PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, April 23, 2010

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Failkan Saman Terhadap MB Khalid Ibrahim Serta Exco Yaakob Sapari Atas Tuduhan Kononnya Cuba Menfitnah

SHAH ALAM 23 April [11.58 am] - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim dan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut sejumlah gantirugi kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu. YBK yang bertindak sebagai plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn. Bhd dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom (foto) sebagai plaintif kedua dan ketiga memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10 pagi. Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Abd. Khalid dan Yaakob Sapari membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi. Saman ini merupakan tindakan mahkamah yang ketiga dilakukan oleh pihak YBK.

[Isu YBK di Selangor nampaknya begitu hangat hingga ada tindakan saman menyaman. Namun rakyat sebenarnya lebih sedar yang mana intan yang mana kaca. Amatlah tidak logik YBK menubuhkan sebuah syarikat atas namanya sendiri, bukankan mereka bercadang untuk membuat sesuatu projek dalam bentuk komersial sedangkan kewujudan YBK itu sendiri adalah lain dari matlamatnya. YBK Selangor dipercayai telah disalah gunakan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO yang gila kuasa dan tamakkan harta. Di Pahang pun begitu, YBK langsung telah dibubarkan beberapa tahun yang lalu. Soalnya, mana perginya jutaan duit yang ada dalam kantung YBK Pahang itu agaknya. Tunggu pendedahannya].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ya Allah syukur kepada mu yang telah memberi kemenangan kepada BN,,semuga ya Allah kau kembalikan negeri Selangor kepada Umno semula nanti,,hanya kepada Allah kami memohon,,,,

Anonymous said...

Allah Maha Besar,,Allah ya Malik,,,syukur kepada mu ya Allah BN menang,,,semuga BN terus memerintah Malaysia dengan izin mu ya Jalil, ya Latif,,,,

Anonymous said...

Allah Hu Akhbar,,,BN menang syukur,,ya Allah kembalikan lah selangor kepangkuan umno,,,amin,,,