PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, April 23, 2010

Terkini: Info Sulit, Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim Mendahului Sokongan Rakyat Untuk Memenangi Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor Ini

Maklumat terkini kedudukan sokongan rakyat dan pengundi berdaftar Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekarang ini masih lagi berpihak kepada Pakatan Rakyat 65% dan Barisan Nasional 35%. Jika senario ini terus berkekalan maka harapan untuk melihat Datuk Zaid Ibrahim menewaskan calon BN, P.Kamalanathan dengan majoriti yang lebih besar pasti akan tercapai. Apapun masih ada sehari lagi kempen pilihanraya itu. Seperti biasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat senantiasa dibanjiri dengan ribuan rakyat namun ceramah BN hanya beberapa kerat penduduk yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan sumbangan kebajikan yang ditawarkan. Melihat kepada apa yang berlaku, ternyata rakyat amat menghargai segala jasa dan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka, biarpun baru dua tahun memerintah negeri ini. Mereka lebih tahu, siapakah sebenarnya yang benar-benar mahu membela nasib rakyat. Malahan, limpahan pembangunan dan projek-projek yang dijanjikan oleh puak-puak UMNO BN itu sebenarnya sengaja untuk memperbodohkan rakyat Hulu Selangor. Walhal, mereka semua masih ingat lagi penghinaan yang dibuat oleh bekas MB Selangor Khir Toyo dulu. Suasana kempen nampaknya semakin agreasif biarpun tidak ada kejadian keganasan dilaporkan berlaku seperti semasa hari pencalonan dulu. Apapun, maklumat terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa. Teruskan sokongan anda dan pastikan kebenaran dan keadilan itu ditegakkan !

[Info terkini ini kami perolehi daripada pihak yang boleh dipercayai dan menyimpan banyak maklumat tentang pilihanraya ini. Oleh itu, senandainya maklumat ini sahih dan terus berkekalan maka sudah pasti ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat kerajaan UMNO BN yang telah menjanjikan jutaan ringgit kepada rakyat di Hulu Selangor. Apakah janji hanya sekadar tinggal janji atau akan dikotakan. Kerana Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu bakal menanti dalam masa terdekat ini. Jika janji BN itu sekadar permainan mulut semata-mata, maka sudah pasti rakyat di Sibu pula akan menolak mereka selepas ini. Inilah yang amat menghantui kepala otak pemimpin UMNO BN, hingga tergamak menghantar Mantan PM Mahathir untuk turun berkempen di Hulu Selangor semalam].

29 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

harap22 camtu lah..jgn jadi macam bagan pinang sudah!!menang majoriti200 undi pun dah ok tu!!

Anonymous said...

kata Yb Kit Siang, PR memerlukan 85% undi Cina, kerana Datuk Zaid masih ketinggalan di belakang - kaji selidik dalaman (sumber Malaysiakini)

MOHD said...

kalau kita bandingkan BN sudah memerintah Selangor berabad lamanya inikan pula PKR baru setahun jagung memerintah Selangor apa yang boleh dibuat dengan masa yang sigkat PKR memerintah
Cubalah kita bandingkan

Seri Alam DiRaja said...

Salam Untuk Semua Penyokong PKR/ Pakatan Rakyat...

Saya rasa yakin Datuk Zaid Ibrahim akan memenangi PRK Kawasan Parlimen Hulu Selangor. BN pandai berjanji sahaja. Kalau tidak percaya tunggu bulan Mei nanti bila harga petrol naik begitu mendadak. Kerajaan gagal menaikkan imej dan kredebiliti Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agen memartabatkan budaya serta bahasa bangsa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu pembelaan untuk memperkasakan bahasa dan sastera negara...

Apa dah jadi dengan Bagan Pinang? Projek apa yang BN dah majukan untuk bangsa sendiri. Anda sendiri pergi lihat dan buat kesimpulan.

Lapangan Terbang Lama TUDM KL hendak dijual?? Memang benar. PM cakap lain, menteri pertahanan cakap lain dan berita auta lain. Hakikatnya pekung dah dibuka kerana rakyat sebenarnya bencikan tipu muslihat Barisan Nasional.

Lompat parti?? Rata-rata yang lompat parti dari PKR adalah manusia yang tidak bermaruah dan pentingkan diri sendiri. Tak dapat projek, tak dapat kuasa, tak dapat duit, tak dapat jadi calon terus ditawarkan oleh BN dengan ganjaran yang lumayan. Konon2nya DSAI yang terpesonglah, kononnya Pakatan rakyat bukan pembela bangsa lah... Apa ke jadah orang2 sebegini dalam masyarakat Malaysia. Elok benarlah mereka lompat parti. Tengok muka pun dah tahu busuk dan jijiknya jiwa mereka..

FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI BANGSAKU YANG BERDAULAT!!!

Anonymous said...

Dah mabuk ke.. Bila masa dapat figure bn 35% je..Wa rasa lu punya informer mabuk. Pastu muntah figure bukan-bukan.

Anonymous said...

35% tu india,melayu,cina yg x sekolah yg dpt di beli dgn projek mee segera dan duit prk umngok..yg sekolah 65% seme sokong pkr..kahkahkah

Anonymous said...

duit rakyat di belanjakan sesuka hati demi kuasa..pui

Anonymous said...

Entahlah. Apa asas dan fakta utk menyokong kebenaran telahan tersebut. Dan apa pulak methodology yg diguna pakai maka boleh dapat satu peratusan yg tinggi? Jangan takbur dan riak sangat. Penentuannya ialah pada 25/4 dan sama-samalah tunggu keputusannya. Siapa yg menang dan siapa yg kalah nanti terimalah hakikat dgn redha.

Anonymous said...

salam kpd semua penyokong PR.jangan puas hati dgn apa itu.. usaha lagi sampai malam 25/4

Anonymous said...

info pdo ... aku nak termuntah bacanya...hahahahah ego berkarat

Anonymous said...

Bagan pinang PR kalah sebab undi pos tentera yg tidak telus.Saya berdoa agar PR menang di hulu selangor supaya parti BN yg bongkak lagi angkuh dapat direhatkan dari memerintah negara ini.Kita rakyat bawahan perlukan pemerintah yg baru yg dapat membawa perubahan kepada negara ini kerana negara yang bertukar parti pemerintahan akan lebih berjaya dalam mengurus negara.Rakyat hulu selangor perlu berani melakukan perubahan demi generasi akan datang.Sokong PR untuk perubahan.

paktan said...

mkin ad asasnya kalau x mana mkin ameno memangil che dit turun kempen last2 minite ini sudah menampakkan bn akan kalah.apa2 pun kerja harus kuat mcm2 boleh berlaku apa2 pn lawan tetap lawan..

Cucu said...

Seronak kan? Mula2 kita reka2 cerita,pastu kita sebarkan kat semua orang,sebarkan,sebarkan,last2 kita sendiri pun percaya kat cerita yg kita reka2 tadi...Seronok kan?

Anonymous said...

Guna semua la jentera kerajaan sepatutnya masa pilihanraya camni... baru betul2 berkesan kempen korang.... panggil semua menteri, ketua2 pengarah, pastu kat tiap2 negeri, panggil pengarah negeri plak.... baru la berguna sepenuhnya penjawat awam..... optimumkan penggunaan semua jentera kerajaan.... apa daa... itu pun takleh pikir ke?
aku rasa kalau Umno BN tak manfaatkan peluang... gerenti kalah kat hulu selangor tu...... pikior la otak tu bior begeliga..... hahaha.... ;p

Anonymous said...

BN dah lama memeriintah negara ,rakyat tetap susah kerana hasil mahsul negara meraka kebas,,, pemuda umno asyik cari perojek bergaya dgn kereta besar kalau tak caya dtg check ketua pemuda jerantut atau pemuda pahang>>nanti komen

Anonymous said...

masuk umno dapat projek >>>sbb tu org suka umno kalau tak caya mai ikut saya masuk umno grenti masuk punya.

Anonymous said...

sebab tu diorg nak menang sgt kat hulu sgor nih..kalu kalah tak tau nak letak mana teloq diaorg..habis duit rakyat di laburkan disana hatta nak kan kerusi tu..kalu menang nti diaorg akan kata BN telah mendapat smula sokongan rakyat..raya sakan lah media arus perdana nti.. percaya lah..marilah kita pasti kan kemenangan PR..mari lah uruskan negara dengan cara betul..mari kita padamkan keangkuhan BN yang hanya pandai menggunakan duit kita untuk mengekalkan kuasa..mari kita tunjukkan betapa tak berguna nya nyior yg telah komeng

castello said...

kalau dilihat senario masa kini,nampaknya rakyat telah berpihak kepada pr.kerana biarpun baru berusia setahun jagung,pakatan rakyat dilihat amat konsisten dalam memperjuangkan isu rakyat.
golongan anak muda yang semakin terpelajar mampu mempengaruhi minda golongan yang lebih tua.
insyaallah dato zaid akan menang dalam prk ni..dato zaid tidak hipokrit jika dibandingkan dengan pemimpin bn

Anonymous said...

kami sentiasa doa kan kemenangan PR..terus kan usaha hingga jam 12..

mad said...

semoga pr berjaya demi perubahan politik malaysia. demi pembaikan kembali sistem kehakiman, polis, spr dll undilah pr utk keadilan dan ketelusan memerintah negara.

priyandeka said...

assalamu'alaikum wbt.
sedikit pandangan daripada saya.
terdapat beberapa agensi yang telah mengutarakan pandangan masing-masing terhadap perjalanan kempen prk p94 hulu selangor.antaranya:
1) mungkin drp pihak berkuasa sesuatu badan mengandaikan 65% sokongan telah berpihak kepada pkr/pr manakala 35% berpihak kepada bn.
2) kajian yg dibuat oleh zentrum future studies malaysia mengandaikan 51.7% berpihak kepada pkr/pr manakala 48.3% kepada bn. dan
3) kajian daripada ilham centre pula mengandaikan 40% pengundi melayu berpendapat bn boleh menang manakala 16% lagi berpendapat pembangkang boleh membuat kejutan.
komen saya: jikalah benar dengan apa yg telah diramalkan itu, nampaknya pkr/pr akan memenangi prk tsb. syabas dan tahniah, kerana sememangnya itulah yg kita harapkan dan mahukan. akan tetapi beberapa perkara perlu kita lihat di sini iaitu dari segi undi pos. berapa banyakkah jumlah undi pos bagi prk p94 hulu selangor ini? pihak pkr/pr sewajarnya menjadikan perkara ini sebagai isu utama yg perlu dilihat secara meluas agar undi pos tersebut tidak bertukar menjadi "undi hantu". kita bukan tidak percaya dengan kewibawaan petugas-petugas yang mengendalikan undi-undi pos tersebut, akan tetapi kita sememangnya tidak meyakini akan ketelusan petugas-petugas berkenaan kerana sememangnya semuanya telah diatur dan direncanakan terlebih awal agar undi-undi berkenaan seboleh-bolehnya akan dijadikan undi penentu kepada pihak yang telah sinonim dengan penipuan dan pencabulan terhadap kedaulatan undang-undang sekali gus dibantu oleh komponan haram spr. (isu pemindahan pengundi berdaftar p94 hulu selangor seramai 13,488 org), undang-undang mana yg mereka rujuk dan jadikan panduan? maka sahlah dan sahihlah komponan haram inilah yg memainkan peranan ganasnya. justeru itu,apa yg kita mahu lihat adalah pertarungan yg bakal berlangsung nanti hendaknya biarlah di atas pentas yg sama tinggi dan sama rendah, atau janganlah diikat kaki dan tangan pihak lawan kalau hendakkan pertarungan terlaksana secara gentleman. tetapi apa boleh buat, semuanya berlangsung tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang ada. maka hasilnya kita akan melihat sebuah pertarungan yang berat sebelah tanpa berpaksikan kepada keadilan dan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. walau bagaimana pun syabas dan tahniah kepada pkr/pr. insyaallah dengan berkat kesabaran, penat lelah dan jerih perih yg telah kalian laksanakan sepanjang kempen tersebut akan diberkati allah swt dan akan beroleh kemenangan yang diharapkan semua.
insyaallah.

Anonymous said...

weiiiiiiiiiii pr nak menang weiiii bagila depa perintah agar zaid dpt buat banggunan tinggi kat situ pula wei...kat kelantan dia dah boleh jual juta2... ni boleh buat satu lagi..boleh jual bilion2 pula kat pakatan hehehhehe

Anonymous said...

Puak2 UMN0 ni pandaila wak cerita..kalau xde zaid, bangunan UMNO kat KB tu dah lama terbengkalai... projek dpt suntikan, tapi puak2 UMNO dah kebas duit tu... malulah sket..
dahla ambik duit rakyat pastu sesedap hati depa je..nak tibai duit tu...

Inilah dia UMNO perampas harta rakyat.. Tengokla projek UMNO kat kelantan... (projek Jambatan Sultan Yahya Petra) sampai la ni pun lom siap2...

Mungkin leh tunggu PRU ke 13 plak..lps tu leh buat modal... dpt duit tibai lg..buat kempen..

Porahhhhh UMNOOOOO...rakyat dah tau muslihat kalian.. xyah la tipu rakyat kali ni...

Anonymous said...

yup..BN skrg sgt2 terdesak nak menang.. ugut pengundi HS kena bg BN menang baru ape2 fulus yg di janjikan akan di bereskan..Jiban bagi deposit je dulu pd pengundi HS..sah rasuahhh..mana SPRM????..goyang batu ka?

Anonymous said...

Allhamdulillah ya Allah syukur kepada mu kerana memberi kemenangan kepada BN di hulu selangor,,,ya Allah kau berilah kejayaan demi kemenangan kepad BN,,,amin,,,

Anonymous said...

Ya Allah, ya Latif kau lindungilah umno dari fitnah dan busuk hati PKR,,dan selamatkan kami dari fitnah mereka,,,syukur kepada mu ya Allah,,,

Anonymous said...

tiada dayaupaya manusia melainkan atas kehendak Allah,,syukur atas kehendak Allah memberi kemenangan kepada BN,,,,syukur puji kepada Allah,,,,

Anonymous said...

Segala puji untuk Allah,,Allhamdulillah BN menang,,,,,ya Allah lindungi umno dari fitnah PKR,,,,,

Anonymous said...

Allhamdulilah syukur kepada Allah BN menang,,,,ya Allah semuga PDO ini juga kau bukakan hati pemiliknya untuk menyokong umno,,,,