Sungguh tidak disangka, seluruh rakyat Malaysia ditipu lagi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semalam, akhbar arus perdana melaporkan bahawa gara-gara petugas DAP menyebabkan peti undi pos yang sudah dikira lambat tiba di pusat penjumlahan undi. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa pun percaya bulat-bulat kenyataan SPR itu. Malah, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof (foto) berkata agen parti DAP sebenarnya yang menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi. katanya. "Penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti terbabit,""Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai kerap diganggu agen parti," katanya lagi. Ekoran itu, keputusan pilihanraya kecil Sibu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng kira-kira jam 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam. Kami cuba menjejaki apakah yang berlaku sebenarnya di sana. Ini kerana jika kiraan berpihak kepada BN sudah pasti keputusan akan diumumkan sepantas kilat. Inilah dia sikap bacul SPR yang kononnya melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil untuk rakyat Malaysia.
Bukti, adakah Pegawai SPR ini dihalang Agen DAP seperti yang dikatakan?
Nampak benar Pengerusi SPR Si Aziz Yusof ini cuba buat kontroversi lagi
[Terkadang kita amat hairan dengan kerja-kerja Pengerusi SPR ini?. Beliau dilantik untuk memegang amanah atau khianat kepada rakyat?. Dia langsung tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti semua manusia ini akan mati dan akan berhadapan dengan Allah diakhirat kelak. Pengerusi SPR adalah orang Melayu yang beragama Islam, tapi kerja buatnya dan sikap yang ditunjukkan jelas sekali mencemarkan imej serta kreadibiliti SPR itu sendiri sebenarnya. Jika inilah senarionya, maka elok sahaja SPR itu sendiri dibubarkan dan Aziz Yusoff masuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket UMNO Barisan Nasional. Kita mahu tengok apakah beliau boleh menang agaknya. Jika beliau terus khianat dan menipu rakyat, maka lama kelamaan rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan bebas itu dan akhirnya mereka tidak keluar mengundi seperti apa yang berlaku di Sibu baru-baru ini. Oleh itu, SPR perlu berubah jika rakyat ingin menikmati satu pilihanraya yang bebas dan adil pada masa akan datang. Jika tidak sampai bila-bila pun kita akan terus begini. Menang dan kalah dalam satu pilihanraya yang penuh dengan penipuan, penyelewengan dan hanya suara rakyat sahaja dapat mengatasi itu semua. Sebab itulah DAP tetap menang di Sibu, itu semua dek kerana suara rakyat berjaya atasi segala penipuan yang dilakukan]. Klik Bukti












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Ngo dan parti bn
1. terbaru ppp.(pertukaran kpd mic)
2.spr
3.perkasa
4.kemas
5.jab perpaduan
6.Mca---akan diganti dgn parti baru.....setelah kalah di sibu........????????
cuba teka pula......
bOLEH TAHAN JUGAK AUTA SI AZIZ NI YE... KENYATAAN NI MUNGKIN TERFIKIR LEPAS KENA MAKI DI SI NAJIB DAN MUHYIDIN SEBAB GAGAL MEMBERI KEMENANGAN. eLOK GUGURKAN SI AZIZ NI GANTI YANG LAIN.
Kalau dulu SPRM adalah singkatan daripada suruhanjaya pilihanraya Malaysia. Tapi pada abad ini SPRM adalah singkatan daripada Suruhanjaya Perbodahkan Rakyat Malaysia...
PDO bodoh,,,,tak sedar diri punya kaum,,,,,baik berabus dari bumi PAHANG,,,de
PDO keluar dari bumi PAHANG,,,,kau bukan orang pahang,,,kau fitnah kami orang PAHANG,,,,,,kau kaki fitnah,,,,,,
Post a Comment