PUTRAJAYA 26 April [2.15 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. "Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010.[Najib boleh berkata apa sahaja selepas menang "misteri" dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. Memang BN tidak membeli undi, sebab itulah menawarkan berbagai projek pembangunan, memberi pampasan kepada peneroka Sg.Buaya, memberi sumbangan kepada penduduk orang asli, memberi sumbangan pembinaan berbagai projek rakyat ketika berkempen. Apakah Najib fikir, semua projek itu boleh dibangunkan dengan "air liur" agaknya. Bukankah wang rakyat yang mengalir bersama-sama hasrat BN untuk menang. Apakah wang itu bukan bermakna "membeli undi" sebenarnya?].












18 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tunggulah lps ni..kot2 YAB Najib atau menteri2 mana plak yg meninggal, leh la kita mengundi lg di PRK Pekan...
Barulah disemua daerah atau Parlimen akan bertambah maju.. Jikalau xde YB yg meninggal, maka daerah itu akan mundurlah buat selama2nya...
Lihatlah di Ulu selangor... Rakyat dapat mcm2, start dari pasarana, duit, janji sana, janji sini... pendek kata, mcm2lah..
Oleh itu, daerah mana yg masih mundur.. maila pakat2 kita doakan agar YB2 ni cepat mampus...
tunggulah... ramai warga tua hardcore umno akan meniggal jugak satu hari nanti..umno parti tua...makin lama makin hilang dah... TAPI anda lupa.. majoriti remaja start dari bangku sekolah menengah dah pun hardcore Pakatan Rakyat....
UMNO MENANG DGN CARA TIDAK BERMORSL
PKR KALAH DGN BERMORAL....
PRK ni jentera PR lawan Kerajaan Malaysia...tapi termangu jugak TPM dengan konfiden cakap akan menang lebih 6000 undi...setakat 41peti undi PKR lead 2000 tetiba jer menjunam....ada apa2 ke?
hahahahah. org dah kalah. mcm2 boleh ckp. sedihhh. saper ckp ramai remaja sokong PKR. kesian sgt ngan org PKR. seorg2 lompat parti. kaki judi mcm zaid tu sesuai la untuk PKR
saya kesian pada org melayu termasuk diri saya sendiri mic menang org melayu yg bersorak..lepastu kutuk si zaid..macamlah dia baik sangat
PKR ckp lebih jer.. kerja tak pandai buat..
bodoh
BN sampai bila nak menipu rakyat?? Orang kg dan org2 dungu boleh la kau tipu,kau guna segala duit rakyat utk beli undi,satu hari nanti BN akan tersungkur....Kpd penyokong BN tahniah la sb kau org suka pemimpin yg suka berbohong dan akan terima lah cukai2 yg tinggi dan harga barang2 yg akan dinaikkan...
isk bagusnya org pakatan ni kerana mendoakan kematian org... mmg diajar begitu budi bahasa korang no... alhamdulillah..selalunya doa yg buruk tu akan balik pada diri sendiri..kot2 mati tak sempat mengucap kot
"masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama" ??? habis tu selama 50 tahun bn memerintah selangor, apa yg diorang buat?
macam,..macam ada sejak 50 tahun dulu...hang baru keluar dari hutan batu banat ke sampai tak tau apa ni
lebih baik mendoakan yb bn mati cepat agar tak banyak makan rasuah, kurang jugak dosa
BN - Banyak Nafi.. pengalaman aku..apa saja klu pihak kerajaan nafi sebenarnya memang betul berlaku.. Penafian bertujuan utk menjaga integriti @ kreadibiliti institusi itu sendiri.
41peti undi PKR lead 2000 tetiba jer menjunam....ada apa2 ke? haik takkan tak tau kot...peti undi pos la...sah2 undi semua kat BN... nak tipu orang...benda ni orang dah tahu...dah boleh baca dah...hai yang dok kata PR tak pandai buat keje, cakap lebih tu...apa benda yang BN buat selama memerintah 50 tahun Selangor? Buat duit la jawabnya...penuhkan kantung,, rumah beso2 belaka
2 tahun nak banding dgn 50 tahun..x aci betoi
penyokong umno bawahan ni bukan tahu apa2
udoh2 lah ceramoh tu..
daripda dok buang air liur tu.
baik demo pegi cari org miskin
wat amal kebajikan skit..
doa dia orang lagi mahal
dari doa org lain
kalu dok caya, acu try test...
GOOD LUCK NAJIB RAZAK!
Post a Comment