PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, May 27, 2010

Mahkamah: Niat Jahat Buat Laporan Polis Palsu, Saman Anwar Terhadap Saiful Di Dengar 23 Sept

KUALA LUMPUR, 27 Mei [3.20 pm] - Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana niat jahat dalam membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh ketua pembangkang itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 September. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, K.Pavani menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Jason Tay dan Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful. Zamri memberitahu pemberita bahawa peguam plantif (Anwar) meminta mahkamah untuk tarikh lain bagi sebutan kes itu sementara menunggu perbicaraan jenayah Anwar mengenai pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi Jenayah. Mahkamah Tinggi Jenayah telah menetapkan 31 Mei hingga 4 Jun ini untuk meneruskan perbicaraan liwat Anwar. Mahkamah juga menetapkan sebulan dari 2 hingga 30 Ogos untuk perbicaraan tersebut. Anwar, 63, memfailkan saman itu terhadap Mohd. Saiful, 25, pada 30 Jun 2008 yang mendakwa bahawa bekas pembantunya itu membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik. Dalam kenyataan tuntutannya, beliau berkata, Mohd. Saiful mengetahui bahawa pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi meneruskan dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Beliau mendakwa ekoran laporan polis itu, reputasi beliau telah terjejas dan beliau sangat sengsara dan malu. Mohd. Saiful dalam kenyataan pembelaannya pada Mei 2009 berkata, laporan polis itu adalah wajar dan jika tidak benar, pendakwaan tidak akan mengenakan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

[Apakah agaknya nasib Anwar selepas ini. Saman terhadap Saiful mahu didengar 23 September 2010 sedangkan perbicaraan kes liwatnya bakal diteruskan 31 Mei hingga 4 Jun ini. Makanya, jika Anwar didapati bersalah apakah beliau meneruskan hasrat menyaman Saiful?. Bukankah beliau akan terpenjara kembali di Sg.Buloh. Apakah ada keadilan buat dirinya lagi selepas itu, biarpun beliau mempunyai alibi yang dirinya tidak bersalah dan telah difitnah oleh Saiful?. Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Sepatutnya mahkamah membenarkan kes itu didengar segera kerana ia adalah berkaitan dengan keadilan terhadap Anwar. Malah, perbicaraan liwat yang bakal dihadapinya sekarang ini pun dilihat banyak kepincangan. Namun, dek kerana dendam kesumat yang mendalam ia diteruskan biarpun masyarakat antarabangsa melihat ianya adalah bertentangan dengan normal-normal keadilan sejagat itu sendiri sebenarnya].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Lihatlah apa yang berlaku dalam negara sekarang sebagai bala yang diturun akibat sikap manusia yang dah gila. Hukum Allah dimain-mainkan, hakim sudah buta, ulama sudah buta, mahkamah syariah sudah buta.Demi jawatan sanggup belakangkan hukum Allah. Sedarlah ekonomi sedang merudum, harta negara sedikit sedikit digadai oleh orang yang gila kuasa.

Luncai dah tau said...

Perjuangan memerlukan pengorbanan dengan berbagai ujian getir.Sejarah tercatit betapa perjuangan menegakkan kebenaran telah diuji dengan berbagai halangan dan penderitaan namun yang benar tetap teserlah dan yang salah akan bergelumang dengan balasan sepanjang hayat apatah lagi di hadapan Allah nanti... Sabar dan yakin dengan perjuangan adalah prinsip untuk mancapai kejayaan. Doa dan takwa adalah segala perisai segala ujian dapat ditempuh dengan tenang dan sabar. Teruskan perjuangan biar nyawa terkorban.Biar luncai terjun dengan labu labunya..

tok malim said...

citer luar topik...hot memang hot....siapa yang hot?rakyatlah yang hot pasal kerajaan BN atau lazimnya digelar oleh rakyat yang tengah hot sebagai kerajaan Barang Naik bercadang nak hapuskan subsidi secara berperingkat kerana banyak sangat...cecah RM74 bilion.

memang banyak bagi kerajaan yang kedekut dan lupa tanggungjawab sosialnya....kedengaran alasan yang kalau kita dengan memang tak logik.bukan takat kita budak tadikapun payah nak percaya...

kalau x potong subsidi negara kita akan bangkraplah...rakyat kita guna banyak sangat minyaklah.....dapat jimat RM103 bilion kalau potong subsidi

rakyat melihat isu subsidi ini sebagai kegagalan kerajaan mentadbir dan mengurus kewangan negara...
salahguna kuasa dan korupsi dengan skandal BMF,Perwaja,PKFZ,bailout MAS,Proton,Renong,Bakun....Ada yang guna duit petronas.
tak campur isu penyerahan telaga minyak bernilai RM320 bilion kepada brunei..ini boleh dianggap beri subsidi kepada rakyat brunei..kerajaan bn tak berkirapun dan murah hati padahal hutang negara ketika ini RM360 bilion.
Kerajaan BN juga x kisah beri tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura dan kerajaan bermurah hati memberi subsidi kepada rakyat singapura 3 sen untuk seribu gelen air...

takpe....kata rakyat..kalau semua barang naik...yang akan turun nanti kerajaan BN...makin lama BN memerintah boleh bangkrap negara..dan rakyat percaya kepada teori ini..untuk menyelamatkan negara tolak BN dalam pilihanraya umum akan datang

tok malim said...

sotong tengah baca paper star ari ni.tajuk muka depan Crunch time.topik kerajaan BN nak potong subsidi...
ketam:apa yang kau baca tu tong....
sotong:ni haa...citer pasal gomen nak potong subsidi.
obor-obor:ini menyusahkan rakyat..
ketam:biasalah bro....rakyat didahulukan untuk disusahkan..takkan kau tak tahu
tapak sulaiman:alasan plak tak munasabah.rakyat guna minyak banyak sangat.kat china,india,pakistan,indonesia,
brazil,amerika,jepun.....tak ada pun guna alasan bodoh macam ni..rakyat depa lagi ramai....kalau nak tipu sekalipun jangan sampai budak kecik x boleh percaya...
kuda laut:ada ka patut negara boleh bangkrap kalau x hapus subsidi....dahlah kemut bagi alasan macam totok umno kat sini.bodoh dan bangang....syarikat konsesi tol dan pembekal bebas elektrik atau IPP tu boleh kata dapat untung tiap-tiap tahun...inipun dapat subsidi gomen..apasal x potong subsidi depa..ada yang cakap depa ni kroni gomen...
ikan patin:aku heran apasal mail sabri x ulas isu subsidi ni...idris jalla yang buat press conference.aku ingat mamat ni dah jadi beban kepada najib.bakal dsingkirkan..dia takut kalau dia yang cakap..rakyat akan undi protes kat dia....tumbang dia kat parlimen bera....
flowerhorn:baguhlah macam ni....banyak isu nak tumbangkan kerajaan BN.rakyat hot sekarang.

tok malim said...

sotong membaca kuat-kuat kepada rakan-rakannya.........
petrol naik rega 10 sen-15 sen seliter tengah bulan ni.....bulan junlah agaknya
lepas tu setiap 6 bulan sekali naik 10 sen seliter hingga 2014
gula naik rega 20 sen sekilo setiap 6 bulan sekali hinggalah 2012
tepung naik 20 sen sekilo tahun ni dan 25 sen sekilo tahun depan
minyak masak yang sekilo naik 15% tahun ni dan 15% lagi tahun depan.lepas tu naik 5% setiap tahun hingga 2014
pengurangan subsidi letrik kepada mereka yang menggunakan lebih 200kWh.44% pengguna jadi mangsa
tol naik lagi pertengahan tahun ni..maknanya bulan jun ni
rawatan pesakit luar naik dari RM1 kepada RM3.Wad pesakit naik dari RM3-RM80 kepada RM6-RM160.
yuran pengajian di universiti naik sekitar RM300 ke RM800
tenggiri:teruknya gomen...nanti x mustahil rakyat berdemo....minyak,tepung,gula,
letrik dan tol memang membebankan rakyat jika dinaikkan harga..kita tengah seronok nak tengok piala dunia..gomen seronok nak naikkan harga barang jun ni....
piranha:inilah kerajaan mesra rakyat.aku agak gomen marah pasal rakyat tentang judi bola...jadi nak laksana x dapatlah..DAP,GERAKAN pun bantah.Pulau Pinang dan Selangor haramkan judi bola.kelantan dah lama haramkan judi.kedahpun x ada lesen judi baru.....kira haramlah.
aku gerenti PRU akan datang Kerajaan BN tumbang

tok malim said...

menteri kalau potong elaun dia RM10pun bising..inikan pulak nak potong subsidi rakyat..kata sat sepit
banyak tindakan gomen bn merugikan rakyatnya..sampuk J Kelawar..
apa dia?..tanya K Kelawar
beri 2 telaga minyak rm320 bilion kepada brunei....beri tanah KTMB kat Tanjung Pagar kepada Singapura,beri tanah TLDM di Woodlands kepada Singapura,beri air 3 sen seribu gelen kat singapura....banyak lagi....
ini bukti kerajaan bn x reti memerintah..jadi broker tanah bolehlah....
selagi bn memerintah rakyat hidup susah

tok malim said...

seorang teman ketika ditemui mengulas isu subsidi ini....
Sebenarnya lagi lama kerajaan BN memerintah... negara kita akan bangkrap
telaga minyak bernilai RM320 bilion diserah kepada brunei ketika negara menanggung hutang RM360 bilion.Akibatnya Sabah kehilangan royalti RM17 bilion dan 10 ribu km persegi wilayahnya.
Tanah milik negera di Woodlands ketika Mahathir jadi PM atas nama TLDM diserah kepada Singapura.Kini anak didiknya Najib pulak meneruskan tradisi menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura.Sebelum ini kita macam bagi free je air kat singapura dengan kadar tarif 3 sen seribu gelen.

Kerajaan BN kemut dan berkira bagi RM74 bilion subsidi kepada rakyat tapi pejam mata bila beri subsidi yang begitu banyak kepada rakyat negara jiran.Untuk menutup kebodohannya,rakyat didahulukan menjadi mangsa

tok malim said...

orang umnopun x sokong kalau gomen nak hapuskan subsidi..ulas seorang ketua pemuda umno cawangan.
ini setakat nak ugut rakyat....nak tunjuk berapa gomen dah belanja untuk bantu rakyat...takkan rakyat lupa..macam mahathir cakap melayu mudah lupa.kalau x undi lagi maknanya mereka akan kehilangan semua subsidi ini...
bila tanya member lak....kerajaan PR jika diberi peluang memerintah...kebajikan rakyat akan terjaga..selangor tak pernah dapat air percuma walaupun BN memerintah lebih 50 tahun.pula pinang beri peruntukan agama islam lebih banyak daripada yang BN pernah beri walaupun KMnya parti DAP.Kedah yang BN tinggalkan hutang menimbun berjaya menambahkan pendatannya dengan peningkatan pungutan premium balak..kelantan berjaya hapuskan hutang kat sebilion yang ditinggalkan bn dan negeri-negeri pakatan rakyat dipuji oleh ketua audit negara kerana pengurusan kewangan yang cekap dan baik...
BN dahlah memerintah lama lebih 50 tahun.hutang negara bertambah kepada RM360 bilion.wilayah negara makin mengecil.kehilangan Pulau Batu Putih,Tanah di woodlands dan tanjung pagar,2 telaga minyak bernilai rm320 bilion kepada brunei.dalam kes ini sabah hilang 10 ribu km persegi lautnya kepada brunei. dan anggaran royalti minyak rm17 bilion..nasib pulau pisang yang dituntut singapura belum tentu..apa yang mampu dilakukan kerajaan bn selain bergembira dan pesta bila wakil rakyat PR lompat parti dan hapuskan subsidi...
macam-macam skandal ada.Perwaja,BMF,Bakun,Sime Darby,PKFZ,bailout renong,proton,mas.ada yang pakai duit petronas dengan pembaziran yang melampau bila berbelanja
IPP dan syarikat konsesi tol dan berjaya group dimanjakan dengan subsidi dan pemberian lesen judi kepada ascot yang dimiliki berjaya group...rakyat didahulukan untuk disusahkan..
dah tak lama dah bn akan tumbang,katanya ketika mengakhiri perbualan kami di warung kopi

tok malim said...

terima kasih kepada BN kerana memudahkan rakyat untuk menolaknya dalam PRU akan datang tanpa rasa bersalah dan dengan rela hati dan gembira yang amat sangat mereka akan melakukannya.kalau dulu pak lah naikkan rega minyak RM2.70 seliter,BN tumbang 6 negeri.WP,Selangor,Perak,Pulau Pinang,Kedah,Kelantan.Akan datang gamaknya tinggal johor dan sebahagian pahang je dapat kat BN dan bolehlah BN belajar macamana nak jadi ketua pembangkang....
dulu tony pua mempersoalkan pembelian kereta perisai yang dikeluarkan oleh anak syarikat drb hicom kerana terlebih kos untuk sebuah kereta perisai....seorang kawan bertanya kapal selam second hand dah 2 kali rosak..tak leh menyelam.kosnya kat 2 bilion....tambah beliau lagi..
apa nak jadi dengan negara kita...angkara BN negara binasa rakyat sengsara..umno apcolah...inilah nasihat apco yang merugikan negara katanya lagi sambil meluahkan kekecewaannya.

mad said...

kalau kerajaan tak dapat menjaga kepentingan dan keselesaan rakyat diminta pemimpin-pemimpin bn berambos! bukan korang saja yang mampu memerintah malaysia. bagi can orang lain yang lebih berkelayakan dan lebih telus menjadi pemerintah negara. negara muflis disebabkan rasuah besar yang berlaku di belakang tabir pemerintahan. inilah akibatnya bila rakyat mengangkat perasuah menjadi pemimpin. kalau tak menyusahkan kehidupan aku, aku tak kisah korang nak pilih beruk hutan ker nak jadi pemimpin. aku peduli apa! pilihlah orang yang baik-baik dan boleh dipercaya.