9.20 pm - Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan.
8.45 pm - Kelihatan YB Tian Chua (MP Batu), YB Fuziah Salleh (Pengarah Pilihanraya PKR), YB Zuraida (MP Ampang) serta beberapa orang pemimpin PKR mengambil tempat masing-masing. Seketika kemudian calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim tiba diiringi oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga Lim Kit Siang (Pengerusi DAP). Tian Chua mengumumkan, PKR tewas kepada BN dalam keputusan terkini. Pemimpin lain turut berucap dan berharap penyokong bersabar. Mengejutkan, lain yang dijangka lain pula yang telah berlaku.
8.15 pm - Sesuatu yang diluar dugaan berlaku, mungkin dek kerana kehilangan 13,000 pengundi berdaftar parlimen Hulu Selangor maka tiba-tiba mendapat berita BN pula yang menang dengan majoriti melebihi 2, 000 undi. Ramai penyokong yang kecewa dengan senario terbaru itu. Pengumuman dibuat tentang ketibaan calon PKR dan pemimpin yang lain ke pentas utama di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu dibuat.
8.10 pm - Pengumuman keputusan dibuat dengan penuh sorakan daripada para penyokong PKR. Ramai yang menjangkakan PKR menang berdasarkan kepada banyak peti undi saluran 1 berjaya dimenanginya dan kawasan kubu kuat UMNO BN juga berjaya ditembusi. Maklumat awal mengatakan PKR menang dengan majoriti melebihi 2,000 undi.
7.02 pm - Penyokong Pakatan Rakyat kini sedang berhimpun di padang awam Stadium Mini Kuala Kubu Bharu bagi mendengar keputusan terkini Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang disiarkan secara langsung dari pusat penjumlahan undi.
5.10 pm - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong kelihatan memberi ucapan ringkas dan khabar tidak rasmi kepada penyokong 100 meter dari Pusat Pengundian Sek.Ren KJ (C) Khing Ming, bahawa PKR akan menang dengan majoriti melebihi 1,000 undi. Beliau mahu penyokong bertenang dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Malah beliau mahu penyokong bersedia meraikan kejayaan PKR yang akan diumumkan secara rasmi pada malam ini. Beliau juga sempat melaungkan "reformasi dan takbir" kepada penyokong. Apapun, keputusan rasmi ialah pada malam ini.
5.00 pm - Proses Proses pengundian bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tamat dan sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini
4.40 pm - Kelihatan ramai penyokong PKR yang berhimpun berhampiran Sek.Ren KJ (C) Khing Ming sebelum pengundian ditutup jam 5.00 petang. Anggota polis dilihat sedang berbincang sesuatu. Dipercayai mereka mahu kebenaran untuk melihat sama ada ada undi "hantu" di bawa masuk oleh pihak tertentu. Walau bagaimana pun pihak polis tidak membenarkan, ia menyebabkan timbul sedikit keekcohan. Kelihatan ramai anggota FRU sedang berkawal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
3.20 pm - Seramai 43,333 orang atau 67.18 peratus daripada 63,701 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sehingga pukul 3 petang ini.
2.30 pm - Berlaku pergaduhan di Pusat Pengundian Felda Sg.Buaya, dimana beberapa orang petugas BN telah menyerang penyokong PKR yang berada berhampiran pusat pengundian. Difahamkan kekecohan berlaku bila ada petugas BN yang turut menggunakan senjata tajam. Apapun pihak polis berjaya mengawal keadaan, biarpun ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.
1.30 pm - Sejumlah 36,650 orang atau 56.82 peratus daripada 63,701 pengundi biasa telah pun keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
2.00 pm - Kekecohan berlaku di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Kelihatan beberapa orang anggota polis FRU mengawal keadaan. Dipercayai penyokong BN sengaja melontarkan objek ke arah penyokong PKR. Kekecohan dikatakan berpunca dari sikap tidak puas hati puak-puak BN selepas bertegang leher selama beberapa minit selepas itu.
9.30 pm - Kami meninjau di lokasi pertama dekat Pekan Kuala Kubu, suasana hari pengundian kelihatan agak lengang dan kekecohan tidak jelas berlaku di sini, mungkin kerana ramai petugas yang keletihan akibat tidur lewat malam tadi. Sejumlah 48 pusat mengundi di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi dibuka untuk pengundian hari ini.
9.30 pm - Kami meninjau di lokasi pertama dekat Pusat Pengundian Sek.Ren JK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Bharu, suasana hari pengundian kelihatan agak lengang dan kekecohan tidak jelas berlaku di sini, mungkin kerana ramai petugas yang keletihan akibat tidur lewat malam tadi.
4.00 am - Beberapa orang ahli Angkatan Muda Keadilan (PKR) termasuk Samsul Iskandar (Ketua) dan Faris Musa (Timbalan) telah berjaya menangkap beberapa buah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu. Difahamkan, jumlah mereka mencecah 1,000 orang dan berpakaian baju 1Malaysia. Alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah kesemua mereka petugas BN yang baru tiba. Malah pihak polis telah menghalang tindakan mereka menahan bas-bas terbabit. Akhirnya pihak AMK terpaksa beralah kerana hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang berada di situ berbanding jumlah polis dan pengundi hantu yang agak ramai.












41 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
hahahha buat citer dah...semua citer pdo mmg betul...depa malaikat seluruh alam hahahah
wei....lambat bebenor laa korang buat liputan....
1.6bilion fulus di janjikan oleh BN di HS jika menang..PR akan pastikan duit bukan segala galanya..good luck
isk rupanya calon pkr org melayu tapi tak pandai ckp melayu... terbalik pula yg calon bn org india ckp melayu fasih bukan main... ni yg dikatakan 1 malaysia kot no...
bangsa cina lebih bijak membuat pilihan..melayu mudah goyah pabila di tabur duit..india? paham2 jela..
Berita x rasmi Malaysiakini, PKR kalah, betul ke..
ha ah kalah dgn duit..
Ai pencacai Umngok belum berbunyi lg nih..tak yakin lg ke Umco menang? atau tengah kira duit..maklumlah byk dapat duit
Ada berita terkini ke, tq.. (Anon 8:43)
BN menang besar di kwsn felda..sebab nya dah dapat diposit 1000,,kalau BN kalah tak dapat balance..sedih betul bangsa ku..mudah nya di beli..bulan depan kamal dah boleh tempah mercedes E class..dan lupa mcmana nak kayuh basikal
Dah sahih pkr tewas.kekalahan pertama PR di negeri yg mereka kuasai menjadikan kedudukan terkini PR 7 BN 3.
Kita semua tahu ketiga-tiga Dun dalam parlimen Hulu Selangor dimenangi BN dan PKR pun menang tipis dalam PRU 12 dengan majoriti 198 undi.
Menang tetap menang walaupun 1 undi.Analisa awal BN menang besar di kawasan majoriti melayu yang bonusnya dari kampung melayu kawasan FELDA.Sekitar 62% kalau mengikut sofi razak,ketua penerangan PAS Melaka.PKR dapat 38%melayu.
Undi kaum cina memihak PKR apabila 75% mengundi zaid dan 25% mengundi kamalanathan.
Lebih memeranjatkan kaum india beralih arah apabila 55% mengundi BN dan 45% mengundi PKR.
Untuk melegakan hati penyokong PKR,korang taklah kalah teruk sangat.1500 undi tu kalau tolak 767undi pos yang memilih BN bermakna BN menang tipis dengan majoriti 733undi.
Menurut analisa awal seorang penganalisis politik, faktor menyumbang kemenangan BN tak lain tak bukan wang besar atau gula-gula yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi melayu.
Kempen BN menyerang peribadi Zaid juga berjaya dan isu hudud,arak dan judi menyukarkannya mendapat undi orang Melayu.Lebih-lebih lagi Melayu UMNO.Di kawasan FELDA ada peneroka yang menyangka pemberian air percuma diberikan oleh kerajaan pusat BN dan bukannya kerajaan PR Selangor.
Sabotaj daripada pemimpin dan ahli PKR tempatan seperti dr Halili yang juga bekas bendahari UMNO dan antara pengasas PKR juga menyulitkan peluang PKR meraih undi Melayu.Trend melompat pemimpin PKR di negeri-negeri lain juga membantu BN membentuk persepsi pengundi melayu calon PKR tak boleh dipercayai dan jika mereka menang tak mustahil mereka akan lompat parti.
UMNO Shah Alam dan PJ Utara juga berjaya membantu kemenangan calon BN.AJK Pemuda UMNO Shah Alam adalah calon bebas yang kemudiannya menarik diri.Ketua biro politik UMNO Shah Alam menurut sumber memetik adalah mantan pemimpin muda AMK.kali ini Ezam pasti tersenyum kerana melihat rakan-rakannya di dalam PKR tersungkur dan dia juga turut menyumbang kalau tak banyak sedikit dalam kemenangan BN di Hulu Selangor.
Ketika kaum Cina masih setia dengan PR keadaan yang sebaliknya berlaku pada pengundi India.Ramai yang berpendapat kalau calon Melayu nescaya PKR yang menang dan kaum India mengundi atas dasar calonnya sebangsa dengan mereka.
Biarpun 75% undi kaum Cina kepada PKR tetapi belum mencukupi kerana pengundi Cina sekitar 26% sedangkan pengundi Melayu 52%.
Ada lagi,korporat juga turut membantu UMNO dan BN memenangi PRK Hulu Selangor.Tokoh tak asing,Tan Sri Rozali Ismail bos SYABAS yang juga anak peneroka FELDA GEDANGSA.
Tak heranlah dana umno menghadapi PRK Hulu Selangor meningkat.Ada seorang rakan memberitahu dia juga bendahari UMNO Selangor.Patutlah mat rempit yang terdiri daripada budak sekolah memakai baju yang mempunyai nama SYABAS di depannya,tambah rakan tok lagi.budak-budak sekolah inilah yang menganggu kelancaran ceramah PR dengan membuat bising ketika berkonvoi melalui premis ceramah PR dan mereka melakukannya berulang kali.Eloklah SPR menyiasat penglibatan budak sekolah membantu BN dalam pilihanraya yang telah dilakukan dalam siri-siri PRK yang lepas.Apakah mereka ini diupah atau ditaja pihak tertentu?SPR perlu telus dan adil dan jika tidak rakyat akan melihat SPR memihak BN.
Fakta yang perlu diambilkira ialah pengundi di empat gugusan FELDA sekitar 6900 orang.FELDA juga talian hayat terakhir UMNO.54 kerusi parlimen adalah di kawasan FELDA dan pada PRU12 UMNO hanya menang 78 kerusi parlimen.
ANAK kena mainkan peranan lebih membantu PR menarik sokongan generasi kedua FELDA.
TAHNIAH BN,... APA YG DIA ORG KATA MENANG TETAP MENANG... SO TERIMA AJE KENYATAAN... TAK SELAMANYA KO ORG DOK ATAS SELALU...MANA ORG NO 1 PKR WAKTU DIUMUMKAN...ADA KE?????? DIA TAK PI REPOT KAT ORG AUSTRALIA OR YAHUDI ISRAEL KE KATA KALAH
Kini kerajaan PR Selangor dah ada musuh ketatnya.UMNO Shah Alam dan PJ Utara dan juga Tan Sri Rozali Ismail bos SYABAS.Benarkah SYABAS membayarnya gaji 425 ribu sebulan.
Kalau benar setahun dah dapat RM5 juta lebih.
SYABAS juga menyaman kerajaan PR Selangor kerana enggan menaikkan harga air.Apa kata rakyat selangor kelak.Patutlah gaji bos SYABAS mahal pasal airnya mahal.itulah persepsi rakyat selangor nanti.sekurang-kurangnya selangor beri air percuma kepada rakyatnya BN yang memerintah negara beri air percuma kepada rakyat singapura dengan kadar 3 sen seribu gelen.
Kini Hulu Selangor telah dicemari dengan nila berwarna biru kata seorang teman.Kerajaan PR Selangor perlu sentiasa bersiap siaga agar setitik nila ini tak menjadi gelombang biru.Itulah harapan seorang teman dan penyokong PR yang lain.
Fakta yang perlu diberikan perhatian parlimen hulu selangor mempunyai 3 dun.dun batang kali yang dulunya mat taib mantan mb selangor jadi ybnya.Melayu di sini majoriti lebih 60%.Dun Hulu Bernam Melayunya majoriti melebihi 70% dan DUN Kuala Kubu Bharu penduduknya adalah majoriti kaum cina dengan 60%.
senang citer melayu hulu selangor melayu umno.hari tu mereka undi arwah MP kerana ketokohannya sebagai mantan timbalan MB Selangor dan protes terhadap Palanivel.
Ye ye BN menang, ye ye dapat duit, wang besar wang besar.. Kepada peneroka FELDA Hulu Selangor yang mengundi BN, memang anda semua layak jadi peneroka sampai mampus sebab anda semua adalah spesis lembu dan kambing, kalau manusia dah tentu anda semua ada akal dan tak boleh dibeli dengan wang ringgit, tahniah sekali lagi buat lembu dan kambing FELDA..
Duk memperalatkan duit dan media karat untuk untuk menang.. lansung tak gentleman!!!..PRU13 nanti jika di takdir kan PR menang setiap kali ade PRK calon umno akan di beri ruang dlm Tv..gasak lah ko nak bedebat nak bukak kilang fitnah ke(pinjam ayat mat sembab hehehe)..insyallah politik baru hanya di PR..teruskan usaha!!!
Setiap pertempuran ada kalah menangnya.apa yang penting memenangi peperangan dan medan sebenar PRU 13 kelak.Itu sekadar simbolik kerana ketika itulah rakyat akan memangkah calon mereka untuk mewakili mereka di parlimen dan juga kayu pengukur pemerintah negara.
ralat dr halili bekas bendahari pkr
Allhamdulillah, syukur kepada Allah, Barisan Nasional menang,,,semuga Allah terus memelihara Malaysia dan terus memberi BN memerintah Negara tercinta ini,,,
keputusan dah memihak kpd BN tahniah tetapi BN banyak habis duit guna segala kuasa hinggakan SPR jadi boneka BN . org cina pandai memilih tapi org FELDA terus budak suruhan..berhinggus
Malaysia diperintah BN bukan secara kebetulan tetapi atas takdir dan kehendak Allah,,,kerana Allah yang mengatur alam ini,,,, syukur kepada Allah,,,
Semuga Allah terus memakmurkan negara Malaysia di bawah pemerintahan BN,,ya Allah jauhkan segala fitnah dari penyebar fitnah,,,,,,kudrat dan iradat Allah mengatur setiap sesuatu,,,,
syukur kepada Allah BN menang,,semuga Allah terus memberi kemenangkan kepad BN untuk memajukan negara tercinta,,,,aminn
Kehendak Allah memberi kemenangan kepada BN, syukur Allhamdulillah,,,,,,,
Allah ya Azim,,,syukur BN menang,,,,syukur
org cina bukan pilih pkr. org cina sebenarnya pilih DAP. Kepada pencacai PR, jgn kau kutuk tindakan melyu felta. Cuba korang post mortem balik, sebab apa undi melayu dan india sokong BN. Ini semua salah korang. Dulu takde kuasa, bila dapat kuasa dah jadi kaduk naik junjung. aku ingat kalau lagi lama korang memerintah, negeri melayu dah jadi negara cina. fikir lah sendiri, sebab tu cina undi DAP. Dalam pkr, DAP lebih dominan berbanding PKR dan PAS. Penykong mca pun sokong DAP la ngok, bukan sebeb mereka pandai, sebab mereka memang nak dap memerintah, Akai takde ka?
Apa apa pun bersyukur kepada Allah kerana BN menang,,,ya Allah ya Rahman,,,syukur kerana BN menang,,,,muga2 selangor kembali kepada BN dengan izin Allah,,,
Ya Allah lindunngi lah umno dari fitnah PKR,,,,,
Ya Allah ya Razak yang maha memberi,,,kau jadikan lah semuga PDO ini juga menjadi milik UMNO,,,,
Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi pendapat, maaf saya pinta jika ada tersalah bicara kerana yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Pertama yang saya ingin tanya, apa makna syukur? Boleh ke kita bersyukur dan merasakan kemenangan yang di perolehi dengan pertolongan Allah S.W.T sedangkan dalam masa yang sama kita menolak hukum Allah, hukum yang jelas lagi nyata dalam Al-Quran. Yang kedua, jika dilihat kepada perayu- perayu undi dari kalangan puteri UMNO majoritinya tidak memakai tudung dan mewarnakan rambut, yang saya ingin tanya mazhab mana yang benarkan perempuan tidak menutup kepala dan mewarnakan rambut, tolong beritahu jika ada . Yang ketiga, layak ke kita bersyukur dengan menolak pemimpin islam dan angkat pemimpin kafir? Kepada ustaz UMNO saya pohon jawapan anda, terima kasih..
Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi pendapat, maaf saya pinta jika ada tersalah bicara kerana yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Pertama yang saya ingin tanya, apa makna syukur? Boleh ke kita bersyukur dan merasakan kemenangan yang di perolehi dengan pertolongan Allah S.W.T sedangkan dalam masa yang sama kita menolak hukum Allah, hukum yang jelas lagi nyata dalam Al-Quran. Yang kedua, jika dilihat kepada perayu- perayu undi dari kalangan puteri UMNO majoritinya tidak memakai tudung dan mewarnakan rambut, yang saya ingin tanya mazhab mana yang benarkan perempuan tidak menutup kepala dan mewarnakan rambut, tolong beritahu jika ada . Yang ketiga, layak ke kita bersyukur dengan menolak pemimpin islam dan angkat pemimpin kafir? Kepada ustaz UMNO saya pohon jawapan anda, terima kasih..
BN hanya boleh menang di kawasan-kawasan kampung dan hulu, yang mana majoriti rakyatnya masih lagi mundur dan hanya bergantung kepada TV dan Surat Khabar sebagai media. Tetapi jangan harap BN nak menang di tempat-tempat yang maju seperti Shah Alam.
PAS adalah parti yg berteras pada Islam.tp perjuangan mereka utk lakukan hudud ditentang oleh sesetengah pihak.nak tahu sape?salah sorangnya adalah Datuk Zaid.dialah yg memastikan PAS tak dpt laksana undang2 Islam melalui perintah mahkamah.jd sekarang kenapa PAS nk sokong DZ?DAP mmg terang2 menentang perlaksanaan Hukum Hudud.kenapa PAS nk kerjasama dgn DAP???
nak tegakkan Islam tp duk bersekongkol dgn yg menentang bukan Islam??kenapaaa???
sbb politik.mahu kuasai dewan rakyat.tolak tepi semua perjuangan asal.ape yg penting kuasa.jgn suka tuduh UMNO parti yg tolak hukum Islam kalo diri sendiri tak mampu tegakkan undang2 Islam.
dahulunya aku sokong PAS,tp skrang sama saja PAS dgn UMNO.PAS ckp UMNO tolak hukum Allah, tp PAS sendiri skarang duk berpeluk dgn DAP yg terang2 anti Islam dan anti raja2 kita.jd skrang lebih baik UMNO yg perjuangkn org2 Melayu.bukankah org Melayu juga org Islam?
Kemenangan BN dengan cara RASUAH, UGUTAN hanya SAH di Malaysia dan Zimbabwe sahaja. Kalau di THAILAND dan lain lain negara yang ada sedikit maruah dan mengamalkan KEDAULATAN UNDANG UNDANG, kemenangan APNO dah lama TERBATAL.
KEMENANGAN BN ADALAH LAMBANG KEMEGAHAN SISTEM KORUP NEGARA
faktor kemenangan BN:
1..org felda mmg setia mengundi BN bila dh kelabu mata dgn janji duit dari bn
2..bn menang majoriti dari saluran 1 dan sikit sikit saluran 2...orang dah tua tua
betul betul betul!!
Untunglah UMNO dah menang. Pastikan korang dapat duit yang dijanjikan dalam masa terdekat nie. Kalau tak padan muka korang yang tak ada otak nak menilai 2. Cuba fikirkan dari mana nk dapat duit sebanyak 2, sedangkan umum tahu ekonomi Malaysia Tercinta nie dah nak masuk tahap Bangkrup dah. Sekejap dengar 1 juta untuk ini, sekejap 2 juta untuk itu, kalau undi UNMO. Bangak betollah. Semua projek dah dibekukan, payment kerajaan pun haram tak dapat. Nie gara2 nak pancing undi kat HS lah nie. Buat janji kat sana, yang lain pun bayar cukai. Apa hal yang lain ? Dah bangkrap negara dibuatnya.
Sejarah telah membuktikan bahawa melayu memang mudah untuk memberi rasuah dan menerima rasuah. Sebab2 tulah kalau nak tawan malaysia mudah je. Ingat gua 1 hari 1 malam dah leh jatuh kat tangan musuh. Puncanya ? WANG, WANG, WANG, PANGKAT + KUASA. Jahanam MALAYSIA. Terutama puak UMNO. kalau macam nielah gayanya orang Melayu Malaysia, tahun 2010 Malaysia dah kena jajah semula. Penjajahan bentuk baru, mcam Yahudi buat2. Tambah lagi sekarang, dah bergeng dengan yahudi laknat 2. Fuhh...Apa nak jadi........
Sejarah telah membuktikan bahawa melayu memang mudah untuk memberi rasuah dan menerima rasuah. Sebab2 tulah kalau nak tawan malaysia mudah je. Ingat gua 1 hari 1 malam dah leh jatuh kat tangan musuh. Puncanya ? WANG, WANG, WANG, PANGKAT + KUASA. Jahanam MALAYSIA. Terutama puak UMNO. kalau macam nielah gayanya orang Melayu Malaysia, tahun 2010 Malaysia dah kena jajah semula. Penjajahan bentuk baru, mcam Yahudi buat2. Tambah lagi sekarang, dah bergeng dengan yahudi laknat 2. Fuhh...Apa nak jadi........
jadi mcm aku.. aku sokong pas ngan umno.. lantakla org nak kte aku rasis ke... yg pntg ada ke org cina fikir pasal bangsa aku.. pkr? huh.. jauh panggang dri api...
Post a Comment