PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, April 23, 2010

JAIS Larang MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Berceramah Atau Kuliah Maghrib Dalam Masjid Dan Surau Di Sekitar Kawasan Hulu Selangor !!

SHAH ALAM 23 April [2.33 pm] - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor. Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan sebelum ini.

[Inilah dia bukti jelas betapa takutnya puak-puak UMNO BN kepada kelibat tokoh ulamak seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz ini. Maka lahirlah "syaitan-syaitan bisu" yang cuba untuk menghalang kebenaran dan Islam itu disampaikan kepada rakyat. Atas alasan ia adalah arahan pihak istana, walhal umum mengetahui bahawanya skrip yang dibacakan oleh Sultan itu adalah disediakan oleh mereka sendiri. Maka itulah mereka sewenang-wenang mahu menggunakan kuasa raja untuk menghalalkan segala cara jahat yang dilakukan oleh puak-puak mereka selama ini]

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

masjid tmpat beribadat...bukan tmpt utk mengutuk org .. bukan utk fitnah ... so apa masalahnya pdo...

Anonymous said...

betul lahtu kalau TG nik aziz dah berkempen elok pegi kedewan2..masjid tu tempat beribadat berzikir beriktikaf nanat ada org tak selesa.

Anonymous said...

wahai puok UMNGOK,mu tau ke TG g masjid kuliah bab politik ke kuliah ilmu akhirat...tu la kalau jahil agama mmg jd bengong.. Btul la kata Nabi SAW kalau kita berhujah dgn puok jahil lebih baik la kita diam....

Anonymous said...

hahaha kuliah ilmu akhirat bapokmu anon 10.36... kuliah mengata kat orang... nak bawa pi akhirat...bodoh banggang ke hang... nak mengata kat org pi la kat tengah padang kosong tu..kan sana byk padang kosong... ha pi la... hang nak kutuk ke hang nak fitnah ke lantak mak bapak hang la...

Anonymous said...

Mu anom 8:00.. mana pernah dgr kuliah kat masjid..sbb tu la mu ni bodoh yg xleh diajar...

Sebagai org Islam...jenguh2la sama kat masjid... jgn dok khayal sorang2..

aku caya..kalau mu dgr sekali TG ngajar ugama..pasti hati mu yg keras mcm batu tu akan jadi cair.. mcm ais kat kutub utara yg sekarang ni dah tak berapa beku dek kerana kepanasan ozon..

Anonymous said...

wei anon 3.21 kalau dia bagi kuliah agama aku tak kisah..boleh dengar nya la... tapi kalau bab nak bagi kuliah politik yg buat fitnah n mengata org...tahi telinga aku yg tak ada pun akan nak berebut keluar tau... sebab tu aku kata kat hang kuliah mangata kat org ni bkn boleh bawa pi akhirat pun... hanya buat dosa aje... hang banggang ke apa..org pi masjid dengar kuliah agama bkn kuliah mengata kat org... ada fahammmmm

Anonymous said...

Ya Allah kami bersyukur kepada mu ya Allah kerana memberi kemenangan kepada BN di hulu selangor,,,,Ya Allah kau ampunkan lah tuan punya PDO ini dan bukakan lah hatinya untuk menyokong UMNO,,,,amin

Anonymous said...

Ya Allah Ya Jalil,,kau bukakan lah hati tuanpunya PDO ini untuk menyokong UMNO dan berkati lah dia,,,,amin,,semuga semua nya jadi terbaik,,dan menyokong BN,,,amin

Anonymous said...

Ya Allah bersyukur kepada mu BN menang,,,dan ampunkan lah tuanpunya PDO ini dan bukalah hatinya utk menyokong UMNO,,,amin,,,

Anonymous said...

Ya Allah ya Rahim,,,kau lindungilah UMNO dan berilah unmo terus memerintah Malaysia,,,,,

Anonymous said...

Ya Allah,,ya Latif kau lembutkan hati t g nik aziz,,,semuga t g nik aziz dibukakan hatinya untuk menerima umno,

Anonymous said...

Ya Allah ya Rahim,,,semuga kau lembutkan hati T G Nik Aziz dan menerima UMNO dan menyokong UMNO,,,ya Allah,,,