PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, May 19, 2010

Panas: Dua ADUN Pakatan Rakyat Kini Digantung Setahun Akibat Dendam Taib Mahmud Dek Kerna Kekalahan BN Di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu!

Kekalahan BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu baru-baru ini, memberi tamparan besar kepada kepimpinan Taib Mahmud "uban putih" (foto) di Bumi Sarawak. Susulan kekalahan itu, berbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap kepimpinan tertinggi BN disana. Malah Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri menyatakan bahawa kegagalan parti komponen BN termasuk parti yang bertanding (SUPP) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu untuk menterjemah kesungguhan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mendahulukan rakyat merupakan antara punca kekalahan parti itu kepada DAP. Ekoran kekalahan itu, Perdana Menteri melahirkan kekecewaannya dengan prestasi jentera parti BN yang menurut Najib, mereka tidak memiliki kreativiti untuk mematahkan strategi DAP selain tidak kuat berkerja. Dalam pada itu, Zahid juga berkata, masalah dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga dikenal pasti sebagai salah satu faktor berlaku penolakan rakyat. Masing-masing tidak dapat menerima kekelahan tersebut, sedangkan kerajaan menjanjikan peruntukan sehingga mencecah RM5 bilion untuk pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasan itu. Semua ini mengundang seribu persoalan, dan mereka tidak dapat menerima hakikat kekalahan yang amat memalukan itu. Tambahan pula Parlimen Sibu adalah kubu kuat BN dan terletak dalam zon selesa "talian hayat" BN untuk terus berkuasa memerintah negera ini. Ramai yang melihat kekalahan itu akan memberi impak yang cukup besar sokongan rakyat terhadap BN dalam pilihanraya negeri yang dijangka akan diadakan pada tahun depan itu nanti.


YB Dominique Ng dan YB Chong Chieng Jen yang digantung

Susulan kekalahan tersebut, Taib Mahmud "uban putih" bagai cacing kepanasan "mandi tak basah tidur pun tak lena". Mungkin beliau boleh sakit jantung kerana tidak tahan untuk menjawab panggilan telefon daripada kepimpinan BN pusat akibat kegagalan itu. Semua ini menyebabkan Taib Mahmud semakin rakus dan bertindak untuk membalas dendam terhadap rakyat terutamanya pemimpin pembangkang di negeri itu. Maka, semalam segala dendam kesumat itu akhirnya dinatijahkan apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang digantung daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selama 12 bulan berkuat kuasa serta merta. ADUN terbabit iaitu Dominique Ng Kim Ho (Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) digantung atas kesalahan yang dilakukan semasa sidang DUN, Mei tahun lalu. Dominique digantung kerana menghina Dewan dengan mengeluarkan kenyataan 'Kanggaroo Court' manakala Chieng Jen membuat tuduhan liar terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman. Kedua-dua kes tersebut kemudian dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan DUN sebelum keputusan penggantungan dibuat menerusi kiraan undi daripada ahli dewan berdasarkan sistem kiraan majoriti. Seramai 61 ahli terlibat dengan pengundian iaitu 53 ahli bersetuju dengan penggantungan Dominique manakala tujuh menentang dan satu undi lagi berkecuali. Sementara itu, seramai 60 ahli dewan mengundi berhubung penggantungan Chieng Jen iaitu 54 bersetuju manakala enam lagi menentang. Keputusan penggantungan kedua-dua ADUN berkenaan kemudiannya diumumkan Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar.

[Aneh benar hukuman yang dikenakan hanya beberapa hari selepas berakhirnya Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu itu. Apapun yang terjadi, siri penggantungan ini akan diteruskan lagi selepas ini bilaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gara-gara membangkitkan isu APCO dan Israel di Dewan Rakyat baru-baru ini. Itulah sahaja strategi terbaru BN bagi melumpuhkan kekuatan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Agenda mereka sekarang ialah membeli dan menggantung. Maka itu kita tidak hairan selepas ini ramai lagi yang akan berhadapan dengan tindakan ini melainkan yang menyokong mereka. Inilah dia ciri-ciri politik kelas tiga yang dilakukan oleh parti yang sudah terdesak dan mahu kekal berkuasa tanpa sokongan rakyat. Semoga UMNO BN bakal berkubur dalam pilihanraya umum ke-13 nanti hendaknya].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

peliknya kenapa bn boleh kalah,sedangkan silapmata di mahkamah dah dibuat,tak ada tusukan tapi ada dna dalam dubur sayfool,takkan org tak percaya lagi kes dsai ni,tak pa kita sumbat anwar by hook or by crook,semakin dsai di tindas semakin org menyampah ngan kau najib.

Anonymous said...

PDO memang benci dengan orang PAHANG,,,,,memang PDO ini di reka atas kebencian kepada orang PAHANG,,,,,,

Anonymous said...

Tuan punya PDO bukan orang PAHANG tetapi orang luar yang terlalu benci kepada orang PAHANG,,,,,,,tu pasal di fitnah NAJIB,,,,,

Anonymous said...

PDO memang terlalu benci orang pahang,,,orang PAHANG orang hutan tak layak jadi PM,,,orang pahang hanya layak duduk dalam hutan,,,,,

zakwan said...

Anon 11:51,
Are u saying that Mongolian lover Najib is not fit be PM?