Ramai yang meramalkan UMNO BN akan menang besar dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Keyakinan itu bersandarkan kepada "kehilangan misteri" lebih 13,000 nama pengundi berdaftar di parlimen itu yang telah dipindahkan "secara paksa" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR bahawa ada 13,488 nama pengundi berdaftar yang dipindahkan rupanya bukan "fitnah semata-mata". Malah ia disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas itu. Malah, beliau tidak menafikan cuma jumlahnya kurang sedikit dari itu. Kononnya perpindahan berlaku atas permohonan pengundi terbabit. Masalahnya, rata-rata pengundi yang ditemui tidak pernah memohon untuk membuat pertukaran tersebut. Soalnya kenapa ia berlaku, dan kenapa kerajaan takut isu tersebut dibahaskan di parlimen bahkan ditolak bulat-bulat atas alasan tidak ada kepentingan awam di situ. Mereka sebenarnya sudah berpakat dan merancang untuk menjatuhkan maruah Anwar di Hulu Selangor. Ramai yang terkejut dengan kehilangan begitu besar nama pengundi itu.Statistik sudah dibuat bahawa tempoh tertentu diambilkira untuk pulih atau tiada harapan untuk pulih. Lantaran itulah SPR diarahkan oleh UMNO untuk mendapatkan maklumat dari hospital tentang kesihatan Allahyarham Datuk Dr.Zainal. Hasil maklumat doktor terbabit, maka mudahlah untuk SPR membuat percaturan atas perkara memindahkan nama-nama pengundi berdaftar tersebut. Maka, perancangan dibuat dengan rapi dan mereka membilang hari untuk memastikan projek ini berjalan lancar tanpa disedari. Hinggalah kematian Datuk Dr.Zainal diumumkan dan ramai rakyat terutamanya penduduk Hulu Selangor tersentak dengan perkara itu, tetapi tidak bagi SPR. Kakitangan mereka sudah melaksanakan tanggungjawab lebih awal untuk memastikan projek menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor itu tercapai. Akhirnya ia berlaku dan mereka boleh mengatakan apa sahaja seolah-olah perpindahan pengundi itu tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil kerana ia telah dilakukan sejak dari awal lagi. Akhirnya, jika kes ini dibawa ke mahkamah sekali pun SPR tetap akan menang kerana mereka sudah menyediakan bukti-bukti kukuh tentang perkara ini. Sebaliknya bagi PKR dan Pakatan Rakyat, kita hanya mencongkak hari-hari terakhir Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tanpa memikirkan perpindahan pengundi itu berlaku.
[Lantaran itulah, bila pilihanraya kecil diumumkan ramai yang tidak neyedari nama mereka telah ditukarkan diluar pengetahuan mereka. Apa yang boleh dilakukan kini?. Nasi sudah menjadi bubur dan SPR berjaya menipu rakyat sekali lagi dengan modus operandi yang cukup licik. Apapun, takdir yang akan menentukan. Mereka merancang tetapi perancangan Allah itu adalah yang paling utama. Pastikan perkara ini tidak berlaku di masa akan datang. Jika ada mana-mana ahli parlimen yang sakit kronik maka sila pastikan nama pengundi tidak berubah biarpun pilihanraya kecil belum tentu berlaku lagi. Sediakan payung sebelum hujan, itu yang paling utama dari terus terkejut dengan apa yang terjadi. Apa pun, SPR tetap khianat kepada rakyat dan gagal laksanakan tanggungjawab sebagai hakim pilihanraya sejak sekian lamanya].












11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Ya Allah, datangkan bencana engkau ke atas pihak yang jahat dalam SPR.
http://www.malaysiakini.com/news/129940
Ya, Allah! Beri lah petunjuk dan balasan kepada UMNO yang tidak mengingati mati tapi menanam fahaman cinta dunia dan kuasa sedangkan seluruh isi alam ini milik-Mu
ya Allah turunkan bala kepada para pemimpn pakaran takyat yg tak bekerja untuk membantu rakyat, contohnya di Kelantan di mana masalah longkang tidak ada, sampah sarap merata-rata jalan raya teruk dan kemiskinan tidak diambil perhatian.
Dan yang sedih lagi maksiat tetap ada alaupun sudah lebih 15 tahun nik ajis perintah. nampaknya tiada berkat langsung nik ajis dan eksonya perintah Kelantan.
Rakyatnya juga makin teruk perangai macam2 jadi.
kalah sebelum berjuang?
Ya Allah kau turunkanlah bala kpd Anon di atas ini yg celik mata tapi buta hati.Dan Kau hancurkanlah Ya Allah, UMNO dan BN yg zalim.Berikanlah kemenangan kpd PR sbg gantinya.Amin Ya Rabbalalamin.
hei mcm2..kalo ye pun nok doa ke org,jgnla doa yg buruk2.mitok dpt ptunjuk sudohla..
hiv aids palaing ramai di kelantan..so macam mana pas ngok oi?
ya Allah.. slamatkan lah negara ini drp di timpa bala bencana. tegakkan keadilan dan kesyumulan Islam di muka bumi m'sia ini dan di dunia amnya.. amim.
Manusia punya rancangan dan Allah jugak punya rancangan tapi rancangan Allah yang terbaik. Insyaallah pad hari mengundi nanti Allah akan balikkan hati2 mereka yg selama ini mengundi BN untuk bersama PR.
Ko kena aids sama ke anom 9:06...???
Post a Comment