PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, April 24, 2010

Panas: Muhyiddin Dan Puak UMNO BN Makin Gila Meroyan, Janji-Janji Manis Kini Terus Ditaburkan Demi Meraih Undi Simpati Rakyat Hulu Selangor !

Nampaknya disaat-saat akhir tempoh berkempen pilihanraya kecil Hulu Selangor, maka berbagai taktik yang mencurigakan terus dilihat berlaku di sini, terutamanya yang melibatkan puak-puak UMNO Barisan Nasional. Semua ini terpaksa dilakukan demiusaha untuk meraih simpati rakyat kononnya hanya BN yang layak memerintah negara ini, sedangkan rakyat telah tahu bahawa puak-puak BN telah banyak merompak wang rakyat untuk mengembongkan tembolok masing-masing. Kini pemimpin UMNO BN terutamanya "taiko" mereka iaitu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin (foto) bertambah rakus dan semakin "gila meroyan" untuk menarik pengundi memangkah mereka dalam hari pembuangan undi pilihanraya kecil itu esok. Berdasarkan statistik terkini juga, masih menunjukkan PKR masih mendahului undi popular dengan 57% manakala BN hanya berjaya mendapat 43% setakat ini. Biarpun ada pihak yang meragui statistik ini, namun harus diingat ia disalurkan sendiri oleh SPY Pakatan Rakyat yang berada dalam kem UMNO BN sekarang ini. Paling menarik kini, limpahan projek pembangunan terus dijanjikan kepada pengundi Hulu Selangor dengan syarat mereka memangkah BN. Itu syaratnya, maknanya jika tidak memangkah BN projek akan ditarik balik. Inilah modal yang digunakan oleh mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Inilah yang berlaku kepada pengundi di Pilihanraya Kecil Manek Urai dulu.

Mereka dijanjikan jambatan oleh Muhyiddin Yassin kiranya memangkah calon BN. Maka, majoriti penduduk di kawasan terbabit terutamanya yang berdekatan dengan projek yang dicadangkan itu memangkah BN. Namun, takdir penetu segalanya apabila BN tetap kalah dengan majoriti tipis ketika itu. Soalnya, janji Muyiddin mahu membina jambatan jika pengundi memangkah calon BN tetapi bukan bermakna menangkan calon BN. Ini bezanya, maka akhirnya penduduk Manek Urai terus dinafikan hak yang telah dijanjikan. Begitulah juga janji-janji manis pemimpin BN di pilihanraya kecil yang lain. Mereka hanya pandai berjanji tetapi janji yang bersyarat. Kasihan kepada pengundi dan rakyat yang menyokong mereka. Tertipu akhirnya bersama labu-labunya. Kini perkara yang sama berlaku di Hulu Selangor. Rakyat terus dijanjikan dengan berbagai habuan hatta yang tidak pernah mereka impikan langsung selama ini. Apakah ini caranya, BN mendahulukan rakyat agaknya. Bagaimana pula dengan rakyat di kawasan lain yang kini dinafikan hak untuk mendapat kemudahan yang sama. Ternyata, puak-puak UMNO BN hanya menghantar pembangunan ketika musim pilihanraya, selepas menang atau tewas maka kawasan terbabit akan menjadi sepi dan lengang. Malah, segala projek yang dijanjikan akan tinggal kenangan sehinggalah pilihanraya umum akan datang. Begitulah pusingan roda penipuan UMNO BN terhadap rakyat sejak sekian lamanya. Apakah rakyat Hulu Selangor juga akan tertipu pula pada kali ini?

Mundur, Apa Kerja Tiga ADUN BN Hulu Selangor ?

Sungguh melucukan apabila dalam keghairahan mereka berkempen mengatakan kawasan Hulu Selangor mundur dan tiada pembangunan yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor , iaitu Allahyarhan Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad maka mereka sebenarnya menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN itu sendiri sebenarnya. Buktinya, ketiga-tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh BN iaitu Batang Kali (Mohd Isa Abu Kassim), Hulu Bernam ( Mohamed Idris Abu Bakar) dan Kuala Kubu Bharu (Wong Koon Mun). Makanya, apa kerja yang dibuat oleh ketiga-tiga ADUN BN ini sebenarnya. Rakyat sendiri tahu bahawa mereka menikmati peruntukan yang sewajarnya untuk membangunkan kawasan masing-masing, kerana mereka mewakili Barisan Nasional. Berbeza dengan Ahli Parlimen PKR hany telah dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukkan oleh kerajaan UMNO BN itu sendiri. Bagaimana harus wakil rakyat terbabit ingin membawa projek pembangunan, sedangkan semua projek itu dikawal oleh Kerajaan Pusat?. Apakah terlalu bodoh rakyat ingin mempercayai cakap puak-puak UMNO BN bahawa wakil rakyat PKR itu tidak membawa projek pembangunan langsung ke Hulu Selangor?. Oleh itu, tindakan media arus perdana mendedahkan berbagai kemunduran yang berlaku di Hulu Selangor mutakhir ini jelas sekali telah "membuka pekong di dada" sebenarnya. Makanya, terbukti kini bahawa ADUN-ADUN terbabit "goyang kaki" dan tidak membuat apa-apa kerja sejak dua tahun yang lalu. Maka itulah, rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang. Kepincangan yang ditonjolkan di media arus perdana jelas sekali melambangkan sikap sebenar wakil rakyat mereka sebenarnya.

[Secara keseluruhannya sokongan rakyat dilihat begitu menakjubkan dalam setiap kali ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Ceramah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hj.Hadi Awang di malam terakhir dekat Stadium Mini Kuala Kubu Bharu malam tadi (24 April) telah berjaya menarik lebih 30,000 orang pendengar. rakyat hadir berbondong-bondong dari seluruh negara untuk memberi sokongan kepada calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim malam tadi. Melihat kepada sokongan rakyat ini ternyata, peluang PKR untuk terus mengekalkan kerusi parlimen Hulu Selangor seolah-olah bakal menjadi kenyataan].

15 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Alhamdulillah...moga rakyat di HS akan mengundi calon PKR/PR dato'Zaid...

harapan moga tingkatkan usaha kempen habis2an..jgn leka..dan sentiasa peka apa yg berlaku..UBN pasti akan berbuat sst yg diluar dugaan..jgn biarkan..

moga Zaid menang..jgn undi keling!!!

priyandeka said...

syabas pkr/pr. sumber risikan dalaman pkr/pr mengenalpasti parti tersebut akan memenangi kerusi p94 hulu selangor dengan kelebihan 57% sokongan berbanding 43% berpihak kepada ubn.satu perkembangan positif disaat-saat akhir kempen.teruskan usaha kalian. kerana kita sekarang berperang di medan yg tidak sama rata dengan kaki dan tangan kita terikat dan diregang ke batang pokok.tetapi itu semua bukan penghalang buat kita semua. kalah menang yang menentukannya adalah allah swt. kita percaya dan meyakini akan keagungan dan kekuasaan allah swt, tetapi mereka yg melawan kita membelakangi itu semua. mereka hanya menggunakan segala kekuatan drp jentera kerajaan dan merekalah jua yang berhak menentukan kemenangan mereka sendiri. perjuangan, kepercayaan dan keyakinan kita tidak sedemikian. setelah segala daya dan usaha drp allah swt telah kita laksanakan maka bertawakkallah kita ke hadhrat allah swt akan segala hajat yang kita maksudkan. nescaya dan pasti akan allah swt kabulkan. sayugia hendaknya biarlah kita melihat perkara ini secara menyeluruh, luaran dan dalaman, hikmah allah swt akan kita kecapi. insyaallah.

Anonymous said...

hahaha pkr yg meroyan... menangla korang...hahahah

Anonymous said...

Ya Allah ya tuhanku.Berikanlah kemenangan kpd calon PR didlm pilihanraya kecil Hulu S'gor pd hari ini.Hancurkanlah Ya Allah BN khususnya UMNO dan berikanlah laluan kpd PR utk menerajui pemerintahan negara Malaysia tercinta diPRU ke 13 akan dtg.Amin Ya Rabbalalamin.

Anonymous said...

Kalau BN menang..puak2 UMNO BN bertambah sombong kepada rakyat..

YB2 BN.. sah akan cepat kaya raya..

Fikir2kanlah wahai rakyat sekalian..

Pemimpin2 UMNO BN ni kena ajar cukup2... biar depa tau kuasa rakyat adalah segala2nya..

Jgn dok rakus rampas harta rakyat..

Anonymous said...

matsembab ni selalu tipu jer..kalau sekali tipu tak per..tapi dah bekali kali..
insyaallah kali ni rakyat takkan tertipu lagi dengan mat sembab dan mat monggol ni...
pakatan rakyat punya kelebihan dalam menggerakkan rakyat seluruh nya..insyaallah pkr akan menang dalam prk ni.

Anonymous said...

satu artikel bodoh. dah kalah dah la. gi la minum beer dgn zahid

Anonymous said...

Syukur Allhamdulillah BN menang,,,ya Allah bersyukur kepada mu,,,,

Anonymous said...

Akhirnya Allah memberi kemenangan kepada BN,,syukur atas takdir Allah,,,,segala puji untuk Allah yang memberi kemenangan kepada BN,,,,

Anonymous said...

Ya Allah syukur kepada mu BN menang di hulu selangor,,,semuga PDO ini juga berubah hati menyokong BN,,,syukur BN menang,,,,,

Anonymous said...

Ya Allah bersyukur kepada mu,,ya Allah semuga tuan punya PDO ni kau ampunkan dan berubah hati dan menyokong UMNO,,amin ya Allah,,,,

Anonymous said...

YEP YEP HOREY......... RASUAH MENANG DI ULU SELANGOR.
PENJENAYAH MENANG LAGI.

Anonymous said...

Woi... yang minum beer dah bertaubat. Tuhan kan maha pengampun. Kau orang puak UMNO tu ngapa ngok sangat, nk sokong Keling haprak 2, dahlah hindu, sembah berhala lagi. Arak mmg dia tak minum, sebab dah minum todi. Orang mcm2 nk korang pilih memimpin korang ? Hilang akal ke ?

Anonymous said...

mcm la kat barisan PKR tu xde keling weii.. haha.. berani ko nak nafikan PKR xde keling?? ckp tu pakai otak bkn pakai lutut... ape la bangang sangat nak main isu bangsa.... klu x tau ape yhg ko nak komen jgn komen la.. nasib la xde name ko kan.. kalau x dah aku maki ko.... berlagak pandai tp ape pun x tau....

Anonymous said...

aku ad malam tu kat stadium mini KKB mlm pengumuman tu.. mane la ade smpai 30,000 org dtg... 10,000 pun x smpai.... nape la nak menipu.. jgn kelirukan rakyat... skrg tanya diri.. betulkan ape yg ko buat tu x menyeleweng dr fakta sbnr... fikirla wahai sahabat sesama islamku...