pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Si Samy Vellu Mahu G.Palanivel Dikekalkan Tetapi UMNO Pula Mahu Bekas MB Mat Taib Dipilih Jadi Calon !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM, 2 April [3.30 pm] - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Pa...

SHAH ALAM, 2 April [3.30 pm] - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC. Beliau berkata permintaan ahli-ahli UMNO di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu. "Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan UMNO, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada UMNO, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan UMNO meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. "Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya UMNO meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini. Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Sebelum ini, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu mencadangkan supaya timbalannya Datuk G.Palanivel mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi parlimen Hulu Selangor. Palanivel merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada 2008. Kerusi parlimen Hulu Selangor dimenangi calon wanita dari UMNO, Halimathon Saadiah pada pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian, dan 'diserahkan' kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya 'diserahkan' kepada MIC pada 1986 sehingga kini. Ramli yang juga bekas Exco Selangor dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalumpang, turut mencadangkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (foto) sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

[Petanda awal untuk kita melihat kemenangan besar Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor semakin jelas terasa sekarang ini. Puak BN kini sedang bergolak sesama sendiri dalam menentukan soal calon, biarpun dinafikan oleh pucuk pimpinan tertinggi pakatan karat itu. Mereka bakal karam bersama labu-labunya kali ini. Biarpun mempunyai jentera dan kekuatan, BN pasti kecundang dengan majoriti yang jauh meningkat dari dulu berlandaskan kepada fakta rakyat telah menikmati faedah kebajikan dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Media massa sukar untuk menafikan semua itu, kerana rakyat di Hulu Selangor merasainya. Oleh itu, berlandaskan kepada calon BN itu nanti maka sudah pasti akan menyebabkan sokongan terhadap pakatan itu akan berpecah dua walau siapa pun calon yang ditentukan oleh PM Najib nanti].

Advertisement

Post a Comment

mad said... Friday, April 02, 2010 7:46:00 PM

inilah dilema parti rasuah kah kah kah

Anonymous said... Saturday, April 03, 2010 6:56:00 AM

Generasi baru da.. bukan pak turut je.. mereka sudah boleh PIKIAQ SENDIRI. Tak puashati tuko kita ikut jepun, korea, uk,us dll dah advance punyer

Seladang said... Saturday, April 03, 2010 7:41:00 AM

BEREBUT-REBUT NAK TERJUN LUBOK - BIARKAN! BIARKAN!

Anonymous said... Saturday, April 03, 2010 9:46:00 AM

Isa Samad dah menang walaupun ada isu rasuah. Ini nak letak semula Muhammad Mohd Taib yang ada isu di Autralia dulu. Pemimpin recycle.

Ok la tu, bungkus.

Anonymous said... Saturday, April 03, 2010 8:43:00 PM

Cabaran 1 Malaysia di uji kali ini,,,nak pilih siapa MIC atau UMNO??
Sila jawab...he hee hee hhaaaaa....

Anonymous said... Sunday, April 04, 2010 9:19:00 AM

Ya Allah ya tuhanku.Berikanlah kemenangan kpd PR didalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.Kau berantakkanlah sesama mereka PartiX didalam komponen BN khususnya UMNO dan MIC.Amin ya Rabbalalamin.

Anonymous said... Sunday, April 04, 2010 2:44:00 PM

Takde pemimpin lain ke..?? asyik muka si penyamun ni.. zaman muda dulu, kalau nak tau ni lah Playboy UMNO... bila dah tua, jadilah Playstation..kah..kah..kah...

Anonymous said... Sunday, April 04, 2010 9:48:00 PM

Baik letak Samy Vellu kat situ mesti menang punya.Suara Samy vellu lantang di Parlimen berbanding Palanivel

Anonymous said... Monday, April 05, 2010 8:26:00 AM

Puas mengata kat PR, sekarang ni kita tengok UMNGOK dan sekutunya pula akan bergegar....

 
Top