Hebat benar Presiden MIC, Si Samy Vellu (foto). Masyarakat kaum India sebenarnya sudah tidak boleh percaya kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tersebut bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu sebelum tamat penggal memegang jawatan pada 2012. Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun, mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 'lapan atau sembilan' bulan sebelum penggalnya sekarang tamat (Mei 2012). Ramai yang tidak percaya dengan kenyataan Samy ini. Malah, tindakan beliau yang tidak mahu berundur selepas dirinya sendiri kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu amat mengejutkan. Tambahan pula, ramai pemimpin yang seangkatan dengannya seperti Lim Liong Sik (MCA), Lim Kheng Yeik (Gerakan) dan termasuk juga Mahathir Mohamad (UMNO) sendiri. Maknanya, semua pemimpin utama parti terbesar BN itu sudah pun memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui parti masing-masing. Anehnya, kenapa Samy Vellu enggan berbuat demikian?. Malah beliau masih ingin terus berkuasa sehingga 2012, maknanya beliau mungkin mahu menjadi calon BN lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 andai ia berlaku dalam tahun tersebut. Bayangkan jika beliau menang?, Apakah Samy Tol ini akan meletakkan jawatan?. Maknanya beliau pasti akan mengatakan bahawa khidmatnya masih diperlukan oleh parti. Akhirnya Samy akan menjadi Presiden MIC seumur hidup. Maka, kempunanlah pemimpin kanan parti itu yang sudah lama bersedia untuk mengambil alih kepimpinan MIC. Samy juga seperti biasa tidak suka ada orang mahu berlawan dengannya. Sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan beliau pasti akan dipancungnya. Malah ramai pemimpin popular MIC yang terus terkorban akibat cuba menentang beliau suatu ketika dulu. Soalnya sekarang, apakah masyarakat kaum India masih memerlukan khdimat Samy Vellu mewakili mereka lagi agaknya?.Samy Gagal Perjuang Nasib Masyarakat India
Tinjauan kami mendapat, majoriti kaum India tidak mahu lagi kelibat Samy Vellu memimpin parti itu. Ramai yang menganggap Samy "tidak sedar diri" dan "masih anggap dirinya popular" sedangkan kaum India kini sudah menolak MIC dan mula menyokong parti alternatif seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memperjuangkan nasib mereka. Masing-masing bosan dengan Samy Vellu, namun beliau masih mahu terus berkuasa sedangkan dirinya sudah tidak bernilai lagi di sisi masyarakat kaum India. Samy banyak memperkayakan diri dan kroni-kroninya sedangkan dalam masa yang sama gagal membangunkan tahap kehidupan kaum India di negara ini sejak sekian lama. Malah beliau kini bukan lagi Ahli Parlimen (wakil rakyat) atau pun Menteri Kabinet dalam kerajaan BN seperti dulu. Maknanya, Samy perlu melepaskan jawatannya sekarang dan tidak perlu menunggu hingga tahun 2012 sebenarnya. Kaum India seluruh negara ramai yang menolak BN dalam pilihanraya umum lalu majoritinya mengatakan mereka benci dengan Samy Vellu dan mahu membuat protes terhadap pemimpin itu. Lantaran itulah Samy kecundang di kerusi parlimen tradisinya iaitu Sungai Siput. Jangkaan kita, selepas dimalukan Samy akan mengundur diri. Rupanya beliau masih mahu menerajui MIC sejak dulu kini dan mungkin untuk selama-lamanya. Justeru itulah sesiapa sahaja yang cuba menghalang atau mengecam beliau pasti akan dijadikan mangsanya.Kerana Dendam, Samy Akhirnya Pecat Mugilan
Terbaru Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan (foto) dipecat daripada parti itu. Semuanya kerana tindakan Mugilan mendesak Samy meletakkan jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun ini kerana kepimpinan beliau sudah tidak diperlukan oleh kebanyakan masyarakat India. Mugilan yang pernah diwar-warkan bakal calon BN di Hulu Selangor itu dikatakan telah mencabar Samy untuk berdebat secara terbuka dengannya pada Ahad ini bagi membuktikan sepanjang 11 penggal menerajui parti, Samy gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India. Akibat dendam dan terkejut dengan cabaran Mugilan itu, akhirnya beliau dikenakan tindakan. Soalnya sekarang apakah pimpinan BN akan berdiam diri dengan tindakan tersebut. Malahan, Mugilan adalah harapan UMNO buat kaum India sebenarnya. Pemecatan Mugilan bakal menimbulkan kemarahan pemimpin UMNO juga. Maka, sudah pasti mereka akan mencari jalan untuk menjatuhkan Samy Vellu selepas ini. Tambahan pula, dalam pemilihan agung parti itu sebelum ini, Mantan PM Mahathir juga ada mengeluarkan kenyataan supaya Samy berundur dan memberi peluang kepada muka baru memimpin parti itu. Namun, Samy tetap memekakkan telinganya. Apakah dengan tindakan beliau memecat Mugilan itu, riwayat politik Samy akan dikuburkan dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan adengan seterusnya politik bekas Menteri Kerja Raya ini.[Kasihan benar melihat nasib Timbalan Ketua Pemuda MIC Si V.Mugilan ini,sudahlah namanya ditolak sebagai calon BN di Hulu Selangor oleh Presiden MIC itu. Kini dia pula dipecat terus dari parti gara-gara cuba menunjukkan cara berpolitik sebenar kepada Si Samy. Soalnya sekarang, apakah tindakan Samy ini mendapat restu seluruh kepimpinan parti?. Inilah yang menghairankan kita sebenarnya. Samy seolah-olah begitu berkuasa untuk memecat sesiapa sahaja yang cuba menentang atau ingin memperbetulkan perjalan parti terbesar kaum India itu. Pemecatan Mugilan ini mengingatkan kembali kepada kita ketika Mahathir memecat Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 dulu. Gara-gara Anwar ingin memperbetulkan perjalanan parti dan cuba membuar perubahan dari dalam menyebabkan dia terpelanting keluar. Namun, nasib Mugilan tidak sehebat Anwar yang ditelanjangkan bulat-bulat oleh Mahathir selepas dipecat. Apapun, begitulah nasib mereka yang cuba membawa perubahan dan mempertikaikan orang yang memegang kuasa. Semoga pergolakan yang berlaku dalam MIC ini akan berlarutan hingga pilihanraya umum akan datang. Jika ia makin serius maka lengkaplah pergolakan MCA, PPP dan MIC dalam BN itu nanti. Ia secara tidak langsung akan menghilangkan sokongan rakyat terhadap pakatan karat itu nanti].












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment