PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, May 25, 2010

Rasuah: Zaid Ibrahim Menfailkan Petisyen Untuk Isytiharkan Keputusan Hulu Selangor Tidak Sah!

KUALA LUMPUR, 25 Mei [8.10 am] - Datuk Zaid Ibrahim (foto), semalam memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak sah. Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya. Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen. "Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguamnya Malik Imtiaz Sarwar. Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi Tetuan Thomas Philip itu, menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan. Pada sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat. Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil. Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

[Tindakan Zaid ini amatlah wajar sekali, selepas melihat betapa rakusnya pemimpin UMNO BN terutamanya PM sendiri yang rela membuat janji rasuah semata-mata mahu memenangi hati rakyat. Selama ini mereka bebas melakukannya kerana calon pembangkang bukanlah orang yang pakar dan arif tentang undang-undang yang dipalsukan itu. Kini "buku bertemu ruas" apabila ia terkena kepada Zaid yang juga merupakan seorang peguam yang hebat di negara ini. Ini sajalah caranya untuk mengajar pemimpin UMNO BN cara amalan demokrasi itu dilaksanakan dalam pilihanraya. Anehnya, pihak SPR sendiri menyokong tindakan PM itu. Malah, Setiausaha SPR Wan Ahmad relah "melacurkan" tanggungjawabnya bagi mempertahankan kerajaan BN. Ini jelas membuktikan bahawa SPR memang talibarut dan proksi BN sebenarnya. Mujurlah mereka akhirnya ditumpaskan dengan "suara rakyat". Jika mengharapkan perjalanan pilihanraya yang telus dan adil, jauh sekali. SPR dibutakan mata dan hati untuk melihat kepincangan berlaku dalam undang-undang dan peraturan pilihanraya yang telah mereka tetapkan sendiri itu].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Jual pulak dah tanah hak rakyat pada Singapura. Tak tahu lah apa nak jadi, makin lama makin kecik bumi malaysia ni kena jual dek pemimpin UMCO. Laki Bini kerja jual negeri. Itu lah yang sentiasa berlaku selagi ada SPRM, SPR, MACC, PRDM, Mahakamah jenis tandas awam.

Anonymous said...

betullah...lepas satu..satu dijualnya...hairan, hairan... buatlah macamana pun rakyat tetap membisu...

Kalau ginilah, amalan rakyat malaysia..suatu hari nnti, semua pelusuk tanah kat malaysia jadi hak org lain...masa tu..pemimpin2 yg kaya raya dok dkt Los Angeles, Ladang2 dkt India dan berbagai2 lg..rakyat yg miskin...lps tu semuanya dok dalam laut... jd tukun.

Sedih tol lah..dpt pemimpin mcm ni.. sedarlah wahai rakyat sekalian.. sebelum nasi menjadi bubur..hapuskan semua pemimpin jahat pada PRU ke 13 nnti...

TOLAK TERUS..Jgn kesian-kesian..

bik kid said...

Adakah Singapura memegang rakaman cctv pameran berlian yang dihadiri ole Altantuya dulu?.Kalau ada...habislah negaraku Tanah Melayu tercinta...sob..sob...

Anonymous said...

zAID iBRAHIM tu pandai putar-belit undang2 ! Dia tau penyokong dia yang tak faham , sokong membuta-tuli, tak tau hujung pangkal, sokong aja. Sebab tulah PKR bolih bangkang apa saja kerana dia tau penyokongnya sokong membuta-tuli, tak tau nak berfikir !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mad said...

jadi tukun....hahahahaha kelakar la hahahah

Anonymous said...

LAWYER, HAKIM, PENDAKWARAYA DAH KENA TUTUP MATA, PEKAK TELINGA BISUKAN MULUT DENGAN NOTE KEPALA AGUNG

Anonymous said...

Zaid Ibrahim nak habiskan duit kat mahkamah yang mana dulu dia dapat kemenangan semasa kat Zaid Ibrahim & Co. Zaid Ibrahim anak MELAYU tak sedar diri !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Jelous la plak anom 1:32...

Anonymous said...

Bukan jelous ! Itulah reality ! Tanyalah Zaid Ibrahim apa yang dia buat semasa pratis kat M/s Zaid Ibrahim & Co. Semua klient dia sembelih tak kira sapa nak untung cepat, lepas tu keluar dia keluar dan kutuk yang dah bagi dia kekayaan dulu, manusia jenis apa ni, @ "telunjuk lurus kelingking berkait "