PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Monday, May 17, 2010

Satu Analisis: Kemenangan DAP Di Parlimen Sibu, Petanda Awal Penolakan Rakyat Terhadap UMNO BN Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Akan Datang !



Rakyat Malaysia seluruh negara berasa amat berpuas hati dan gembira apabila melihat Barisan Nasional (SUPP) tumbang di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu semalam. Satu keputusan "up-set" yang dianggap memberi petanda awal zaman kejatuhan BN di Sarawak sudah mula muncul. Harus diingat Sarawak dan Sabah adalah "talian hayat BN" dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Jika mereka tewas majoriti kerusi parlimen di sana maka lembaran baru politik negara sudah bermula selepas 8 Mac 2008 lalu. Namun, segala perancangan untuk memastikan kemenangan BN sudah diatur sejak awal-awal lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka menambah begitu banyak kerusi parlimen di kedua-dua negeri itu, sebagai persediaan untuk memastikan BN terus berkuasa biarpun sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Bagai sudah dijanjikan, keegoaan dan kesombongan pemimpin UMNO BN mendabik dada kononnya mereka adalah "juara rakyat" kini "memakan diri sendiri". Laungan keramat, "rakyat didahulukan" langsung tidak terkesan dihati pengundi Sibu. Malah, mereka cukup benci dan meluat dengan "ugutan kerajaan BN" supaya mengundi calon BN jika mahu segala projek dan wang yang dijanjikan "turun kepada rakyat". Malah, berbagai projek "mee segera" yang senantiasa dicanang-canangkan oleh mereka akhirnya menjadi "bukti" betapa rakyat sudah tidak rela diperbodohkan oleh pemimpin UMNO BN yang sememangnya sudah "tidak keruan" itu. Berbilion projek pembangunan dijanjikan jika BN menang, malah media arus perdana juga begitu bangga memaparkan wajah-wajah pemimpin UMNO BN melawat ke penempatan rakyat yang begitu daif dan memilukan hati kita, walhal mereka tidak terfikir bahawa paparan itu menyebabkan majoriti rakyat di Sibu melihat itulah "kegagalan BN" sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka hanya dilayan dan "ditatang bagai minyak yang penuh" tatkala ada pilihanraya kecil sahaja. Sebaliknya, mereka akan dipinggirkan selepas semua itu berakhir. Malah, di Sarawak banyak lagi kawasan parlimen yang masih mundur dan perlukan pembelaan. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya kerajaan BN pusat gagal membawa pembangunan kepada rakyat Sarawak Bumi Kenyalang sebenarnya. Maka itulah mereka akhirnya ditolak di parlimen Sibu.

Strategi SPR Tidak Menjadi Buatkan BN Tewas


Pemimpin dan penyokong UMNO BN perlu menyalahkan diri mereka sendiri kali ini. Janji-janji manis dan ugutan pembangunan sudah tidak relevan lagi untuk politik alaf baru. Rakyat didahulukan, tetapi dengan bersyarat "undi BN baru rakyat didahulukan" jelas sekali menyebabkan pengundi Sibu memberontak. Malah, ramai diantara mereka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu keluar mengundi. Lantaran itulah sasaran SPR untuk melihat 80% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka akhirnya tidak terlaksana. Inilah yang membingungkan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yussof (foto) semalam. Beliau amat kecewa dengan senario itu, dan beliau juga gusar akan dimarahi oleh Perdana Menteri, Najib Razak atas kekalahan yang memalukan ini. Biarpun SPR sudah bersedia dengan "undi pos" dan BN berjaya memperolehi majoritinya, namun takdir menentukan segalanya. BN akhirnya ditewaskan dengan majoriti tipis 398 undi sahaja. Inilah yang menyebabka puak-puak BN tidak dapat tidur lena. Mimpi ngeri menghantui mereka kini. Inilah balasan akibat sikap "tidak cakna rakyat" yang ditunjukkan oleh kerajaan BN selama ini. Jika dulu (PRU-12) calon BN Robert Lau Hoi Cew berjaya menang di kerusi parlimen itu dengan majoriti 3,235 undi iaitu satu jumlah yang sukar untuk digugat sebenarnya jika dicongak dengan mata kasar. Namun, akhirnya semua undi itu hilang apabila ramai penyokong BN tidak keluar mengundi dan ini memberi kemenangan buat DAP menerusi calon mereka yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam parlimen itu sendiri iaitu, YB Wong Ho Leng. Inilah keajaiban dan kehebatan "suara rakyat" sebenarnya. SPR sebagai komponen BN boleh lakukan apa sahaja untuk pastikan BN menang, namun jika suara rakyat itu mengatasi segalanya maka mereka akan tetap kecundang. Buktinya, bila majoriti DAP melebihi angka undi pos yang telah tersedia untuk dicampurkan dengan undi biasa, maka pihak SPR sudah gelabah kerana sudah nampak tanda awal Pakatan Rakyat akan merampas parlimen Sibu. Itulah yang berlaku, biarpun DAP hanya berjaya mendapat 70 undi sahaja dari keseluruhan undi pos yang dibuka. Malah, jika 100% undi pos berpihak kepada BN pun mereka masih kalah sebenarnya. Inilah hakikat dan takdir yang berlaku di pilihanraya kecil Sibu. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapakan kepada semua pengundi yang telah bertindak bijak untuk mencaturkan perubahan baru dalam iklim politik di negeri Sarawak.

Rakyat Benci Sikap Taib Mahmud "Uban Putih"


Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud (foto), selain tidak mahu berundur dan ingin terus menongkat langit memerintah Sarawak sehingga kiamat. Perangai Taib Mahmud ini samalah dengan perangai Samy Vellu terajui MIC sampai mati. Lantaran itu rakyat melihat semakin hari semakin banyak kelemahan dan kecurangan yang berlaku. Malah, keluarga Taib Mahmud dilihat semakin kaya-raya bila mereka mengaut segala kekayaan dan khazanah negeri untuk "tembolok mereka". Rakyat dipedalaman dipinggirkan dan dijadikan alat untuk memastikan beliau terus menang dalam setiap kali pilihanraya berlaku. Taib Mahmud, banyak menyeleweng dan merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan juga kroni beliau sendiri. Rakyat sebenarnya sudah lama muak melihat kerenah dan gelagat Ketua Menteri "uban putih" mereka itu. Tidak ada cara lain untuk menolak kepimpinan Taib Mahmud, melainkan dengan memastikan BN tumbang di Bumi Kenyalang itu. Maka itulah, pengundi Parlimen Sibu menatijahkan kebencian mereka dengan menolak calon BN yang akan bersekongkol dengan pentadbiran Kerajaan UMNO BN peringkat pusat dan negeri. Penolakan secara total dijangka berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan di Sibu hanyalah satu amaran keras buat Taib Mahmud supaya melihat dan kembali kepada rakyat. Mujurlah ada pilihanraya kecil Sibu, sekurang-kurangnya seluruh rakyat Sarawak seenatero dunia dapat tahu kebobrokan dan pengabaian yang dilakukan oleh Taib Mahmud terhadap rakyat di kawasan itu. Kita ucapkan terima kasih kepada media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 yang memaparkan kepincangan yang berlaku. Semoga semua ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat untuk terus menolak BN itu.

Isu Lompat Parti Buatkan Rakyat Menolak BN


Ramai yang tercari-cari kenapakah BN ditolak rakyat di Sibu ini?. Namun, sedarkah kita bahawa rakyat sebenarnya benci dan meluat dengan kerenah media arus perdana yang sering memaparkan isu lompat parti terutamanya menjelang hari pengundian dalam satu-satu pilihanraya. Malah, dua hari sebelum hari pengundi pilihanraya kecil Sibu, tiba-tiba Ahli Parlimen Wangsa Maju dari Parti keadilan Rakyat, Wee Cho Keong (foto) keluar parti dan bertindak menjadi wakil rakyat bebas. Malah, puak-puak UMNO BN terutamanya TPM Muhyiddin Yassin begitu lantang dan sombong menghina PKR dengan mengatakan parti itu "Parti Kian Runtuh" susulan isu lompat parti mutakhir ini. Akhirnya, lompat parti "makan tuan", mereka pula yang menerima tamparan hebat apabila kerusi parlimen Sibu dirampas oleh Pakatan Rakyat. Justeru itu, ini membuktikan kepada kita bahawa rakyat sedikit pun tidak terkesan dengan beberapa orang "pengkianat lompat parti" yang digembar-gemburkan selama ini. Malah, mereka mendabik dada kononnya Parti Keadilan Rakyat akan berkubur selepas 10 orang wakil rakyatnya lompat parti. Kini semuanya sudah terbukti, bahawa 10 lompat parti di Semenanjung Malaysia masih tidak sama nilainya dengan satu parlimen "talian hayat BN" di Sarawak yang dirampas oleh Pakatan Rakyat. Malah sebelum ini, satu parti popular di sana iaitu Sarawak National Party (SNAP) telah bertindak menyertai pakatan itu. Rakyat juga melihat, semua Ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti itu sebenarnya "telah dibeli" dan mendapat habuan lumayan daripada kerajaan UMNO BN sendiri. Biarpun ia dinafikan oleh pemimpin terbabit, namun rakyat lebih mengetahui dan menilai apa yang berlaku. Lantaran itulah mereka tidak mengikut jejak "pengkianat rakyat" terbabit. Maka itu juga kita tidak hairan, setiap kali isu lompat parti diwar-warkan hanya kelihatan pengkianat terbabit sahaja dan bukannya ribuan rakyat yang mengundi mereka. Inilah bukti jelas bahawa rakyat benci dengan isu lompat parti sebenarnya dan pengundi di Sibu merealisasikan kebencian tersebut semalam. Inilah padahnya dan hikmah disebalik "isu lompat parti" yang sering dicanangkan oleh mereka itu.

Jika PKR Parti Kian Runtuh, BN Barisan Nazak


Ketika ditemubual selepas melancarkan Festival Hari Guru Kebangsaan di Kuantan semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (foto) dengan bangganya memperli dan menghina Parti Keadilan Rakyat. Kononnya, parti itu kini dikenali sebagai "Parti Kian Runtuh" susulan semakin ramai wakil rakyatnya yang "lompat parti". Kenyataan itu dibuat ketika rakyat dan pengundi sedang menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di Parlimen Sibu. Kata-kata menghina Munyiddin itu telah membuatkan pengundi bersimpati kepada PKR dan akhirnya mereka memilih DAP iaitu satu gabungan utuh dalam Pakatan Rakyat. Maknya, kehinaan di balasa dengan kehinaan juga. Inilah padahnya bila bercakap sombong dan bongkak, seolah-olah mereka terlalu kuat untuk dikalahkan. Maka itu, jika Muhyiddin menggelar PKR "Parti Kian Runtuh" maka BN pula kini layak digelar "Barisan Nazak". Maknanya, BN itu sudah menghampiri ke penghujung hayatnya dan akan berkubur bila-bila masa dari sekarang. Buktinya, talian hayat parlimen BN di Sarawak kini berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat. BN tidak boleh bergantung lagi kepada kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, gara-gara pilihanraya kecil di Sibu mereka mendedahkan segala kelemahan pentadbiran BN di negeri itu. Terbukti rakyat di situ terpinggir dari arus pembangunan. Sedangkan umum mengetahui Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud kaya raya dan merompak khazanah rakyat sesuka hati. Inilah hakikatnya yang perlu ditelan, jika dia dibairkan terus berkuasa maka sudah pasti Sarawak juga berkemungkinan besar akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Tumbangnya Sarawak bermakna akan tumbanglah kerajaan UMNO BN diperingkat pusat. Jika ini berlaku, maka kuasa akan kembali kepada rakyat. Oleh itu, marilah kita terus lakukan perubahan mulai sekarang !!

[Kenyataan yang harus ditelan sekarang ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap profesional dan tidak bersikap "double standard" dalam melaksanakan amanah rakyat. Pilihanraya perlu dilakukan secara adil dan saksama. Politik wang dan rasuah projek "mee segera" perlu diharamkan dalam setiap kali pilihanraya. Jika amalan ini diteruskan oleh puak-puak UMNO BN, maka harapan besar untuk kita melihat pakatan "BN @ Barisan Nazak" kian lumpuh pasti menjadi kenyataan dalam pilihanraya umum akan datang. Ketika itu, apa yang mahu dilakukan oleh SPR agaknya. Bila tanggungjawab melaksanakan pilihanraya yang adil disalah gunakan, maka inilah jadinya. Mahu membuat pengumuman dan diwawancara oleh media pun kita sudah dapat melihat dengan jelas wajah "pucat dan gelabah" Aziz Yusoff. Kenapa ini berlaku agaknya?. Kerana beliau diamanahkan memastikan BN menang di Sibu, tetapi beliau hahal dan menanti saatnya untuk dihembur oleh Perdana Menteri Najib Razak. BN perlu berubah jika mahu terus diterima oleh majoriti rakyat].

23 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

zakwan said...

If Najib is smart, he'll be demanding Taib's resignation to win back the hearts and minds of Sarawakians, particularly the Chinese n the Ibans

But after being at the helm 4 the past 21 years, there's no way 4 Taib to go out just like that, 4 there is too much at stake(lands own by family members, business with cronies)
Like Samy Vellu, he'll still have that grand delusion that he's still relevant among Sarawakians and will continue to plunder the state on behalf of his family and cronies

InsanBerani said...

benarlah JANJI ALLAH... apabila sesuatu kaum itu tidak mahu menerima ISLAm sbg ADDEN,, ALAH akan gantikan dgn kaum yang lain.. YG ALLAH MENGASIHI MEREKA, N MEREKA AMAT MENGASIHI... ISLAM MILIK ALLAH...

zakwan said...

PDO, this analysis is a little misleading
I don't think the Sarawakians, especially the Ibans and Chinese are concerned of the "jumping party" phenomenon
There r more focused in getting rid of white hair Taib

Want 2 find out if the rakyat abhors party jumping?
Let's challenge the frogs(Wee, Zahrain,ZulNordin,Mohsin, Tee) to resign and contest under BN or Ind. ticket
Let's see whether these traitors are relevant or not in the eyes of the rakyat

Anonymous said...

itu aku respect pengundi cina...tak termakan janji dan lebih cerdik dan undi...protes kerana tiada pmbangunan (5 penggal) dan kepada ketua menteri...sdah lama memerintah...jangan terkejut leas nih, BN akan wat cam Sabah, pengiliran KM utk selamatkan politik sarawak...

Anonymous said...

Lepas ni KM serawak kena kawin lain... lagi haru biru kalau dok sorang2 didalam kekalahan... takde tpt nak mengadu..

Lps ni cari minah saleh yg cun melecun plak... duit juta2...semua leh dibeli

Anonymous said...

PRK Hulu selangor yang lepas, BN seolah-olah tersangat yakin bahawa BN akan menang. Semua liputan media dan menteri-menteri seolah-olah memang 'tahu' yang BN besar. Seperti sudah di rancang. Kalau nak dibandingkan dgn PRK Sibu ini, kehangatannya taklah sehebat PRK hulu selangor. Adakah BN telah 'over confiden' dgn PRK sibu kerana Sarawak adalah salah satu kubu kuat BN? Atau mungkinkah 'muslihat' yang dibuat di hulu selangor tidak dibuat di sibu, kerna takut 'terkantoi' oleh mata-mata yang memerhati proses PRK. Apa-apa hal pun, kini telah terbukti bahawa Sarawak juga berpeluang di jajah Pakatan, seperti selangor..

Anonymous said...

PRK Hulu selangor yang lepas, BN seolah-olah tersangat yakin bahawa BN akan menang. Semua liputan media dan menteri-menteri seolah-olah memang 'tahu' yang BN akan menang besar. Seperti sudah dirancang. Kalau nak dibandingkan dgn PRK Sibu ini, kehangatannya taklah sehebat PRK hulu selangor. Adakah BN telah 'over confiden' dgn PRK sibu kerana Sarawak adalah salah satu kubu kuat BN? Atau mungkinkah 'muslihat' yang dibuat di hulu selangor tidak dibuat di sibu, kerna takut 'terkantoi' oleh mata-mata yang memerhati proses PRK. Apa-apa hal pun, kini telah terbukti bahawa Sarawak juga berpeluang dijajah Pakatan, seperti selangor..

Anonymous said...

Babi Negara...
Barisan Nazak...
Barisan Neraka... sbb x dak ulama dlm umno menentang lesen judi yang dah dihalalkan olek pak menterinya

Anonymous said...

org melayu pakatan dan pas syok dap menang kat sibu... tapi dia org masih tak sedar inilah org cina yg mmg nak jajah malaysia... itu la seperti kata dr M melayu mudah lupa... bila dah negara tergadai baru nak melalak ... nak bergolok ... waktu tu tak ada gunanya nak jadi mcm thailand tu... baru padan ngan muka

Anonymous said...

BN - Barisan Najis
BN - Barisan Nafsu
BN - Barisan Nista
BN - Barisan Noda
BN - Barisan Nanah
BN - Barisan Nyanyuk

Anonymous said...

Yang umno dok menzalimi rakyat kelate yang majoritinya melayu Islam hang tak nampak ko. Kau orang dok bersaing dengan cina, india dan 14 lagi parti komponen tu tak apa pulak. Yang menang kat Hulu Selangor tu melayu ko India. Yang hang dok bersorak tak apa pulak. Yang UMNO buat semua tak apa ko. Berkawan dengan Yahudi tk apa tapi cina nak berkawan dengan Islam kau marah pulak.. apa undang-undang yang hang pakai.

Anonymous said...

Najb : Taib !! You need to step down !!
Taib : Ok, BUT give me "TUN" !
Najb : Nah.. I gve you my foot la...
Taib : Ok, I will be CM the rest of my life until i get "TUN" !!!

** Najb smart??? White Hair more smart than you !!!! How many years already Taib to control S'wak?? Najib you???? pariah la !!!

Anonymous said...

aku benci orang kelantan...kwang3x

Anonymous said...

Kalau DAP menang sibuklah orang UMNO buat Fatwa... Gadaikan malaysia pada cina.

Tapi kalau CINA MCA yang menang sorak sorak suka sokong sangat, kalau bloeh b\nk buat kenduri kesyukuran, sembahyang hajat kat cina MCA kopet 2..Tak pulak kata, nk gadai malaysia pada cina ?

Apa bezanya CINA DAP dengan CINA MCA ?

Anonymous said...

nak tau jugak apa beza cina dap dgn cina mca.tolong jawab. apa beza anwar ibrahim yg aku yakin tak bersalah dgn choi soi lek yg mengaku bersalah.apa beza melayu kelantan dgn cina sibu.yg aku nampak melayu umno halalkan judi yg jelas di haramkan ALLAH.

petai muda said...

sakam

bila DAP menang,kau kata nak jual negara kat cina.
DAP tak buat solat hajat utk menangkan calonya tp BN(UMNO) tergamak gunakan masjid utk solat hajat bila calon MIC bertanding. agama dipersendakan...!!!

bila BN menghalalkan 7 dosa besar yg dilaknat Allah, adakah pecacai UMNO ni bersuara?

Anonymous said...

tak pa aku nak tgk apa yg dap nak buat kat sibu tu... pas ni jgn dok jadi mcm penang... dah kg tergadai baru minta kerajaan tlg masuk campur... ha undila ... org melayu pakatan pun undila... nak tgk hampa nak jadi apa kalau dap n ... memerintah malaysia...kot2 jadi cam s'pore baru best kan... jadi la nama malaysia nanti CHINA MALAYSIA.... HAHAHAHAHAHAHAHAH iblis bersorak

Buana Ini said...

Saya setuju dengan analisa yang dipaparkan. Bagus!

Anonymous said...

Melayu lebih terbela di bawah Lim Guang Eng jika nak dibandingkan dengan Raja Koh Tsu KOng( BN ). Sepanjang BN memerintah PP melayu begitu merempat, tanah di rampas sesuka hati, melayu dihambat ke tanah besar, melayu begitu menderita.... tapi kini tiada lagi yang ada hanyalah watak2 kecil umno yang cuba menimbulkan huru-hara... Melayu PP melihat semua itu....

Anonymous said...

memang betul tu. Sebab aku sejak lahir dah dok kat PP nie. Nampak smua yang berlaku. Yang tak nampak tu buta hati, gila kuasa, gila glamour macam bini najib ( Kalau tak masuk TV ke surat khabar satu hari menangis beb.. )

Anonymous said...

AYOH mari kita serahkan negara MALAYSIA ini kepada orang2 cina,,,melayu boleh berabus keluar,,,,

Anonymous said...

Malaysia ini cina punya,,,melayu bodoh pegi mampus,,,,,

Anonymous said...

Kita tunggu orang cina jadi PM,,,UMNO, PAS semua kasi hantam,,,UMNO sama PAS bodoh,,,