KUANTAN, 22 Mei [10.32 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto), dilaporkan kini kembali berada dalam keadaan kritikal. Beliau kini difahamkan tidak sedar dan berada dalam keadaan koma. Malah, jantung dan paru-paru beliau juga dikatakan berada dalam keadaan lemah dan perlu menerima rawatan rapi sekarang. Beliau sebelum ini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob sebelum ini melaporkan bahawa ADUN terbabit kian pulih. Malah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Aziz Mohd Yusof pada hari yang sama menolak spekulasi mengenai keadaan beliau yang sedang dirawat selepas menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010. Rakyat diseluruh negara kini tertumpu ke kawasan terbabit, kerana jika kesihatan dan sesuatu yang diluar jangkaan berlaku maka kemungkinan besar satu lagi pilihanraya kecil akan dapat disaksikan dalam masa terdekat ini. Apapun, kita berharap agar beliau akan kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.[Jika pilihanraya kecil ditakdirkan berlaku di kawasan terbabit, sudah pasti ianya agak mencabar dan mendebarkan. Tambahan pula BN kini kurang selesa dengan pilihanraya kecil selepas mereka tewas di Parlimen Sibu baru-baru ini. Zaharudin, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini tentang perkara ini dari masa ke semasa].












13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
majoriti melayu ni susah le sikit...jadi yg terbaik ialah kurangkan majoriti dibawah seribu!
Tapi harap PAS ble ikut jejak langkah DAP di SIBU..memang majoriti 100 lebih pun dah bagus sgt tu!!
doakan org sakit lebih afdal.ni mcm kite mendoakan supaya sakit dia bertambah tenat..walaupun kite di pihak berlainan, tapi jgn mendoakan org yang tgh sakit supaya lebih tenat...
Setuju dgn. Anonymouse ke-2. Walaupun kita tidak bersetuju dgn. cara pentadbiran kerajaan semasa, tetapi kita tidak patut mengharapkan org. lain mengalami kecederaan/ditimpa kemalangan. Segala-gala yg. kita tidak bersetuju, mestilah disuarakan melalui cara yg. betul dan melalui saluran yg. sesuai.
Insya Allah, Kita harap YB akan pulih dan kita boleh terus bahas/tentang usulan beliau di Dewan Undangan Negeri.
Pemimpin yg engkar hukum tuhan...kalau doa x baik pada dia, boleh kot... camner Mufti2 seluruh Malaysia... bagi fatwa sket, leh tak????..
si anon 9.39 ni banggang ke apa erk.. diri sendiri tu ok ke? tak kirala sapa org tu kita kena doakan yg baik2... Allah tak suruh kita mendoakan yg buruk2 utk org walaupun dia tu tak baik ke apa ke... fikirla guna otak jgn asyik dok guna nafsu gila tu
orang sakit doalah benda baik..
jauhkan spekulasi PRK.. hormat orang sakit..
kalau berlaku juga itu sudah ditakdirkan..
pola PRK sangat ketara penggal ni..
kita doakan yb panjang umur dan murah rezeki.
cuma sebagai rakyat kami berharap keluarga yb sendiri dapat menjelaskan perkembangan kesihatan yb zaharudin..bukannya ismail said..mp kuala krau atau mb pahang
rakyat akan keliru...
yea yea dpt projek pembangunan kat kerdau....
salam to all...
kalo kes macam ni.pegundi terbayang duit masyuk.cth macam kat hulu selangor n sibu.macam2 dapat.
Doa kan org yg sakit tu lg baik, biar cpt sembuh..mintak2 la jgn ada PRK lg, bt habiskan duit rakyat je..
org2 UMNO mesti dh bt kira2 dh skrg nie..kalo ada PRK, fulus mashuk la..
idris:- buat apa nak doa kan geng2 yg menyokong judi,arak,zina,tolak hukum ALLAH dan mcm2 lg?????
MOGA2 CEPATLAH 'GO' YB KERDAU NI, AMIN..
Post a Comment