Seorang anggota perundangan Perancis, Joseph Breham (foto), telah memfailkan aduan mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini. Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan. Perjanjian yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Najib Razak yang kini PM Malaysia. Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutunya, Razak Baginda. Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (Dulunya dikenali Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta. Breham, seorang daripada tiga peguam yang failkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterusnya. Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan failkan dokumen tambahan Februari lalu.[Perkembangan terbaru ini, bakal menyebabkan Najib Razak, Razak Baginda dan Rosmah Mansor tidur tak lena dan bagai cacing kepanasan. Dua "kambing hitam" yang entah betul atau tidak dikorbankan iaitu Sirul dan Azillah bakal menghantui mereka. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Mahkamah di Malaysia boleh mereka beli dengan wang ringgit, tapi kini mahkamah dari Perancis yang akan membongkarkan skandal ini. Ia membuktikan perjuangan Najib belum berakhir. Namun, apakah beliau akan menggunakan sepenuh kuasa untuk menghalang?. Sesuatu yang lebih mengejutkan pasti akan terjadi selepas ini. Apapun, misteri pembunuhan Altantunya akhirnya akan terjawab selepas sekian lama menjadi tanda tanya dan misteri seluruh rakyat Malaysia seantero dunia].












9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Masa ini bagi mereka yang rakus berkuasa semua kesalahan dan keburukan boleh ditutup dengan wang ringgit! Hulur! Hulur! Hulur! Semuanya beres! Boleh tidur lena, usahkan malam, tengahari buta pun boleh peluk bini macam belon tu!
sumber memberitahu zaid juga saman spr.jika benar,eloklah kerana spr boleh membuktikan ketelusannya di mahkamah.biar apapun keputusannya persepsi rakyat terhadap spr kian merudum.bila gamaknya BERSIH nak berdemo lagi,seorang teman bertanya.
hari ni juga melalui media ekstrem umno telah dipaparkan berita ezam bakal bergelar senator.
sumber memberitahu jasanya cukup besar di hulu selangor.seorang pemimpin muda pkr berkata insiden lompat katak pemimpin PKR kebelakangan ini didalangi olehnya dan salahuddin bekas su pkr dan lompatan ini semakin banyak ketika prk hulu sgor.
ada yang meneka ezam akan dilantik jadi timbalan menteri ketika rombakan kabinet kelak.ada 2 kekosongan timbalan menteri kabinet dan dijangkakan palanivel yang juga bakal senator akan dilantik menjadi timbalan senator.
peranan ezam kali ini untuk menjatuhkan kerajaan negeri selangor dan kedah dan sebagai mantan ketua pemuda pkr,rangkaiannya cukup luas....proksinya ada di selangor,perak,pulau pinang,kedah tambah seorang rakan yang turut sama menjamu selera di warung
mengapa tidak dibubarkan dun kedah sekarang?majoriti 4 kerusi memang mengundang risiko.macama jika berlaku 3 adun melompat serentak dan tak sukar nak dapatkan sorang lagi.jika dibubarkan sekarang,persiapan bn menghadapi prk sibu akan terjejas.
mengapa Pakatan Rakyat tidak menyerang ezam dengan pelbagai isu kerana sekarang nampak seolah-olah dia mastermind menyerang Pakatan Rakyat
tadi jelas dan nyata,najib bagi RM3juta kepada SKJC Rasa di hulu selangor.
dia janji nak bagi masa kempen di sana.jika dia ikhlas kenapa tak beri kepada semua sekolah yang daif dan di pahang banyak sekolah yang serba serbi kekurangan.takkan x ambik pot.
najib juga mengenepikan desakan brahim ali jangan beri dana dan ini dilihat orang ramai demi nak dapatkan undi cina brahim ali dan perkasa akan diketepikan
suara brahim ali semakin menyesakkan napas najib,itulah kata seorang teman ketika diminta memberikan komen.
pas x mau dah brahim ali dan umno dah lama dah x kenan kat dia.agak-agak mic nak x terima dia,tanya teman itu lagi
Ezam Kotak baru keluar dari kotak dan Jgn bimbang hal Ezam ni... Klu siful masalah anunya dan ezam pulak masalah otaknya.
Kesan kepala otak yg dia jatuh dlm bilik air masa permatang pauh dulu...kesannya ambil masa...!
Tapi Allah yg akan tentukan...!!
Ezam Senator KOTAK...
setiap kali plhanraya ada2 sja dia pnya cerita KOTAK tu..
hnya berbekalkan ilmu KOTAK dpt jg jd Senator...
senator pnya psl kes rasuah pemimpin umno yg dia hebohkan2 dlu pun HIlanG...
Pakar perundangan Perancis, Mr Joseph Breham, akan ke Msia ? Persoalannya, boleh ke beliau menjalankan siasatan dengan baik dan sempurna ? Sbb yang nak disiasat berhubungkait dengan PM dan kerajaan Msia ? Silap hari bulan dalam laporannya negetif. "Tiada unsur2 rasuah dan pembelian adalah sah mengikut undang2" Korang tau pe sbbnye.
Tolong sesiapa beritahu peguam peguam dari Peranchis itu supaya jangan jumpa bik mama, nanti dia kasi cium bau anu nya, peguam tu pun jadi biul macam bini dia lah.
MAHKAH KAH KAH KAHMAH MESIA? MANA ADA KES
ezam kotaki alahai ezam firasatku tak kemana pun xpergi jauh krn otak kamu sentiasa nak mencari salah orang kalau betul xpe, otak kamu pun nanti jadi tak betul kamu merancang tapi Allah SWT x izinkan dgn kelakuan manusia yg semacam ini membuat kerosakan di muka bumi Allah benci kpd orang2 yg membuat kerosakan! Ibrahim Ali dah tercapai hasrat nya sebagai presiden Perkasa kalau Umeeno x mahu, PAS x mau, MIC x mau dia dah ada perkasa jadi dia x keseorangan ada tempat nak bergantung melayu lain jadi pak turut aje yg untung dia, tenguk mantan PM TDM dia angkat tangan pun macam x larat x sungguh2 tapi dah Ibrahinm Ali yg pelawa mahu x mau p juga lah.
Post a Comment