Nampaknya, ramalan dan spekulasi yang kami buat sebelum ini bagaikan menjadi kenyataan. kami menjangka bahawa MIC pasti akan mengambil keputusan untuk meninggalkan BN jika isu berkaitan dengan Samy Vellu vs Mugilan tidak dapat diselesaikan secara profesional. Telahan kami itu bagai menjadi kenyataan apabila Ketua Pemuda MIC Pusat, T.Mohan (foto) juga dilihat telah mengeluarkan kenyataan meminta parti itu mengkaji semula keanggotaan mereka dalam pakatan BN (Barisan Nazak). Biarpun kenyataan itu mungkin bersifat peribadi, namun ternyata ia lahir dari perasaan kesal dengan tindakan bekas pemimpin pemuda S.Mugilan yang dipecat baru-baru ini cuba menganjurkan satu perhimpunan yang dinamakan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini. Biarpun ada pemimpin pemuda MIC yang mendesak Mohan menarik balik kenyataan itu, namun kemungkinan besar beliau tidak akan berbuat demikian. Ini kerana Mohan mengambil ketetapan demikian ekoran pendedahan yang dibuat oleh anak Samy Vellu sendiri iaitu Vell Paari yang mengatakan UMNO bertanggungjawab memecah belahkan MIC dengan menyokong kumpulan anti presiden parti itu. Nampaknya, pakatan karat BN semakin rapuh sekarang ini. Selepas MCA didesak keluar parti kerana kononnya gagal menarik pengaruh kaum Cina supaya menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Kini MIC pula yang bakal menjadi mangsa. Makanya, ini menampakkan lagi kepada kita bahawa BN sudah semakin menghampiri ke penghujung hayatnya. Kapal BN bakal karam bila-bila masa dari sekarang. Malah, kekalahan di Sibu baru-baru ini juga membuktikan bahawa rakyat sudah muak dan jelek melihat BN. Mereka mahukan perubahan dan tidak mahu terus ditipu dengan projek "mee segera" lagi. Semoga pemimpin UMNO dapat mengambil ikhtibar akan perkara ini. Jika tidak sudah pasti harapan besar untuk rakyat melihat parti pembangkang merampas Putrajaya pasti bakal terlaksana dalam pilihanraya umum akan datang.[Sudah jatuh ditimpa tangga, inilah yang berlaku kepada pakatan dacing karat ini sebenarnya. Selama ini mereka berbangga kononnya hubungan antara komponen BN itu kukuh dulu, kini san selamanya. Malah mereka sering memomok-momok berita dalam media arus perdana kononnya Pakatan Rakyat semakin goyah dan sering berbalah sesama sendiri. Namun, akhirnya kini perkara itu terkena atas batang hidung mereka. Inilah yang dikatakan takdir sebenarnya. Semoga pemimpin UMNO BN dapat bermuhasabah diri, sebelum jangka hayat malah talian hayat mereka di Sabah dan Sarawak itu tumbang satu persatu ditangan rakyat. Insaflah dan kembali ke pangkal jalan. Apa yang pasti, pilihanraya umum akan datang pastinya lebih mendebarkan dan akan menyaksikan satu lagi gelombang Tsunami yang lebih besar buat rakyat. Angin perubahan kian terasa dimana-mana sekarang ini, maka puak-puak UMNO BN tidak boleh lagi mendabik dada kononnya mereka sukar untuk dikalahkan kali ini!].












15 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
mic ada 3 kerusi parlimen.jika keluar bn,rugilah 3 kerusi parlimen dan lagi rugi kalau mc sertai pakatan rakyat
dahlah kalah di sibu,mic pulak nak keluar bn
seorang penganalisis politik menyifatkan situasi ini sebagai rasa muak dan tidak puas hati dengan dominasi umno dalam bn sampai mereka dinafikan hak bersuara dan perkasa pula menjadi duri dalam daging untuk bn bersatu.ibrahim ali dilihat sebagai beban kepada keutuhan bn.jika ibrahim ali dipinggirkan adalah lebih baik.gerakan pula akan menyertai bantahan judi bola dan ini merupakan satu tamparan kepada najib.jika gerakan dan mic keluar bn....hilang 5 kerusi parlimen bn kerana gerakan ada 2 kerusi parlimen.bn ibarat retak menanti belah.ada yang cadangkan kalau gerakan dan mic keluar bn,jemputlah perkasa join bn
Di kedai kopi,warung-warung,balairaya,pasaraya,tepi jalan rakyat heboh memperkatakan tentang penyerahan tanah milik negara di tanjung pagar kepada singapura.suatu ketika dulu singapura diserahkan kepada lee kuan yew.lepas tu pulau batu putih terpaksa diserahkan kepada anak lee kuan yew...lee hsien long pm singapura ketika ini.tanah TLDM di Woodlands juga diserah kepada singapura.nasib pulau pisang yang dituntut singapura belum pasti.rakyat nampak dan semakin jelas asal umno dan bn memerintah banyak tanah atau wilayah milik negara hilang kerana diserahkan atau terpaksa diserahkan.kegagalan umno menjaga kedaulatan negara akan menjadi KPI kepada rakyat untuk menolak BN dalam PRU akan datang.ada yang tanya kenapa perkasa x nak buat demo bantah...nampak sangat perkasa sekarang bela nasib melayu elit dalam umno....kata seorang rakan ketika ditemui
air 3 sen seribu gelen x tahu cerita lagi....loji air di johor yang ada sumber kata diuruskan singapurapun x tahu citer.ramai yang desak rais yatim disingkirkan kerana dia menteri yang bertanggungjawab ketika pulau batu putih terpaksa diserahkan kepada singapura dan 2 telaga minyak diserahkan kepada brunei.itulah KPI rais.seorang rakan mencelah..tak heranlah rais sekarang cuba jadi ayam sabung umno
di pahang dah timbul rasa x puas hati penduduk lembah klau kerana isu pampasan tanah mereka yang diambil kerajaan untuk dibina empangan.pampasan yang diberikan rendah.dengar citer penduduk di sana 214 orang dapat 6 ratus ribu lebih
hari ni 7 orang asli dapat pampasan 6.5 juta kerana tanah mereka diambil oleh kerajaan.elok mp pakatan rakyat jengok di lembah klau bantu apa yang patut
pelik tapi benar.sudah ada persepsi di kalangan rakyat umno jadikan negara ni macam harta peribadi mereka.
bila nak beri pada mana-mana negara,ikut suka hati aje...tak adapun melalui parlimen dan Yang Di Pertuan Agong
Isu ini melibatkan kedaulatan negara dan rakyat dinafikan hak untuk tahu.
apa untungnya serah tanah milik negara kepada singapura...
seorang rakan mempersoalkan.kat situ boleh buat kompleks imigresen,bangunan kedutaan,premis dan tempat penginapan untuk pelancong malaysia ke singapura dan pasaraya,medan selera.....
apa yang kerajaan fikirkan...
kita sendiri tak tahu butiran perjanjian antara singapura dengan kerajaan bn.
kenapa x ada rundingan 2 hala seperti rundingan air di mana delegasi malaysia berkunjung ke singapura dan diikuti lawatan susulan delegasi singapura ke malaysia ketika membincangkan isu pengurusan air...ini memadai hishamudin dan najib ke singapura...apakah kerajaan bn dah tunduk atau akur dengan kehendak singapura..sama ketika lawatan najib ke as yang berakhir dengan tindakan petronas menghentikan jualan gasoline kepada iran yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai tunduk kepada as
itulah luahan rakan-rakan ketika membincangkan isu hangat ini
umno yang selama ini dakwa pembela raja melayu sikitpun x rujuk yang di pertuan agong untuk mohon perkenan.lebih-lebih lagi dalam isu penyerahan wilayah negara kepada negara jiran.
rata-rata rakan-rakan yang ditemui amat kecewa dan menyifatkan ini sebagai satu bentuk penderhakaan bukan sahaja kepada raja-raja melayu tetapi kepada agama dan bangsa...
apa komen perkasa...x nak buat demo depan kedutaan malaysia ke?tanya seorang rakan ketika ditemui membeli belah
minggu ni sahaja dah ada banyak isu memeningkan kepala umno.isu kedaulatan negara.judi bola.krisis mic.
umno dilihat rakyat tidak mampu memacu ekonomi negara.jual tanah atau jadi broker tanah retilah.inilah pandangan seorang penganalisis politik.rakyat bimbang semakin lama umno dan bn memerintah lebih banyak wilayah atau tanah negara diserahkan kepada negara jiran dan malaysia jadi semakin mengecil.dia mencadangkan supaya satu gerakan membantah penyerahan wilayah negara ditubuhkan untuk menyedarkan rakyat
umno gagal jaga kedaulatan negara.ada yang menyifatkan umno dah jual maruah negara dan sibuk dengan bisnes judi bola...kata seorang tok aki yang ditemui.marah benar dia.
rais yatim,pak lah,najib dan barisan kabinet perlu memberikan jawapan sebenar kepada rakyat dan sesi tergempar parlimen perlu diadakan untuk membincangkan perkara ini.jika gagal memberikan jawapan memuaskan,mereka perlu dihadapkan ke jawatankuasa khas parlimen...hukuman berat seperti digantung status mp atau dihadapkan ke mahkamah menjadi pilihan
bihun:gula x cukup.pelik.betulke raja gula robert kuok dah jual sahamnya kepada syed mokhtar al bukhari....
laksa:aku dengar macam tu...kenapa pulak payah nak dapat gula.
kuey tiow:nak kena tiowlah kita.x lama lagi naiklah harga gula.apa keja mail sabri ni..jaga gula pun x reti..harga minyak dahlah turun.kerajaan x ada hati ke nak turunkan rega minyak
satay:biasalah rakyat didahulukan untuk dikenakan....
Kepada smue rakan dlm PR, jangan lah pecaya kocakan Air Todi dlm kole(Cawan tin timah) .
Bising bising ,nanti dapat lagi satu kole , mereka lagi mabuk.,mabuk,mabuk.
Akhir nya tersadai di tepi longkang.
Waktu tur, mereka akan kembali ke rumah BN.
Smue nie auta kari saja.
Jgn Maree,
Gua belajar dari sejarah nya.
Depa ni (UMNO) ingat depa Yang Dipertuan Agong ke..??? sekiranya nak serah apa2pun semuanya melalui pintu belakang...
Apa guna ada Parlimen...??? kalau semua masalah tak mau rujuk dkt Parlimen...
Kesian kat Agong kita...adakah raja2 melayu hanya simbol aja..??/
Inilah jadinya kalau puak2 UMNO dah tak hormat Agong n raja-raja melayu... jika agong n raja-raja pun mereka sanggup membelakangkan.. inikan plak rakyat biasa..
sebab tulah jadi gini... dgr khabar MIC pun dah tak caya kat UMNO...
Elok benarlah, semoga puak2 MIC keluar dari BN.. biar depa tau, langit tu tinggi ke rendah.
KEPADA ANON 1:05 AM..
KOMEN ANDA MACAM SAMPAH. LANGSUNG TIADA FAKTA DAN KOSONG MACAM DACING BURUK. LEBIH BAIK ANDA PERGI BELAJAR DULU DI MANA2 SEKOLAH KERANA ANDA ADALAH AHLI UMNO YANG PALING BANGANG ANTARA AHLI UMNO YANG BANGANG.
citer luar topik...hot memang hot....siapa yang hot?rakyatlah yang hot pasal kerajaan BN atau lazimnya digelar oleh rakyat yang tengah hot sebagai kerajaan Barang Naik bercadang nak hapuskan subsidi secara berperingkat kerana banyak sangat...cecah RM74 bilion.
memang banyak bagi kerajaan yang kedekut dan lupa tanggungjawab sosialnya....kedengaran alasan yang kalau kita dengan memang tak logik.bukan takat kita budak tadikapun payah nak percaya...
kalau x potong subsidi negara kita akan bangkraplah...rakyat kita guna banyak sangat minyaklah.....dapat jimat RM103 bilion kalau potong subsidi
rakyat melihat isu subsidi ini sebagai kegagalan kerajaan mentadbir dan mengurus kewangan negara...
salahguna kuasa dan korupsi dengan skandal BMF,Perwaja,PKFZ,bailout MAS,Proton,Renong,Bakun....Ada yang guna duit petronas.
tak campur isu penyerahan telaga minyak bernilai RM320 bilion kepada brunei..ini boleh dianggap beri subsidi kepada rakyat brunei..kerajaan bn tak berkirapun dan murah hati padahal hutang negara ketika ini RM360 bilion.
Kerajaan BN juga x kisah beri tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura dan kerajaan bermurah hati memberi subsidi kepada rakyat singapura 3 sen untuk seribu gelen air...
takpe....kata rakyat..kalau semua barang naik...yang akan turun nanti kerajaan BN...makin lama BN memerintah boleh bangkrap negara..dan rakyat percaya kepada teori ini..untuk menyelamatkan negara tolak BN dalam pilihanraya umum akan datang
sotong tengah baca paper star ari ni.tajuk muka depan Crunch time.topik kerajaan BN nak potong subsidi...
ketam:apa yang kau baca tu tong....
sotong:ni haa...citer pasal gomen nak potong subsidi.
obor-obor:ini menyusahkan rakyat..
ketam:biasalah bro....rakyat didahulukan untuk disusahkan..takkan kau tak tahu
tapak sulaiman:alasan plak tak munasabah.rakyat guna minyak banyak sangat.kat china,india,pakistan,indonesia,
brazil,amerika,jepun.....tak ada pun guna alasan bodoh macam ni..rakyat depa lagi ramai....kalau nak tipu sekalipun jangan sampai budak kecik x boleh percaya...
kuda laut:ada ka patut negara boleh bangkrap kalau x hapus subsidi....dahlah kemut bagi alasan macam totok umno kat sini.bodoh dan bangang....syarikat konsesi tol dan pembekal bebas elektrik atau IPP tu boleh kata dapat untung tiap-tiap tahun...inipun dapat subsidi gomen..apasal x potong subsidi depa..ada yang cakap depa ni kroni gomen...
ikan patin:aku heran apasal mail sabri x ulas isu subsidi ni...idris jalla yang buat press conference.aku ingat mamat ni dah jadi beban kepada najib.bakal dsingkirkan..dia takut kalau dia yang cakap..rakyat akan undi protes kat dia....tumbang dia kat parlimen bera....
flowerhorn:baguhlah macam ni....banyak isu nak tumbangkan kerajaan BN.rakyat hot sekarang.
sotong membaca kuat-kuat kepada rakan-rakannya.........
petrol naik rega 10 sen-15 sen seliter tengah bulan ni.....bulan junlah agaknya
lepas tu setiap 6 bulan sekali naik 10 sen seliter hingga 2014
gula naik rega 20 sen sekilo setiap 6 bulan sekali hinggalah 2012
tepung naik 20 sen sekilo tahun ni dan 25 sen sekilo tahun depan
minyak masak yang sekilo naik 15% tahun ni dan 15% lagi tahun depan.lepas tu naik 5% setiap tahun hingga 2014
pengurangan subsidi letrik kepada mereka yang menggunakan lebih 200kWh.44% pengguna jadi mangsa
tol naik lagi pertengahan tahun ni..maknanya bulan jun ni
rawatan pesakit luar naik dari RM1 kepada RM3.Wad pesakit naik dari RM3-RM80 kepada RM6-RM160.
yuran pengajian di universiti naik sekitar RM300 ke RM800
tenggiri:teruknya gomen...nanti x mustahil rakyat berdemo....minyak,tepung,gula,
letrik dan tol memang membebankan rakyat jika dinaikkan harga..kita tengah seronok nak tengok piala dunia..gomen seronok nak naikkan harga barang jun ni....
piranha:inilah kerajaan mesra rakyat.aku agak gomen marah pasal rakyat tentang judi bola...jadi nak laksana x dapatlah..DAP,GERAKAN pun bantah.Pulau Pinang dan Selangor haramkan judi bola.kelantan dah lama haramkan judi.kedahpun x ada lesen judi baru.....kira haramlah.
aku gerenti PRU akan datang Kerajaan BN tumbang...
Post a Comment