PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, May 26, 2010

Panas: Kapal BN Terus Bergelora, Muhyiddin Nafi Kononnya UMNO Terlibat Merancang Gulingkan Presiden Seumur Hidup Parti MIC Si Samy Vellu !!

Bagai sudah ditakdirkan, akhirnya tanda-tanda pakatan karat Barisan Nazak (BN) bakal karam semakin terserlah. Ini berikutan perbalahan yang berlaku dalam parti-parti komponen mereka dilihat bertambah kritikal sekarang Bermula dengan UMNO, kemudian Parti Progresif Rakyat (PPP) dan kemudiannya MCA dan terbaru serta sedang hagat diperkatakan sekarang ini ialah parti ketiga terbesar mereka iaitu MIC. Semua ini berlaku akibat keengganan, presiden seumur hidup MIC berundur selepas 31 tahun menerajui parti itu. Siapa lagi kalau bukan si Samy Vellu. Sebelum ini, beliau dilihat telah mencetuskan polimik dengan kepimpinan tertinggi BN bila mana tidak bersetuju dengan calon pilihan BN untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kekalutan tersebut memaksa pimpinan tertinggi BN menukar calon disaat akhir dengan menolak Palanivel (pilihan Samy Vellu) dan Mugilan (pilihan UMNO). Akhirnya nama P.Kamalanathan terpilih sebagai jalan penyelamat untuk BN merampas kuasa di parlimen itu. Samy Vellu awal-awal lagi mahukan Palanivel iaitu Timbalan Presiden MIC menjadi calon, namun bantahan keras dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri hingga memaksa Pengarah Pilihanraya BN iaitu Muhyiddin Yassin mencari jalan penyelesaiannya. Tindakan Muhyiddin memilih Kamalanathan jelas sekali mengecewakan penyokong Palanivel dan Si Samy sendiri, bagi mereka calon tersebut juga adalah pilihan UMNO selepas si Mugilan.

Anak Samy Dedah UMNO Punca Masalah MIC

Perkembangan ini amat menarik sebenarnya. Maka akhirnya "bom jangka" yang sudah lama tersimpan itu akhirnya meletup pabila Mugilan dipecat dari MIC oleh Samy Vellu baru-baru ini. Semua itu lantaran kenyataan banggang Samy kononnya beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC pada tahun 2012. Ini menyebabkan pemimpin pemuda MIC seperti Mugilan amat kecewa dan akhirnya "menentang arus". Mugilan membuat sidang media supaya Samy Vellu melepaskan jawatan segera dan bukannya menunggu sehingga tempoh yang dijanjikan. Akhirnya, Samy Vellu menjadi panas hati dan memecat beberapa orang lagi pemimpin MIC yang disyaki menyokong kenyataan Mugilan. Malah Samy Vellu semakin tertekan bilamana mendengar Mugilan mahu mengadakan protes besar-besaran bagi menjatuhkan dirinya. Tindakan Mugilan menubuhkan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) jelas sekali memaksa beliau mengambil tindakan drastik dengan memberi amaran ramai lagi pemimpin MIC yang menyokong Mugilan akan dipecat. Maka, akhirnya pertembungan "buku dengan ruas" berlaku, apabila Samy Vellu bertindak menuduh UMNO menjadi dalang bagi menjatuhkannya. Beliau bijak dengan menggunakan anaknya, Vell Paari (foto) untuk menjadi jurucakapnya. Akhirnya anak Samy mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO yang menjadi punca masalah dalaman MIC. Kenyataan ini disangkal oleh TPM Muhyiddin dan menuduh Vell Paari biadap. Malah, Muhyiddin Menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mahu anak Samy menghentikan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. Soalnya, benarkah UMNO tidak terlibat?

Terbukti Memang UMNO Yang Sokong Mugilan

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO sebenarnya yang beriya-iya cuba mencalonkan Mugilan sebagai calon BN di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dulu. Malah, perkara ini juga telah didedahkan oleh pihak media. Maknanya, memang UMNO yang cuba "membakar kelambu MIC", tambahan pula Presiden MIC mahukan Palanivel menjadi calon sebenarnya. Soalnya, siapakah yang mencalonkan Mugilan jika bukan Pengarah Pilihanraya BN di Hulu Selangor iaitu Muhyiddin Yassin?. Maknanya, kemungkinan besar tindakan Mugilan menubuhkan GAS itu juga adalah ditanggung halal oleh UMNO. Tambahan pula mereka juga kecewa dengan tindakan Samy memecat Mugilan yang menjadi "ayam tambatan" mereka dulu. Bersandarkan kepada kenyataan beberapa pemimpin UMNO termasuk mantan Perdana Menteri Mahathir yang mahukan Samy melepaskan jawatannya dulu. Maka, kita amat yakin bahawa kenyataan anak Samy Vellu itu ada kebenarannya. Cuma yang menjadi masalah kini, pemimpin UMNO seolah-olah lupa apa yang mereka lakukan. Sungguh lucu apabila ada pemimpin yang mengatakan UMNO tidak pernah masuk campur dengan urusan parti komponen BN yang lain.

[Ramai yang menjangkakan, tindakan UMNO mendesak supaya Samy Vellu berundur bakal menikam diri sendiri. Malah, sikap segelintir pemimpin UMNO yang mengutuk bulat-bulat kenyataan anaknya, Vell Paari bakal mengundang musibah yang lebih besar sebenarnya. Malah, ramai rakyat tahu bahawa UMNO memang beriya-iya mahu riwayat politik Samy dikapankan segera. Mereka sudah tidak tahan lagi menanggung "biawak hidup" yang bakal membawa malapetaka yang lebih besar buat BN dalam pilihanraya umum akan datang. Tindakan Samy untuk terus berkhidmat sehingga 2012 dilihat sengaja mencari helah bagi meneruskan kuasanya. Apalah yang boleh dilakukan Samy selepas dia mengabaikan peluang membela nasib kaum India selama leboh 30 tahun menerajui parti MIC. Inilah hakikatnya dan apakah desakan yang dibuat supaya Samy berundur itu bakal menyebabkan MIC keluar dari BN?. Jika ini berlaku, pastinya ia satu bencana besar buat pakatan karat itu dalam pilihanraya umum nanti]

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Lain kali jgn dok syok sgt dok mengata parti lawan..hah, sekarang apa dah jadi..?????

Anonymous said...

Biak dia berantakan sesama sendiri...kita doakan semoga BN berkecai hancur luluh.Inilah akibatnya asik kacau rumah tangga org (PKR)

Anonymous said...

maafkan kami penunggu gua parti awak dak karam pun semua peliwat dan penyebar ajaran sesat. mesti duduk hutan ni mana ada lagi org sokong PR tak malu ke hahaha

Anonymous said...

Tiba-tiba aja nama anak siSamy tu muncul ? Sebelum ni tak pernah dengar apa-apa cerita ! Mungkin dah kena rasuk dgn. PKR/PAS atau DAP

Anonymous said...

Tiba-tiba aja nama anak siSamy tu muncul ? Sebelum ni tak pernah dengar apa-apa cerita ! Mungkin dah kena rasuk dgn. PKR/PAS atau DAP

Anonymous said...

Kepada yg tak sokong PR...usah byk ckp, BN skrg bukan mcm BN dulu2.. sekarang ramai anak2 menteri yg kaya raya..sbb tu la depa berani buat kenyataan..tambahan plak, BN skrg rakyat dah mula muak..dengan pemimpin yg sedia ada.

Oleh itu jom semua MIC...cabut masuk PR sebelum kamu2 sekalian disembelih oleh samy vellu..

Anonymous said...

ooiii...tanah malaysia nk trgdai dh nk tkr dgn sngapura konon,,nnti jd cam pulau batu putih lak...

Anonymous said...

Wahai rakyat Makaysia yang budiman buatlah komen yang rasinol bukan merapu mengikut perasaan tak tentu pasal, ingatlah segala yang baik datangnya dari yang Maha Kuasa dan yang buruk itu perbuatan kita sendiri, dari itu insaflah wahai rakyat Malaysia

Anonymous said...

Wahai rakyat Makaysia yang budiman buatlah komen yang rasinol bukan merapu mengikut perasaan tak tentu pasal, ingatlah segala yang baik datangnya dari yang Maha Kuasa dan yang buruk itu perbuatan kita sendiri, dari itu insaflah wahai rakyat Malaysia

Anonymous said...

Dalam media arus perdana sibuk dok cerita pasal perpecahan dalam PKR. Kalau diikutkan dengan apa yang diceritakan, PKR sudah lama berkubur.. Tetapi itu semua hanya fitnah... Fitnah yang dibenarkan untuk kepentingan politik sempit umno... Yang jelas apa yang dilakukan oleh UMNO terkena pada batang hidung sendiri... Tuhan lebih berkuasa daripada segalanya....

Anonymous said...

Aku sokong 190 peratus...

Anonymous said...

org melayu kat malaysia skrg ni seronok dok melawan sesama sendiri.. tak sedar yg org cina, india semua dok bersorak aje ngan perangai melayu... sikit2 dia org dok buat huru hara... hahaha lepas ni dia org rampas semua kuasa dari melayu ha baru padan ngan org melayu yg dok gila meroyan sendiri ni....