidak percaya kepada Yang Maha Kuasa (Allah Yang Esa). Mahathir masih lagi dibuai keindahan dunia tanpa mahu membuat persediaan untuk pulang ke rahmatullah. Hinanya Mahathir jika inilah sikap yang ditunjukkan beliau sekarang. Paling melucukan apabila dia dengan bangga menyamakan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim seperti katak (Ibrahim Ali Al-Kataki), dan merayu supaya rakyat memangkah calon BN, P.Kamalanathan. Kenyataan Mahathir itu jelas sekali melambangkan kedangkalan dan kebodohan dirinya kini sudah ditahap bebal. Ini kerana belum ada pemimpin UMNO BN yang masih berada di tampuk kuasa sebagai menteri sanggup melepaskan jawatan tersebut dan kembali kepada rakyat. Maka, tindakan Zaid tidak sama dengan lain-lain pemimpin pembangkang yang mengikut jejak langkah Ibrahim Ali atau masuk UMNO. Zaid sebenarnya keluar dari "lubuk duit" dan kembali ke "lubuk air mata rakyat".

Apakah dia boleh dianggap "katak" seperti yang dikatakan oleh Mahathir. Zaid keluar dari dunia kehinaan kepada dunia yang lebih bermaruah. Beliau mengambil keputusan untuk tidak terus bersekongkol dengan kerajaan yang zalim, rasuah, korupsi serta tidak melaksanakan tuntutan Islam. Apakah ini salah disisi rakyat?. Memang benar ketika di dalam UMNO, beliau bergelumang dengan pelbagai maksiat termasuk apa yang diperkatakan oleh puak UMNO itu. Namun, kini beliau telah keluar dari "lubang maksiat" dan kembali memperhambakan diri kepada rakyat. Nilai Zaid tidak sama dengan nilai lain-lain pemimpin politik pembangkang yang masuk UMNO seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Ezam Md Noor, Lokman Noor Adam, Ruslan Kassim, Fairuz Khairuddin serta lain-lain lagi itu. Buktinya, kini Zaid dijulang sebagai pempimpin rakyat tetapi tidak semua pengkhianat yang melompat UMNO itu. Mereka kini terus terhina dek kesilapan diri sendiri. Malah, tidak ada lagi suara rakyat yang mahu mendengar kokokan pemimpin terbabit dalam setiap kali ceramah mereka. Berbeza dengan Zaid, selepas masuk PKR beliau kini bertambah popular di hati rakyat dan bukan didada media arus perdana. Maka itu Mahathir tidak layak untuk menghina penghijrahan Zaid ini, kerana beliau sebenarnya sudah kembali ke pangkal jalan dan berada di landasan yang benar (politik). Berbeza dengan Mahathir yang semakin tua semakin nyanyuk dan kini beliau memang suda tersesat jalan untuk pulang.

[Oleh itu rakyat terutamanya para pengundi di Parlimen Hulu Selangor diseru supaya berhati-hati bila mendengar ucapan Mahathir ini. Jika Zaid digelar katak maka Mahathitr itu adalah Firaun yang telah merosakkan rakyat Malaysia sejak sekian lama. Semoga kehadiran Mahathir ke Hulu Selangor ini akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap parti haprak "UMNO dan Barisan Nasional" itu hendaknya. Apa yang jelas, menghantar Mahathir turun berkempen adalah strategik terdesak UMNO BN untuk merampas kerusi parlimen tersebut selepas mereka gusar melihat sokongan rakyat semakin membuak-buak terhadap PKR sekarang ini. Bairpun SPR dipergunakan untuk memindahkan lebih 13,000 pengundi berdaftar, namun mereka juga risau dengan ribuan pengundi baru yang masuk senarai juga pengundi sedia ada yang termakan budi akibat kabijakan mereka yang terbela selama dua tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor itu sebenarnya. Inilah yang akhirnya membawa kepada turunya mantan PM Mahathir ke Hulu Selangor !!].

21 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Memang sukar nak difikirkan dan difahami mengapa DZ berpindah dari UMNO. Jawatan menteri dan ada kuasa, wang dan cukup keperluan. Setelah membaca karekter semasa di ITM dulu, iaitu membela Hishamuddin Rais semasa perbicaraan (saya baca dlm blog), baru saya faham watak DZ ini yang sebenarnya. Ini watak pejuang yang baru menemui semula kekuatan dirinya. Mustahil Tun Dr Mahathir boleh faham perasaan ini kerana dia bukan pejuang tulin. Tak pernah kena bantai dk belantan POLIS.

Anonymous said...

Adakah Dr.MM seorang muslim yang sihat mindanya? Kenapa ia begitu takut hendak menunaikan salah satu rukun Islam iaitu ke Tanah suci Mekah untuk menjadi seorang haji.Apakah ia takut wang ringgit rakyat lebih kurang 100 billion yang yang dirompaknya dan diagihkan kepada anak-anaknya yang kini menjadi jutawan akan terbongkar? Bacalah apa jenis manusia Dr.MM ini dalam buku MALAYSIAN MAVARICK karya BARRY WAIN yang boleh diperolehi dari S'pore atau online dari Amazon. Sunguh malu saya, kita mempunyai seorang muslim invividu yang tiada tulang belakang yang cara hidupnya terang-terang bertentangan dengan rukun-rukun Islam.

Pengundi-pengundi Hulu Selangor apakah kita begitu bodoh seperti MM untuk pilih seorang calon yang kini konon akan berjuang untuk rakyat biasa seperti kebnyakan pengundi di Hulu Selangor.

DR.MM adalah simbol syaitan yanng enggan bertaubat keatas semua kezaliman yang dilakukannya dan masih degil untuk menjadi wakil syaitan sebagaimana UMNO/BN. Pilihan saya adalah DATO` ZAID IBRAHIM seorang insan yang sanggup bertaubat setelah bebas dari cekaman syaitan dari UMNO/BN yang pernah ia menganggotainya.

Undilah PR agar syaitan seperti
DR.MM dan UMNO/BN tidak lagi
menzalimi rakyat negara ini yang kebanyakannya percaya kepada kuasa ALLAH dan bukan kepada kuasa syaitan yang diperjuangkan oleh DR.MM dan UMNO/BN.

An2 ikan said...

ya ke... oooo mcm tu ya... agaknya org dalam pakatan rakyat tu semua baik ya... kalu cam tu sy pong nak sokong pr lah....

Anonymous said...

apa pun kita tgklah nanti keputusan prk hulu selangor

Anonymous said...

Firaun yg bernama MM jugalah yg memajukan negara kita.nak ke PR kuasai kerajaan di Malaysia?
Anwar jadi PM?
Lim Kit Siang jd menteri kewangan?
Karpal Singh jd menteri dlm negeri?

NAUZUBILLAH.seriau bulu roma aku.
kalo betol kerajaan BN mmg tak elok,aku lebih sanggup sokong BN drpd biarkan negara dikuasai org2 macam Lim Kit Siang dan Karpal Singh.pikir baik2 utk masa dpn bersama.bercakap mmg senang,nk buat punye susah...

jagalah susun kata dan bahasa saudara,semoga tak termasuk dlm golongan yg munafik juga...

Anonymous said...

jgn duk ngata org,kalau mu rs MM boleh memajukan negara ,bg dia jadi PM Afrika ke atau mana2 negara yg mundur. Malaysia ni maju bkn kerana MM tp krn ALLAH SWT. Jgn la kau org jd syirik x tentu psl...

Anonymous said...

ANON 2:45,AKU SOKONG 200 PERATUS.. CUBA LETAK DR.M JD PM KT NEGARA MUNDUR, PASTI DR. M DAH LAMA MAMPUS SBB ORANG MUNDUR LG CERDIK DARI RAKYAT MALAYSIA YANG MENYOKONG UMNGOK, PENAKUT NAK MAMPUS, HANYA PANDAI RETI AMPU DAN JILAT SAHAJA, SBB TU PUOK2 YANG MENYOKONG UMNGOK SEMUANYA BONGOK..

Anonymous said...

buang masa melayan penyokong omngok tegar nih wahai penyokong PR..diaorg dah biasa hidup senang...makan duit komisen,ali baba,rasuah dan seangkatan dgn nye..diaorg cukup takut BN kalah..seolah olah BN saja yg reti memerintah..tengok jepun dah bertukar parti memerintah..aman jer.. x de masalah besar pon..otak rakyat dia org majuu..semaju negara diaorg

Anonymous said...

anon 2.45 tak sedar diuntung... kalau tak mm yg memajukan malaysia tak merasalah hampa hidup senang skrg... kalau nak harap anuar , kit siang, karpal...rasanya hampa dah hidup mcm kat indon or thai dah... habis tergadai negara ni... minta simpang malaikat 44 la... aku tetap bersyukur dgn kemakmuran yg selama ni bn bawa... cuma bila masuk pkr ni negara ni jadi caca merba sebab ada pemimpin gila kuasa nak jadi PM... minta tolong tok nenek dari yahudi lagi... adoi..tak taula melayu jenis apa org ni

Anonymous said...

Anon 11:05 penjilat tegar PUNGKOK DR.M, hehehe..

Anonymous said...

DR. Mahathir dah lama tunai haji tapi dia tak letak title tu...
len kali nak wat statement biarlah check dulu fakta tu..
jangan jadi bodoh...

Anonymous said...

sahlah Dr MM ni dah nyanyuk.. dia pun katak yang melompat keluar dari UMNgok pada masa Pak Lah jadi PM kemudiannya dengan muka x malunya dia melompat balik dan menjilat ludahnya kembali bila Najis Razak jadi PM.. ini jelas membuktikan Dr MM ini sebenarnya adalah Dr Katak yang sudah nyanyuk dan tak relevan lagi. mengata orang dia yang lebih.. lebih sudu dari kuah.. hahaha

Anonymous said...

Anoy 11:05 sedarlah sikit apa yang BN buat selama ini adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyat. kalau setakat BN buat pembangunan tapi sekat peruntukan wang royalti baik x payah. hak kerajaan PR dinafikan dan dipindah milik jadi wang ehsan ini satu penyelewengan.
Apakah bukti anwar, karpal singh & Lim Kit Siang dah gadai negara? Yang rakyat nampak sekarang Kerajaan BN lah yang jual negara pada APCO (Yahudi laknatullah) RM 70 juta wang rakyat dibazirkan begitu saja(satu penyelewengan BN) Ini sudah membuktikan Barisan Najislah merupakan pengkianat utama negara bukannya Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

haha..apa yg BN wat adalah tanggungjawab?M'sia maju kerana Allah?

bersyukurlah krn M'sia masih dirahmati Allah dgn rezeki dan keamanan yg xde kt negara lain.M'sia takkan aman dan maju jika pemimpin duk terus berdoa je (atau pun politik membenci setiap masa).cuba berdoa supaya highwaay PLUS muncul.esok ade x highway?konpom xde sbb kejayaan perlukan usaha dan doa.bkan duk doa atau mengata org laen saje..

perlu ada pemimpin yg mmg bercita-cita nk majukan negara, berusaha supaya rakyatnya x susah.sesungguhnya jika pemimpin yg suka bercakap,kutuk,mengata,tuduh melulu, xde negara ni jd maju dan selamat mcm skarang.aku yakin ramai yg menulis duk mengata kat ruang sini kerja dgn kerajaan.korang ingat duit dtg senang2 ke?duit kena cari beb.pemerintah kena pandai cari duit supaya org2 macam saudara dpt cari mkn,beri rezeki kpd keluarga.

pikirlah baik2.kutuk-mengutuk xde guna tanpa alasan yg kukuh.hanya Allah yg tahu dan Maha Berkuasa.marilah berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran, hancurkan kebatilan.itu jauh lg bagus dari duk mengata,kutuk,caci,hina dll....

insya-Allah

Anonymous said...

Kepada Anoy 14:00 --- mmg betulpun setiap pembangunan yang dibuat oleh kerajaan adalah tanggungjawab kepada rakyat kerana menggunakan wang rakyat. Dalam Islam ada menyebut pasal usaha dan doa, kalau usaha macamana sekalipun kalau x der izin dari ALLAH x kan menjadi juga (Prinsip rukun Iman --Percaya Kepada Allah) Bagaimana rakyat nak maju kalau setiap projek yg dibuat adalah untuk kroni BN aja? Kalau setakat negara maju tapi rakyat masih miskin dan mundur baik tak payah. Yang maju hanya kroni2 BN je, Rasuah berleluasa, indeks jenayah makin meningkat Maksiat berlaku dimana2, kes rogol , buang bayi, kes2 rompakan & gangsterism main banyak... Ini semua disebabkan tidak mengikut hukum ALLAH (hukum HUDUD) Percayalah ALLAH itu maha berkuasa dan maha bijaksana.

Anonymous said...

Buat penyokong UMNGOK.... anda terang-terangan menentang hukum Allah yang cuba ditegakkan oleh PAS. Anda semua adalah musuh Islam dan bersedialah menerima hukuman Allah di akhirat kelak.. fikirlah dengan fikiran seorang muslim yang waras..hidup ini hanya sementara. Mengapa kita tidak mahu menegakkan Agama Allah di muka bumi sebaliknya mahu bersama dengan syaitan-syaitan ciptaan UMNGOK untuk menentang Islam....

Anonymous said...

anon 14:00 sah BONGOK, haha.. Jilat lagi, jilat sampai licin, huhuhu..

Anonymous said...

Oklah..pada semua rakyat jelata..
skrg kita tak payah tuding mana2 parti.. cuma koi nak tanya wokme2 semua.. adakah yg dah berbini, bini anda sekarang dah pakai tudung..???? kalau pakai oklah, sekurang2nya anda semua selamat dipdg mahsyar nnti...

pada yg malu2 nak pakai tudung ayuh masuk PAS,.. muslimat PAS saya gerenti 100% pakai tudung..
Yang x pakai Tudung skrag ni bini2 Najib, Muhyideen + maiden, rais yatim dan byk lagilah...

kalau ko org nak tau..sbb tulah bapak2 menteri ni dok pertahan sgt ajaran sekular.. dan skrg dah pandai nak berkwn ngan yahudi laknatullah...

Insafla wahai kaum muslimin... harta dunia sekejap je leh dinikmati.. bila kita mati, semua itu dah tak berguna lg...

Koi ni bukannya apa...kesianla kalau wokme2 sekelian masuk neraka nnti...

Anonymous said...

Syukur kepada Allah,,Allah ya Latif kerana memberi kemenangan kepada BN di hulu selangor,,,,

Anonymous said...

Bersyukur kepada Allah atas kehendaknya jua memberi kemenangan kepada BN,,,amin,,,semuga dato sri Najib dilindungi Allah dari fitnah,,,,amin ya Allah

HBO MULTIMEDIA said...

tau x apa yg d mksdkn lmpat..? dr parti ni lmpat msk parti ni.. stiap parti ada agenda perjuangan.. zaid ibrahim ni apa pndrian dia..? yg lmpt2 ni? apa pjuagan dia? mahthir x lmpt.. dia kluar parti sbgai protes yg pak lah x blh pkai... mmg dia bgtau yg dia akn msk blk klau paklah ltk jwtan.. i2 ja.. i2 ja cr dia nk protes.. sbb time paklah ni x blh tgur apa pun.. hnya blh kata 'yes sir!' kpd rakyat.. tgklh keadaan skrg ni.. anwar dh brp kli kntoi.. asyik2 dia kata ini fitnah dn konsprasi umno.. tp x tnjkk pun bkti yg dia x berslh.. mntk apa pun dia x nk bg.. janji bg hrga brg trun.. tp x pnh pun crta cr2 yg dia nk bt bg hrga brg trun.. aku pun blh jnji i2 ini... PAS plk dh x kata apa pun psl klmh Allah pas2 siap ada yg bnking isu sosej babi.. PAS dh ada prsk2 dlm parti dia.. kena buang yg x elk2..